Monday, August 27, 2012

Review web: Goodreads networking! by shahroll



As salam, hello readers...

Selamat pagi Malaysia! Alhamdulillah, kembali ke pejabat kita pada minggu ni. Rasa memang ramai yang "liat" nak bekerja kan? HAHA! Apa pun, raya masih ada lagi untuk mengunjungi rakan-rakan dan juga saudara-mara.

Pernah tak korang melihat 1 website pasal review buku?

Ok, this my story. Aku memang suka membaca tak kira secara fizikal ataupun ebook. Mana-mana pun boleh asalkan penulisannya bagus dan isinya padat. Tapi aku lebih suka membeli buku di toko-toko buku yang berhampiran.


Tapi disebabkan teknologi dah terlalu bagus, ebook juga menjadikan aku seorang pembaca tegar depan PC. Selain Google Scholar dan Slideshare, Goodreads satu medium yang terbaik untuk pencinta ilmu (buku)

Profile aku di Goodreads: Shahroll

Goodreads ni menghimpunkan review buku dari seluruh dunia. Kalau korang nak tahu pengisian buku yang korang berhajat nak beli, korang boleh baca reviewnya dalam web ni. Lebih kurang macam IMDB untuk review filem-filem Hollywood tu.

Untuk baca blog goodreads, sila ke SINI. Korang akan terkejut dengan angka yang mereka perolehi.

enjoy!

No comments: