Showing posts with label blog perdana menteri malaysia. Show all posts
Showing posts with label blog perdana menteri malaysia. Show all posts

Monday, March 19, 2012

Najib Razak tunai janji. Janji apa pulak? by shahrol

Monday, March 19, 2012


As salam, hello readers...


Allah SWT berfirman: "(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa."- sumber: Adlinordi blog


Berpegang pada janji adalah sangat penting. Kalau diikutkan, orang yang selalu mungkir janji ini mendapat persepsi yang buruk di kalangan manusia yang lain. Berjanji pandai, tetapi tidak menunaikan janji selalu berlaku.


Laporan Kosmo hari ini mengenai PM kita, Najib Razak:-



PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa berniat untuk mengotakan janjinya bahawa di bawah pentadbirannya, rakyat akan mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.


"Apabila saya memegang jawatan (Perdana Menteri) hampir tiga tahun lalu, saya berjanji kepada negara bahawa anda akan dilayan secara adil daripada kerajaan dan saya berniat untuk menunaikan janji itu," katanya.


sumber: Kosmo

Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan (SMC) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJK (T)) Vivekananda di sini semalam.


Najib menjelaskan bahawa pelan transformasinya dan inisiatif yang lain adalah bagi kesejahteraan hidup rakyat dan bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.


enjoy!

Friday, May 07, 2010

PM pon berblog! by shahroll

Friday, May 07, 2010
Salam all!

Aku baru habis baca paper online, dan hari nie aku ubah sket bahan bacaan aku dari Kosmo! ke Berita Harian online. Dan dalam menu Nasional, berita mengenai PM kita iaitu Datuk Seri Najib yang senang meninjau keadaan rakyat sekaligus menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh rakyat melalui blog,Facebook dan Twitter beliau.

Nah! korang lihat sendiri PM kita sendiri menggunakan New Media Order (NMO) yang dulunya tidak di aplikasi. Ya, aku taw yang Tun Mahathir juga mempunyai blog nya sendiri iaitu Che Det. 


** Our Prime Minister...

Sejak DSN naik sebagai PM, aku byk tgk perubahan demi perubahan yang dilakukan untuk rakyat. Dengan kempen 1 Malaysia nya, even ada sesetengah pihak cuba untuk mempertikaikan kempen itu, tetapi itu satu titik tolak perubahan yang harus dipandang positif oleh semua pihak kan? Bukanlah semua yang dilakukan mempunyai agenda politik sahaja?

Aku bercakap sebagai rakyat biasa... aku bukan parti itu dan ini.. so im neutral about this.Tetapi aku suka baca blog2 politik gak.. haaaaa sebagai rakyat kita mempunyai banyak pilihan maklumat yang perlu untuk percambahan minda! perghhh.. macam YB daaa aku cakap.. huhuh~

Kalau korang nak tgk blog PM kita klik kat SINI
**sumber bacaan: BH