Thursday, August 16, 2012

Majlis Iftar: Mesra Kaseh Media @ Warisan Kasih, Kampung Sungai Kelambu, Banting Selangor



As salam, hello readers...

Pengalaman berbuka puasa bersama Warga Emas, Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Solihin serta Sekolah Tahfiz, Ihya Al-Ahmadi satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. 

Majlis yang dibuat ini adalah bersempena dengan Majlis iftar mesra kaseh media yang mana, pihak media dan juga Rakan Bloggers dijemput  untuk mengetahui serba sedikit tentang Rumah Warga Emas Darul Maghfiroh ataupun "Warisan Kaseh" pada 8 Ogos yang lalu.

Kita mulakan dengan persekitaran sekeliling Warisan Kaseh;

Warisan Kaseh mempunyai persekitaran yang baik untuk penghuni disini seramai 15 orang yang menetap secara berkala dan tetap. Dengan keadaan kampung yang harmoni, ia adalah baik untuk menjadikan Warisan Kaseh sebagai tempat ekspresi warga emas dalam menjalani kehidupan sehari-harian dengan tenang.

Wakil media dan Rakan Blogger

Alamat Warisan Kaseh:
RUMAH WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH
Kompleks Darul Maghfiroh Jilul Marzuki
Lot 3886, Jalan Dahlia,
Kampong Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-3187 5304 / 013-388 8234
Email: atus@streamyx.com / salmas1963@gmail.com




Warisan Kaseh bukan seperti rumah warga emas yang lain. Penulis difahamkan bahawa, disini penghuninya datang dengan kerelaan hati. Maka tiada andaian mengatakan, rumah orang tua ini menempatkan golongan warga emas yang dipinggirkan keluarga atau seumpamanya.

Tuan Haji Masrukhin juga menegaskan, warga emas yang sihat tubuh badan diterima di Warisan Kaseh. Ini kerana, Warisan Kaseh hanya satu altenatif atau kemudahan kepada keluarga yang ingin menempatkan ibubapa mereka disini dan bukannya mengambil-alih tanggungjawab secara penuh terhadap warga emas yang ditempatkan disini.

Ikuti ucapan Tuan Haji Masrukhin di Youtube,


Pemilik Warisan Kaseh: 
Tuan Haji Masrukhin & Puan Salmi Senam


Wakil media dan rakan blogger dibawa road-tour disekitar Warisan Kaseh ini. Ada beberapa bilik disediakan. Untuk lelaki di belah hadapan manakala untuk wanita dibelah belakang. Ada koleksi bahan bacaan turut disediakan diruangan pintu masuk.

Antara kemudahan yang disediakan

Selepas habis melawat Rumah Warga Emas, tiba masanya untuk ber-iftar bersama dengan tetamu-tetamu VIP, wakil daripada DPIM, pihak e-qurban, rakan-rakan media dan blogger serta yang diraikan warga emas, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.

Sekolah Tahfiz Ihya Al-Ahmadi

Rumah Anak Yatim & Asnaf As-Solihin

Ucapan dari Tuan Hj. Muhamad Khanafi Husin 
(Ketua Pegawai Eksekutif eQurban)


menu utama: Kambing golek




Selepas berbuka dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di surau yang berdekatan, majlis diteruskan lagi dengan sumbangan hadiah dan pemberian duit raya kepada mereka yang diraikan. Majlis disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohamad Sahar Mat Din (Timbalan Presiden DPIM


gambar: anarm blog

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Kumpulan Al-Ansar, Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) dan e-Qurban yang telah menjemput wakil media dan rakan blogger dalam majlis yang meriah di Warisan Kaseh ini. Terima kasih sekali lagi =)

Denai Hati dot com!


Semoga kita bertemu di lain waktu, Insyaallah =)

No comments: