Tuesday, September 25, 2012

(product review) P1MiFi outdoor testing! by shahroll




As salam, hello readers...

Post pertama aku untuk mempamerkan keberkesanan penggunaan P1MiFi ToGo di luar rumah. Sejak aku dapat hotspot ni, memang aku bawak ke hulu ke hilir bersama. Pergi kedai mamak, kedai gunting, pasaraya hatta pasar beli ayam pun aku bawak jugak! (nak Foursquare punya pasal!) =p

Kita mulakan di area Klang, tempat dimana pasaraya terkenal Giant menjadi lokasi pertama aku untuk menguji hotspot P1MiFi.

Lokasi: Giant Supermarket
Masa: 8.30 malam
Signal: VERY GOOD

Untuk yang tinggal di sekitar Klang (spesifik: Bukit Tinggi/Bayu Perdana/Bandar Klang) tak perlu risau dengan signal yang bakal korang dapat. TERBAIK punya. Macam dalam gambar diatas, LED Hijau menandakan nak surf Youtube pun boleh, tiada masalah. Apatah lagi jika korang sekadar melayari Facebook dan Twitter, small matter!

Kita pergi ke lokasi seterusnya, Shah Alam!

Lokasi: Seksyen 17, Shah Alam
Masa: 8.00 pagi
Signal: (Wifi) VERY GOOD

Kali ni aku pergi ke seksyen 17, Shah Alam. Kenapa aku pergi lokasi ini? Sebabnya dia berdekatan dengan sempadan Klang iaitu Padang Jawa (Klang) dan Shah Alam. Disini wifi-nya VERY GOOD but kalau korang cucuk ke PC, signal dia berwarna merah. So, pakai wifi je lah eh? apa pun P1MiFi dicipta untuk GO MOBILE! hehe..

Dan, lokasi terakhir di Pandamaran Jaya (Klang)

Lokasi: Pasar pagi Pandamaran Jaya, Klang
Masa: 7.45 pagi
Signal: VERY GOOD

Time ni aku bangun awal pagi Ahad sebab nak beli ayam. Aku selalu pergi ke pasar basah kat sini sebab harga murah sikit (bapak aku pon cakap cam tu). Then, aku try on hotspot P1MiFi kat sini, dan ternyata tidak mengecewakan aku untuk check email dan balas email dalam inbox Facebook. Mujurlah ada ToGo ni, boleh setelkan kerja-kerja online dimana-mana.

Takat sini dulu, ada lagi tempat yang aku try tapi koneksi tak berapa bagus. Semoga mendapat sesuatu dalam post ini.

enjoy!

2 comments:

JMR said...

patut kena state gk area mana yang koneki nya tak bgus..heheheh

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

JMR:

Tunggu post seterusnya.. ehehehe~ thanks bro!