Showing posts with label seri pacific hotel. Show all posts
Showing posts with label seri pacific hotel. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

Majlis IFTAR bersama Digi Telecommunication @ Seri Pacific Hotel, KL part #2 (last) by shahroll

Sunday, August 21, 2011


As salam and morning readers,


Puasa sudah masuk pusingan terakhir. Sesiapa yang mahukan malam yang lebih baik dari seribu malam, ambillah peluang. Begitu juga dengan aku. Sama-sama menjadikan Ramadan tahun ni yang terbaik dari yang lepas ok?


Ini posting yang last aku buat, untuk rujukan korang sila ke post SINI. Aku dah siapkan "pictures clip" yang telah pun aku upload di channel Youtube (shahroll). So, aku letak kat dalam blog aku pula, enjoy!



Minta maaf kat korang semua, kualiti gambar tidak berapa baik. Dan thanks pada group Forteen yang nyanyi lagu ni dengan baik, ciptaan Edry Abdul Halim tak silap (KRU).

Semoga boleh jumpa Lisa Surihani di masa akan datang! Kot jadi Official Photographer masa Lisa kahwin nanti ke? Aku doakan yang terbaik untuk kalian ya? Aminn!! =D

See ya!

Friday, August 19, 2011

Majlis IFTAR bersama Digi Telecommunication @ Seri Pacific Hotel, KL part #1 by shahroll

Friday, August 19, 2011

As salam and hello readers,

Bulan puasa merupakan bulan yang dituntut untuk meraikan mereka yang kurang bernasib baik dan menjadi satu tanggungjawab sosial kepada syarikat yang ingin menyumbang kepada organisasi yang berkenaan. 

Semalam selepas AnakPerakDotCom hantar SMS mengajak aku ke majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim As-Sakinah di Hotel Seri Pacific di KL, aku terus saja menerima "lamaran" beliau. HAHA!

Majlis ini ditaja sepenuhnya oleh Digi Telecommunication: Always the Smarter Choice dan majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu kehadiran para artis seperti Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan Aizat (bersama abang Aizat). Antara sebab mengapa aku turut serta dalam majlis nie, sebab ada blogger Jujai dan juga DD Fabulos lah! *cuba la percaya k?* huhu~
Majlis Iftar bersama Digi...

Dalam dewan tempat kami berbuka puasa...

Blogger Jujai dan wife...

Blogger DD Fabulos!!

Menjadi sedikit kekesalan kerana aku tak bawak kamera! Argghhh! Menggunakan teknologi phone camera yang cuma 2 megapixel, aku hanya mampu pasrah! Boleh la sekadar ada gambar, nak ambil gambar cun tak dapat la. Ni namanya photographer malas nak pikul kamera gabak besar punya lah =p
Penulis yang sentiasa murah dengan senyuman, ecceh~..

Juadah untuk pusingan pertama: Sayur+Kepah+Ayam+Kari Ikan..

Actually ini kali ke-2 aku berbuka disini. 1st time aku ikut HEP (Hal Ehwal Pelajar) UiTM berbuka dekat tempat yang sama. Memang banyak makanan kau!!! rambang mata korang nak makan yang mana satu. Mata aku mencari kambing panggang saja. HAHA!

Chef di Seri Pacific Hotel yang jaga gerai-gerai juadah yang disediakan pun ramah. Biasalah, hati customer kena jaga beb! Esok-esok boleh datang berbuka lagi kat sini kan? =D

taraaa.. pizza u olzzz.. =p

Char Kuey Tiaw maaa...

Ok, ini hidangan di dalam Hotel...

Terima kasih pada pihak Digi Telecommunication yang sudi menjemput kami untuk turut sama dalam majlis yang meraikan anak-anak yatim dari As-Sakinah. Staff yang control majlis ini juga memberikan kerjasama yang mantap walaupun kami hanya pemenang untuk Facebook Contest (ref:HERE)

sweet goodies bag lorhhh...

Eh? tak kan dah habis post kot? Mana gambar Lisa Surihani bersama penulis? OHMAII, maaf lah, gambar itu sudah "crash". Terpaksa recover balik untuk dapatkan kembali gambar tersebut. Maka, tunggu lah 2nd post dari saya k? EKSKLUSIF di shahrulhairy.com! *bajet blog ni pemes ke?* hohohoh...

Enjoy!