As salam, hello readers...
Bermula pada jam 9.33 malam sampai jam 1.15 pagi (lebih kurang 3 jam lebih) aku memulakan pembelajaran secara sendirian (PSS) menerusi Youtube dan beberapa tutorial yang lain untuk menghasilkan introduction se-simple 6 saat!
6 saat untuk 3 jam pembelajaran, agak bagus disitu ya...
Apa yang aku belajar dalam After Effect (AE) kali ni?
1) Key-framing
Asas yang sangat asas dalam AE ni. Aku pernah bagitahu post lepas, ada beberapa part dalam editing software lagi-lagi melibatkan motion, keyframe perlu korang tahu dan mahir. Kalau tak macam mana nak gerakkan text korang kan? Masukkan keyframe dan tambah keyframe tu asas..
2) Effect
Nama pun After Effect, so ada banyak plugin dalam AE yang korang boleh pakai. Kalau nak create secara manual pun boleh. Buat satu-satu dalam layer yang berkenaan. Ada beberapa items yang boleh digodek.
paparan "workspace" dalam AE
Just simple projek aku buat, paparan logo untuk sesebuah company production house. Nama HNS PRODUCTION aku dah chop eh! Jangan memandai pulak nak ambil. HAHA! So, dengan bantuan AE campur pulak dengan Sony Vegas (SV) jadilah 6 saat punya introduction
Kenapa aku pakai SV eh?
1) Masukkan musik latar
Dalam AE, agak "semak" untuk cut & fade musik, so apa yang aku buat, render dulu projek yang ko buat, pastu pilih ke format AVI (kompom size besar!) kalau tak, hasil dia tak cantik. Size untuk aku nyer projek dalam 296MB for 6 second!
2) Masukkan "Transition"
Dalam banyak-banyak transition dalam SV, aku kerap pakai Cross Fade dengan Flash. Lain-lain aku jarang-jarang pakai. Kalau pakai pun, untuk projek-projek unprofessional look macam job/task gomen. Kalau company luar hire aku, aku memang pakai 2 benda ni je
Hasilnya sepeti dibawah; (aku reduce sizenya ke 1.16MB untuk jimat space upload ke Youtube!)
enjoy!
No comments:
Post a Comment