Showing posts with label P1 Wimax. Show all posts
Showing posts with label P1 Wimax. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

OMANite 2013 @ Sky Garden, Packet Hub (P1 broadband office) by shahroll

Saturday, September 21, 2013



As salam, hello readers...

Berkesempatan untuk menghadiri event OMANite 2013 bersempena dengan Ulangtahun ke-5 P1 Wimax, selaku pembekal perkhidmatan jalur lebar yang terkemuka di Malaysia. Bertempat di level 11, kesemua blogger Online Media Associates (OMA) berkumpul dan melakukan pendaftaran disitu.


poster dilekatkan di luar bangunan...

hey! thanks for the goodies ya...

Tak lama selepas itu, sesi penerangan ringkas dari Kelvin Lee dan Shely menerangkan promosi terbaru daripada P1. Penerangan yang ringkas dan padat itu tidak mem-boringkan kami yang mendengar. Tapi, sibuk mengambil gambar mereka =p

Kelvin

Shely (Brand Marketing P1)

Untuk pengetahuan korang, untuk bersolat disini adalah di level 5, ada surau untuk staff P1, tapi boleh la kita gunakan. Yang bagusnya, staff P1 sendiri yang assist kami ke sini, selepas masuknya waktu Maghrib. Alhamdulillah... terbaik!

kami OMA bloggers, yeay!

Masanya sudah tiba, bila kami semua dijemput ke Sky Garden. Menaiki beberapa anak tangga, sampai lah kami ke atas tu. Seronok+dingin+gayat semua ada. Pemandangan paling best bila tengok kat bawah;

Arghhhh.. NICE!

Sebelum makan-makan, P1 members ada buat pencarian barang. Kena cari 3 barang yang diminta iaitu Sudu, Batu (marble) dan Lanyard. Aku ikut serta, tapi tak dapat lanyard sebab ada staff P1 yang tak pakai, so aku tak dapat le pinjam =p

Makanan yang diberikan kepada kami memang sedap, cuma air cepat habis. Haus kot duduk atas ni, HAHA!

Then, lucky draw pula menyusul. Aku memegang no.11 dapat X-mini Sound yang comel-comel merah tu. Tapi paling best bila no.10 dapat iPad mini! arghhh.. miss 1 number leyyy... =(

Alhamdulillah, ada gak gambar aku.
Thanks bro Sop Nama Saya yang ambil gambar ni =)

Thanks P1 for the great event for us!

enjoy!

Thursday, January 26, 2012

Really excited for this appreciation! by shahroll

Thursday, January 26, 2012


As salam, hello readers...


Semalam baru aku buat post pengenalan tentang #pilihkasih3 dan rank alexa terus drop ke paras aku sendiri tak percaya! GOSHH! Kemungkinan rating untuk program PK3 nanti melebihi 2 juta? siapa tahu kan?


Ok, sempena Tahun Baru Cina yang lepas, aku "dikejutkan" dengan penghargaan (mesej dalam Twitter) oleh CEO P1 Wimax! siapa? Dah tentu CEO paling ngetop untuk pasaran broadband, Mr. Michael Lai.


Klik pada gambar untuk paparan jelas.

CEO hantar kat pelanggan beb! Terbaik lah PR beliau dengan pelanggan setia macam aku ni. Dah masuk 4 tahun aku setia bersama @P14G korang tahu? Dah pengalaman-pengalaman bersama P1 Wimax tentulah banyak. Korang boleh layan posting yang dulu-dulu kat bawah;

#1 Ahad di rumah (1st post untuk P1 Wimax!)
#7 P1 Wiggy lah! (tester guna Wiggy!)

Antara yang sempat aku carik balik link-link yang lepas. Kalau korang nak baca yang lain-lain, boleh gunakan Google Search yang aku letak kat atas blog ni. Apa pun, terima kasih sekali lagi pada pengurusan P14G dan juga SYABAS kepada staff-staff P1 Wimax yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan!

p/s: Twitter @P14G ramah dan cekap!

Enjoy!

Thursday, July 28, 2011

Good News for P14G Subscriber and member of the P1 Buddy Facebook, can WIN ipad2! by shahroll

Thursday, July 28, 2011

As salam and Morning bloggers,

Another competition. Seronok juga try nasib ni, mana lah tahu dapat kan. Bak kata Donald Trump "Life is about luck" better mencuba dari tidak!

Masih lagi berlangsung pertandingan ni. Dalam pertandingan ada syarat2 nya, dan syarat boleh dibaca kat bawah ni;-

• Contest runs from 18 - 31 July 2011
• Photos must feature a P14G modem (Doesn’t have to be yours).
• Photos must be presented as is (not cutting and pasting of subjects using photo editing software to create a fake composition.)
• Votes will contribute 40% to the final scores
• Winner will be chosen by our Awesome Selection Machines and their decisions will be FINAL.
• Winner will announced on 8 August 2011
• Winning photo walks away with an iPad 2. It’s that simple. Another 5 will receive complimentary prizes
• Winner must provide Full Name and P14G A/C no. when contacted to be eligible for the prize.
Click HERE

Aku pengguna TEGAR P1Wimax, belum lagi hantar penyertaan. Nak hantar "masterpiece" bak kata admin P14G dalam tweet aku. HOHO~ hope ade la masterpiese tu k! Waiting for me... =D

lain2 posting about P1 Wimax:

enjoy!

[ads: Dapatkan pakej photography serendah RM100* untuk Hari Raya ini, sementara tempat masih ada: klik SINI]

Thursday, July 14, 2011

LATEST UPDATE: Mahu menjadi salah seorang pengulas broadband @P14G by shahroll

Thursday, July 14, 2011


As salam, and hello readers!


Aku ada berita baik nak sampaikan kat korang. Sebelum aku nak sampaikan berita yang best ni, korang baca dulu post pasal New Promotion: 1 Plan by P1 Wimax ini, nanti tertanya-tanya pulak kan?


Dah baca? cool! Ok, aku malas nak taip panjang-panjang, aku buat update cam Che Det lah ye, kasi point-point penting je.



1) Aku perlukan 5 bloggers yang nak buat review pasal promosi terbaru P1 Wimax iaitu 1 Plan.


2) Tak kisah lah blog korang jenis ape, janji willing to update and posting about new plan tu. Share about experience menggunakan broadband P1 Wimax.


3) Masa untuk review adalah selama 2 minggu (lama gak tu) dan quota broadband yang diberi adalah 30GB (Plan yang RM169 tu!)


4) Kalau berminat, boleh hantarkan kat email aku di shahrollphoto[at]gmail.com dan sediakan butiran Nama,URL blog,Contact Num dan Alamat rumah (alamat untuk pihak P1 Wimax nak check kawasan rumah korang ada coverage atau tidak)


Ok guys! i'm waiting for the 5 bloggers itu ya! 


Enjoy! =)



NEW PROMOTION: 1 Plan from @P14G by shahroll

Thursday, July 14, 2011


Teaser entry HERE.


Seperti di entry yang lepas, aku berpeluang melihat promosi terbaru P14G yang diadakan di Packet Hub office. COO P1wimax iaitu M. Idham Nawawi menerangkan secara details tentang apa yang dimaksudkan dengan promosi 1 Plan.


Apa 1 Plan itu?


Secara amnya, 1 Plan ni direka untuk memberikan perkhidmatan jalur lebar (broadband) 4G yang MUDAH kerana, pengguna hanya perlu SATU (1) penyedia jalur lebar dan satu bil bulanan sahaja.


Objektif utama 1 plan ini adalah, memberikan pengguna pengalaman jalur lebar 4G yang TERBAIK di rumah dan juga di luar rumah dengan modem yang sesuai. Sebab, apa yang aku masih ingat mereka membuat begini kerana hendak menyesuaikan keperluan gaya hidup masyarakat kini.


klik gambar untuk melihat lebih jelas

Menurut hasil kajian Frost & Sullivan berkenaan dengan trend broadband di Malaysia, menunjukkan hanya 7% pengguna modem mudah alih (yang pakai dekat laptop tu) menggunakan dengan BETUL iaitu untuk kegunaan di luar rumah, dan baki sebanyak 45% daripada pelanggan menggunakannya secara eksklusif di dalam rumah. Manakala baki 48% menggunakan modem mereka untuk kedua-dua keadaan, luar dan dalam rumah.

klik gambar untuk melihat lebih jelas
picture credit: HERE

FAEDAH UTAMA JIKA KORANG MELANGGAN 1 PLAN INI ADALAH:-

1) Lengkap dengan 2 modem P14G PERCUMA yang direka untuk prestasi jalur lebar 4G optimum di dalam dan di luar bangunan (rujuk gambar diatas).

2) KOS TERENDAH paling berpatutan di pasaran bermula dari RM89 untuk kombinasi broadband 4G dalaman dan luaran (2 modem)

3) KUOTA kongsi yang tinggi sehingga 30GB membolehkan pelanggan;
- Melayari lebih daripada 85,715 laman web (purata 350Kb bagi setiap laman web) atau
- Memuat turun atau memuat naik/menghantar 10,000 lagu (kadar 3MB setiap lagu) atau
- Menonton 7,500 klip video Youtube (kadar 2 minit setiap klip video) atau
- Menonton 40 filem penuh (kadar 750MB setiap filem)!

4) Modem rumah dilengkapi WiFi & Suara
5) Satu penyedia perkhidmatan, dengan 1 BIL!

picture credit: Google

Itu lah dia promosi yang sedang HANGATTTTTT diperkatakan sekarang. Aku sendiri pengguna P1 Wimax yang setia kerana keunggulan jalur lebarnya, bulan saja itu, tetapi service careline nya juga MANTAP! tak ada masalah nak berhubung melalui twitter ataupun Facebook!


Penambahan, antara komen-komen yang telah diberi oleh para pelanggan:-

u can see more HERE

Saturday, February 26, 2011

Ada masalah dengan P1 Wimax?? Jom ke pejabatnya di PJ! by shahroll

Saturday, February 26, 2011
As salam to all,

Hari nie pelik sikit. Aku tak ngantuk lagi even dah jam 1.54 pagi waktu Malaysia (GMT+8). So, masa yang ada aku luangkan sikit untuk update blog terchenta. Aku open balik kad memori tepon aku, tuk tengok balik gambar2 yang aku dah snap. Tak sampai beberapa bulan aku pakai Nokia C3, lebih kurang 800 gambar aku snap pakai tepon tu.

So, aku pick up gambar aku pergi ke pejabat P1 Wimax yang lokasinya di Petaling Jaya. Kalau korang ikut jalan federal highway tu, dia dok belah kanan korang la. Besar punya bangunan cam tu kalau tak nampak, tak taw la cek nak habaq cam na..

Nie la pejabat dia..

Packet hub!

Pintu "gerbang" ke P1 wimax nyer kaunter..

Aku datang sini bukan nak mengadu tak laju ke speed, bill tak sampai ke.. no no.. aku datang sebab nak tukau modem lama aku tu yang kaler hitam ke kaler putih! Sebab yang putih (baru) siap ade Wifi sekali, tu yang semangat nak tukau tu, siap amek cuti kau aku ke sini.. tapi kalau ade masalah ngan P1 nie, korang leh shout lam twitter je.. =D senang kan?


Nie la modem yang aku dapat.. tukar yang lama..

Tempat menunggu yang kondusif.. selesa..

Pelbagai barangan P1..

Salah satu sudut di kaunter P1..

Aku sedang mencuba laptop yang ada Wimax build in.. hehe blog sape tu?
LOL~

Masa nie aku ngah tunggu modem yang baru.. weee~

Berurusan dengan mereka tak lama, tu yang best. Korang kena sign kat form yang dah disediakan then got your modem! easy right? Tak de la macam kat tempat lain, kena isi nama lah, alamat lah.. pffff~ sangat memenatkan! Dah dapat modem, aku pon blah la dari situ. huhu~

Kalau korang nak twit2 ngan dorang, sila follow dorang kat SINI
ataupun ke laman web dorang http://www.p1.com.my/

Enjoy! see next post guys! as salam...

Friday, December 24, 2010

P1 4G+ Refresh PC Computer= Superb one lah! by shahroll

Friday, December 24, 2010
As salam to all,


Selamat hari Jumaat u olz! huwaa.. dah jumaat ah? best2, hujung minggu sure korang dah de plan yang syok kan? Huhu, sama la ngan aku, PACK! haiyarkk.. Apa-pun, hujung minggu masa aku curik masa rehatkan badan. Nak push buat kerja dari Isnin sampai Ahad, wooo~ ponat!


Semalam lepas aku hantar mak aku ke klinik, aku pergi Office Packet Hub kat Petaling Jaya. Tak ramai orang, bese lah hari kerja, mane nak ramai orang sangat. Then, parking pon kosong. wee~ i looike! Aku ke sana sebab, tempoh hari aku dah #tweet kat @p1 careline tuk tukar modem yang baru (kaler putih tu..)

Pastu, PC aku ada sikit problem. Masa buat editing, sure restart sendiri. Aku dah pelik. Sekali 2 ok la, nie dah banyak kali, mau corrupt aku nyer HDD. Pergi kedai, format, re-check semua, OK! but, lom scan for virus lagi. kemungkinan ada virus kat HDD aku kat E,F,G,H or I aku.


Aku dah pasang balik PC aku dan guna P14G. Apa yang aku boleh cakap, ianya SUPERB!! laju syottt!!leleh syottt!!.. HAHA.. memang terbaek dari ladang P1 Wimax! Tak caya, korang leh la tukar modem hitam-tak-comel tu ke putih-yang-suci ye! Best gilak wa cakap lu.. huhu..


Ok la, see next! As salam.. =)

Saturday, October 02, 2010

[info] Wiggy Prepaid from Green Packet One by shahroll

Saturday, October 02, 2010
Salam all! =D

Manusia sekarang memang tak boleh dipisahkan dengan dunia online (maya). Sebab itulah banyak syarikat-syarikat sekarang more push pada pasaran internet. Begitu juga dengan syarikat yang mengeluarkan perkhidmatan jalur lebar iaitu broadband yang sentiasa komited untuk menaiktaraf serta menambahbaik perkhidmatan yang sedia ada.

Green Packet One Sdn. Bhd, syarikat yang mengeluarkan P1 Wimax satu jenama unggul di Malaysia dengan pelaksanaan 4G nya yang baru memungkinkan segala yang fantasi menjadi realiti. Perkhidmatan jalur lebar ini yang sudah bertapak lebih 2 tahun di Malaysia ini, mengorak langkah lagi dengan memberikan perkhidmatan yang terbaru, Wiggy Prepaid.
** Akaun Wiggy Prepaid saya (shahroll). Interface yang friendly user.
Menu yang hanya perlu untuk topup WP ini.

Saya telah dihubungi oleh pihak careline P1 yang menawarkan saya Wiggy ini dengan PERCUMA. Kenapa saya diberikan percuma? Sebab dalam surat yang saya terima tempoh hari mengatakan, saya telah loyalty bersama P1 selama 2 tahun, dan saya termasuk di dalam akaun " Loyalty C".

Dihantar melalui courier, saya menerima 1 unit x US230 Wiggy pada hari Ahad. Sangat cepat penghantaran nya, tidak sampai 3 hari. Syabas pada P1 Wimax yang sentiasa komited terhadap kepuasan pelanggan.

Antara lain kandungan surat yang diterima,

..." Thank you for participating in our Loyalty Rebate Program. The rebate will be reflected in your monthly bill as scheduled. Enclosed is the Mayflower Travel Voucher worth RM100*. Once again, thank you for your continuous support for P1W1max. We look forward to enabling you to explore more discover more and learn more!.. "
** Saya telah cuba di PC | Signal yang diberikan 2 bar | boleh melayari FB dan Youtube dengan kadar yang memuaskan di Klang

** Network yang ada di PC saya sekarang | 1 untuk Wiggy Prepaid dan 1 lagi untuk modem yang besar

** pilihan samada RM 20 ringgit atau RM 50 ringgit topup untuk Wiggy Prepaid.

Pilihan di tangan anda. =D salam!

Wednesday, April 28, 2010

Road Trip with My Broadband

Wednesday, April 28, 2010
Bila bercakap pasal kemudahan, semua orang pada barang2 yang mudah dibawa kesana dan kemari. Kalau dulu, internet hanya boleh di akses di rumah sahaja melalui wayar kabel, tapi sekarang nie tak lagi. Dengan kemunculan broadband2 yang banyak di pasaran, pengguna boleh menikmati santapan musik,gambar ataupun bahan bacaan melalui perkhidmatan broadband nie.




Salah satu pembekal jalur lebar yang semakin popular sekarang adalah P1Wimax. Secara peribadi,saya dah menggunakan perkhidmatan ini lebih dari 1 tahun dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan ini untuk pengguna. Produk terbaru dari P1 adalah Wiggy. Dulu saya ada posting berkenaan dengan Wiggy nie.






Selalunya, Wiggy digunakan oleh saya dan juga my Miss Zila untuk kerja2 diluar rumah. Sebagai contoh, untuk mengakses di luar rumah, laptop+wiggy menjadi pilihan untuk terus berhubung di atas talian. Contoh gambar kami semasa mula2 kami menggunakan Wiggy di Shah Alam, seksyen 2.



** Just plug and play the wiggy.. :D

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Thursday, December 03, 2009

P1-Wiggy lah!! by shahroll

Thursday, December 03, 2009








** credit to Photoscape!! haha SH dah pkai mende nie plak.. :P



AHAH!!... salam to all readers.. mata tak leh tidow la pulak malam nie... dah pekena kopi 2 cawan tadi masa meng"test" WIGGY nie tadi... ohhhhoooo~ bukan saya punya ok.. tapi my BB baru angkat wiggy nyer broadband... thanx B! coz bagi try your lappy yang dah de windoes 7 tu aite!! :)


1) Beli di PKNS Shah Alam dengan harga RM 100 untuk permulaan, not bad lah kan.. SH igt mende wiggy tu besa la kan, but cantik je kecik molek cam nie ha:- ( dekat atas tu pon ade gak.. :P ) sorry la eh, pixel x besar lah kawan.. pkai kamera hencet jerk..





2) Memula pergi kat kedai Celcom tuk usha2 broadband nyer... p agak keciwa sebab takde pulak contract, sebab kat situ tak pakai contract, so u kne bayar lebih la.. paham?? cam nie, kalau korang beli broadband yang tak de contract, korang akan bayar sekali untuk modem tu (USB) then klw yang de contract pulak, bayar sikit je lah sebab nanti korang akan terikat dengan contract... macam wiggy nie contract dia 2 tahun ok...



3) Jom kite tgk pe plan yang diberi oleh P1-Wimax Wiggy niggy nie kepada bakal2 pembeli broadband yang kat luar sana... jom jom!!






4) Di zaman yang pantas nie, dengan UPdate yang terlalu laju, patut korang ada broadband lah ye!!.. tapi untuk memilih yang best, tanya poket dan juga coverange untuk kawasan anda ye.. kalau mende nie kat tempat anda strong signalnya, pe lagi leh la pasang sekarang.. :) ... ohh satu lagi.. kotak dia comel gilew... nie ha..




5) Ok all, nak taw selanjutnye boleh aah g ke kios-kios P1- Wiggy nie k.. wassalam... :)





Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359

Friday, September 11, 2009

About beloved P1 by shahroll

Friday, September 11, 2009
salam to all readers.....

Petang td, careline P1 tepon aku.. hahah cam bese lah gurlz yg call.. then die kate dah dapat email yg aku dok komplen aritu.. mane tak komplen baii.. seminggu lebeyyy aku x dapat tenet!!! hampeh tol.. susah la aku nak wat kije ( even tuk update blog aku kan. uheue..) so nie la antara dialog kami berdua ye.. heuheu..


P1: "selamat petang En.Shahrul.."


aku: "ye.. shahrul speaking.. (nak gak omputeh.. ;p )"


P1: " cam nie En.Shahrul, kami dah dapat information tentang wave legth yang tak dapat connect ya..."


aku: " iye.. for more one week i can`t acces the internet..."


P1: " ok En. actually.. bla.. bla.. yada yada.. bla.. blaa blaa. yada yada.. (celoteh pjg minah nie..) "


aku: "so, what the best solution for your problen since i don`t get the acces???? ( agak keras skit suara aku nie..) "


P1: " Ok, En.Shahrul akan diberi Wave bar ( dizkaun la kirenyee nie..) for 2 month ( FREE!!) if the issue not solve in the next week...yadaa yadaa blaaa blaa.. yada yada yada.."


aku: " so, ok lah if u said like that.. thanx for the call..salam"


HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!! x yah bayar tuk 2 bulan baiii!! alangkah seronoknyeeeww... whoahahahahahahahahahh!!!




** sekadar gambar hiasan ye..





** Hoooyeaahhhh!!!!! :P wassalam!


Regard
Shahrul Hairy Shaharuddin
Shahroll PhotoGraphy Founder ( SA 0105226-X)
http://akudankamu.fotopages.com/
shahrollphoto@gmail.com
YM:shahroll_ery@yahoo.com.my
012-3437359