Showing posts with label P1 4G. Show all posts
Showing posts with label P1 4G. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

OMANite 2013 @ Sky Garden, Packet Hub (P1 broadband office) by shahroll

Saturday, September 21, 2013



As salam, hello readers...

Berkesempatan untuk menghadiri event OMANite 2013 bersempena dengan Ulangtahun ke-5 P1 Wimax, selaku pembekal perkhidmatan jalur lebar yang terkemuka di Malaysia. Bertempat di level 11, kesemua blogger Online Media Associates (OMA) berkumpul dan melakukan pendaftaran disitu.


poster dilekatkan di luar bangunan...

hey! thanks for the goodies ya...

Tak lama selepas itu, sesi penerangan ringkas dari Kelvin Lee dan Shely menerangkan promosi terbaru daripada P1. Penerangan yang ringkas dan padat itu tidak mem-boringkan kami yang mendengar. Tapi, sibuk mengambil gambar mereka =p

Kelvin

Shely (Brand Marketing P1)

Untuk pengetahuan korang, untuk bersolat disini adalah di level 5, ada surau untuk staff P1, tapi boleh la kita gunakan. Yang bagusnya, staff P1 sendiri yang assist kami ke sini, selepas masuknya waktu Maghrib. Alhamdulillah... terbaik!

kami OMA bloggers, yeay!

Masanya sudah tiba, bila kami semua dijemput ke Sky Garden. Menaiki beberapa anak tangga, sampai lah kami ke atas tu. Seronok+dingin+gayat semua ada. Pemandangan paling best bila tengok kat bawah;

Arghhhh.. NICE!

Sebelum makan-makan, P1 members ada buat pencarian barang. Kena cari 3 barang yang diminta iaitu Sudu, Batu (marble) dan Lanyard. Aku ikut serta, tapi tak dapat lanyard sebab ada staff P1 yang tak pakai, so aku tak dapat le pinjam =p

Makanan yang diberikan kepada kami memang sedap, cuma air cepat habis. Haus kot duduk atas ni, HAHA!

Then, lucky draw pula menyusul. Aku memegang no.11 dapat X-mini Sound yang comel-comel merah tu. Tapi paling best bila no.10 dapat iPad mini! arghhh.. miss 1 number leyyy... =(

Alhamdulillah, ada gak gambar aku.
Thanks bro Sop Nama Saya yang ambil gambar ni =)

Thanks P1 for the great event for us!

enjoy!

Thursday, January 26, 2012

Really excited for this appreciation! by shahroll

Thursday, January 26, 2012


As salam, hello readers...


Semalam baru aku buat post pengenalan tentang #pilihkasih3 dan rank alexa terus drop ke paras aku sendiri tak percaya! GOSHH! Kemungkinan rating untuk program PK3 nanti melebihi 2 juta? siapa tahu kan?


Ok, sempena Tahun Baru Cina yang lepas, aku "dikejutkan" dengan penghargaan (mesej dalam Twitter) oleh CEO P1 Wimax! siapa? Dah tentu CEO paling ngetop untuk pasaran broadband, Mr. Michael Lai.


Klik pada gambar untuk paparan jelas.

CEO hantar kat pelanggan beb! Terbaik lah PR beliau dengan pelanggan setia macam aku ni. Dah masuk 4 tahun aku setia bersama @P14G korang tahu? Dah pengalaman-pengalaman bersama P1 Wimax tentulah banyak. Korang boleh layan posting yang dulu-dulu kat bawah;

#1 Ahad di rumah (1st post untuk P1 Wimax!)
#7 P1 Wiggy lah! (tester guna Wiggy!)

Antara yang sempat aku carik balik link-link yang lepas. Kalau korang nak baca yang lain-lain, boleh gunakan Google Search yang aku letak kat atas blog ni. Apa pun, terima kasih sekali lagi pada pengurusan P14G dan juga SYABAS kepada staff-staff P1 Wimax yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan!

p/s: Twitter @P14G ramah dan cekap!

Enjoy!

Thursday, July 14, 2011

LATEST UPDATE: Mahu menjadi salah seorang pengulas broadband @P14G by shahroll

Thursday, July 14, 2011


As salam, and hello readers!


Aku ada berita baik nak sampaikan kat korang. Sebelum aku nak sampaikan berita yang best ni, korang baca dulu post pasal New Promotion: 1 Plan by P1 Wimax ini, nanti tertanya-tanya pulak kan?


Dah baca? cool! Ok, aku malas nak taip panjang-panjang, aku buat update cam Che Det lah ye, kasi point-point penting je.



1) Aku perlukan 5 bloggers yang nak buat review pasal promosi terbaru P1 Wimax iaitu 1 Plan.


2) Tak kisah lah blog korang jenis ape, janji willing to update and posting about new plan tu. Share about experience menggunakan broadband P1 Wimax.


3) Masa untuk review adalah selama 2 minggu (lama gak tu) dan quota broadband yang diberi adalah 30GB (Plan yang RM169 tu!)


4) Kalau berminat, boleh hantarkan kat email aku di shahrollphoto[at]gmail.com dan sediakan butiran Nama,URL blog,Contact Num dan Alamat rumah (alamat untuk pihak P1 Wimax nak check kawasan rumah korang ada coverage atau tidak)


Ok guys! i'm waiting for the 5 bloggers itu ya! 


Enjoy! =)



Friday, July 08, 2011

Bertemu dengan CEO P1Wimax dan juga Aman Firdaus (blogger IT) di Majlis Pelancaran 1 Plan P14G! by shahroll

Friday, July 08, 2011


As salam and Hello readers..


Semalam aku datang ke Majlis Pelancaran 1 Plan oleh pihak P1 Wimax. Terima kasih juga diucapkan kepada Nuffnang yang menjemput aku ke sana. Aku datang agak awal, dan lepaking dengan bro Eyriqazz, Serge dan Cik Lily Putih. Selepas tu, muncul beberapa bloggers.


Eyriqazz, Serge and Jessica

Jess, kalau u baca posting i, please letak link u dalam my komen box. Boleh i link kan blog u ngan i =). Pastu, aku jumpa Aman Firdaus ko tau? Haaa, tak sangka pulak dia ada semalam. tengok muka cam sama je dalam avatar twitter, SAH la tu. Ditambah dengan statement Eyrieqazz " tulah Aman".. aku pon "oOOOo..." (tanda kagum neh!) hhohoho...

smart sehh t-shirt bro!

Hajat lam hati nak bergambo dengan CEO P1 Wimax, Mr. Michael Lai. tapi tak sempat, dah balik kot masa makan-makan. Tapi, dapat beramah mesra jugak la sekejap (time salam masa datang). Respect sama P1 Wimax sebab big boss dorang turun padang bagi serba sedikit penerangan pasal plan baru dorang.

briefing little bit about 1 Plan P14G


Will FULL update later, stay tune bloggers! =)

Saturday, February 26, 2011

Ada masalah dengan P1 Wimax?? Jom ke pejabatnya di PJ! by shahroll

Saturday, February 26, 2011
As salam to all,

Hari nie pelik sikit. Aku tak ngantuk lagi even dah jam 1.54 pagi waktu Malaysia (GMT+8). So, masa yang ada aku luangkan sikit untuk update blog terchenta. Aku open balik kad memori tepon aku, tuk tengok balik gambar2 yang aku dah snap. Tak sampai beberapa bulan aku pakai Nokia C3, lebih kurang 800 gambar aku snap pakai tepon tu.

So, aku pick up gambar aku pergi ke pejabat P1 Wimax yang lokasinya di Petaling Jaya. Kalau korang ikut jalan federal highway tu, dia dok belah kanan korang la. Besar punya bangunan cam tu kalau tak nampak, tak taw la cek nak habaq cam na..

Nie la pejabat dia..

Packet hub!

Pintu "gerbang" ke P1 wimax nyer kaunter..

Aku datang sini bukan nak mengadu tak laju ke speed, bill tak sampai ke.. no no.. aku datang sebab nak tukau modem lama aku tu yang kaler hitam ke kaler putih! Sebab yang putih (baru) siap ade Wifi sekali, tu yang semangat nak tukau tu, siap amek cuti kau aku ke sini.. tapi kalau ade masalah ngan P1 nie, korang leh shout lam twitter je.. =D senang kan?


Nie la modem yang aku dapat.. tukar yang lama..

Tempat menunggu yang kondusif.. selesa..

Pelbagai barangan P1..

Salah satu sudut di kaunter P1..

Aku sedang mencuba laptop yang ada Wimax build in.. hehe blog sape tu?
LOL~

Masa nie aku ngah tunggu modem yang baru.. weee~

Berurusan dengan mereka tak lama, tu yang best. Korang kena sign kat form yang dah disediakan then got your modem! easy right? Tak de la macam kat tempat lain, kena isi nama lah, alamat lah.. pffff~ sangat memenatkan! Dah dapat modem, aku pon blah la dari situ. huhu~

Kalau korang nak twit2 ngan dorang, sila follow dorang kat SINI
ataupun ke laman web dorang http://www.p1.com.my/

Enjoy! see next post guys! as salam...

Friday, December 24, 2010

P1 4G+ Refresh PC Computer= Superb one lah! by shahroll

Friday, December 24, 2010
As salam to all,


Selamat hari Jumaat u olz! huwaa.. dah jumaat ah? best2, hujung minggu sure korang dah de plan yang syok kan? Huhu, sama la ngan aku, PACK! haiyarkk.. Apa-pun, hujung minggu masa aku curik masa rehatkan badan. Nak push buat kerja dari Isnin sampai Ahad, wooo~ ponat!


Semalam lepas aku hantar mak aku ke klinik, aku pergi Office Packet Hub kat Petaling Jaya. Tak ramai orang, bese lah hari kerja, mane nak ramai orang sangat. Then, parking pon kosong. wee~ i looike! Aku ke sana sebab, tempoh hari aku dah #tweet kat @p1 careline tuk tukar modem yang baru (kaler putih tu..)

Pastu, PC aku ada sikit problem. Masa buat editing, sure restart sendiri. Aku dah pelik. Sekali 2 ok la, nie dah banyak kali, mau corrupt aku nyer HDD. Pergi kedai, format, re-check semua, OK! but, lom scan for virus lagi. kemungkinan ada virus kat HDD aku kat E,F,G,H or I aku.


Aku dah pasang balik PC aku dan guna P14G. Apa yang aku boleh cakap, ianya SUPERB!! laju syottt!!leleh syottt!!.. HAHA.. memang terbaek dari ladang P1 Wimax! Tak caya, korang leh la tukar modem hitam-tak-comel tu ke putih-yang-suci ye! Best gilak wa cakap lu.. huhu..


Ok la, see next! As salam.. =)