Showing posts with label samsung. Show all posts
Showing posts with label samsung. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

(video) Samsung Galaxy Camera review by shahroll

Tuesday, December 25, 2012



As salam, hello readers...

Aku pernah menggunakan kamera "point-and-shoot" sejak zaman filem lagi. Dulu kamera filem tak mahal sangat, lebih kurang dalam RM70-RM90 ikut pada brand lah. Kalau brand cantik sikit, mahal sikit lah. Then, guna filem yang ikut ISO yang bersesuaian. Kalau pakai filem ISO 100, untuk outdoor memang cantik, untuk indoor kurang sesuai.

Itu dulu lah.

Sekarang dunia semakin pesat dengan teknologi terkini. Kamera jenis point-and-shoot juga mengalami perubahan yang ketara. Selalunya pengeluar memberikan meningkat-taraf dari segi lens yang digunakan, zoom, ketahanan bateri dan lain-lain spec yang dipertingkatkan untuk menarik perhatian pembeli.

Tapi ada kelainan yang amat drastik dalam Samsung Galaxy Camera, saksikan video dibawah;


Samsung Galaxy Camera

Terbaik ye dak? Aku pun teruja dengan apa yang dipaparkan dalam video tu. Sebagai seorang yang suka ambil gambar dan video+suka berinteraksi dalam dunia maya, aku rasakan gadget ini cukup lengkap!

Dengan zoom sehingga 21x dan menggunakan OS Jelly Bean, setiap rakaman gambar boleh dimuat naik terus dengan kualiti hebat. Kualiti video nya juga tidak mengecewakan.


Aku juga telah membaca pelbagai review berkenaan produk ini. Selalunya dari luar negara lah. Ada juga blog tempatan yang aku baca. Antara yang aku baca adalah di Android Central. Selain itu, Samsung juga mengambil pendekatan pemasaran dengan menggunakan Top Star Instagram yang ramai follower di laman social itu.

Dengan memilih Top Star tersebut, ia melibatkan review dari segenap Europe. Best jugak lah tengok dorang buat "real-review". Boleh tengok laman Tumblr di SINI

AWESOME kan? HAHA, dengan harga jualan RM1899, aku rasakan memang sesuai dengan apa yang camera ini boleh "beri" balik dengan pelaburan sebanyak itu.

enjoy!

Monday, November 19, 2012

Samsung workshop for Samsung Galaxy Note 2 @ Mid Valley by shahroll

Monday, November 19, 2012



As salam, hello readers...

Sebelum aku pergi ke AIM19, aku berkesempatan untuk menghadiri satu perkongsian ilmu bersama in-house trainers dari Samsung Malaysia berkenaan dengan smartphone Samsung Galaxy Note 2. Dalam sesi penerangan yang serba ringkas tapi padat dapatlah aku memahami fungsi-fungsi yang "terlindung" dalam Note 2 ini.

Note 2 yang diberi pinjam.. *kalau dapat FREE kan best?* =p

Bermula dengan fungsi-fungsi "S Pen" dimana terdapat fungsi yang menarik harus anda cuba seperti jika anda ingin memotong gambar dari home screen telefon, anda perlu tekan butang yang ada disisi dan seterusnya pergi ke galeri (just drop it!)

Seterusnya, penggunaan gambarajah dibawah dapat menghantar mesej yang lebih jelas. Lihat turutan satu persatu (dah macam ayat paper SPM daa..)

awal pembukaan penerangan...

boleh membuat note dengan S Pen untuk hand-writing..

Tempat untuk korang curahkan idea, lain sikit dari S Note...

Air View memang best! Good one..

Dengan adanya "pop-up" seperti ini, dapat buat kerja 
sambil menonton video.. NICE!