Wednesday, January 08, 2014

Jutawan Senyap hasil tulisan Chef Li, membarakah semangat untuk berniaga? by shahroll




As salam, hello readers...

Selama 4 hari aku habiskan masa untuk membaca buku hasil tulisan Chef Li yang bertajuk, "Jutawan Senyap" memberikan aku pelbagai idea dan motivasi untuk terus melangkah ke dunia perniagaan (I'm already in business!) dengan kuat dan yakin!

Tapi ada sesuatu yang belum aku capai menurut Chef Li, aku belum 100% komited dengan perniagaan aku sendiri!

terima kasih Chef Li atas penerbitan buku ini...

Oleh kerana aku usahakan perniagaan aku secara part-time, aku masih ditakuk lama sebab aku ada komited lain. Memang betul pun, kalau dilihat progress aku dari 2007 sampai sekarang, seperti di "takuk yang lama"

Adakah aku sendiri yang tersilap strategi atau pemasaran yang pasif? Adakah perniagaan aku yang salah? Aku salah memilih? Ohh.. aku perlukan masa untuk review balik perniagaan aku.

Lagi, aku merasakan fokus untuk satu-satu bisnes itu penting. Yerp, bagi aku kalau semua benda nak buat/cuba, memang tak pergi kemana. Aku sendiri mengalami situasi yang diceritakan oleh Chef Li. Tepat ke muka!

Dari bab 1 hinggalah ke bab 8 serta rumusan yang dibuat, memang memberikan kesan dan impak dalam gaya aku berfikir. Semestinya perniagaan itu untuk semua orang, tetapi bukan semua orang boleh buat business =)

Aku rasa, korang yang belum ada buku ni, patut beli dan baca. Yang dah ada perniagaan tu, boleh juga baca buku ni untuk mendapatkan ilham-ilham dan motivasi dari yang pakar.

Chef Li, you my idol now!!

enjoy!


No comments: