Saturday, September 21, 2013

OMANite 2013 @ Sky Garden, Packet Hub (P1 broadband office) by shahroll




As salam, hello readers...

Berkesempatan untuk menghadiri event OMANite 2013 bersempena dengan Ulangtahun ke-5 P1 Wimax, selaku pembekal perkhidmatan jalur lebar yang terkemuka di Malaysia. Bertempat di level 11, kesemua blogger Online Media Associates (OMA) berkumpul dan melakukan pendaftaran disitu.


poster dilekatkan di luar bangunan...

hey! thanks for the goodies ya...

Tak lama selepas itu, sesi penerangan ringkas dari Kelvin Lee dan Shely menerangkan promosi terbaru daripada P1. Penerangan yang ringkas dan padat itu tidak mem-boringkan kami yang mendengar. Tapi, sibuk mengambil gambar mereka =p

Kelvin

Shely (Brand Marketing P1)

Untuk pengetahuan korang, untuk bersolat disini adalah di level 5, ada surau untuk staff P1, tapi boleh la kita gunakan. Yang bagusnya, staff P1 sendiri yang assist kami ke sini, selepas masuknya waktu Maghrib. Alhamdulillah... terbaik!

kami OMA bloggers, yeay!

Masanya sudah tiba, bila kami semua dijemput ke Sky Garden. Menaiki beberapa anak tangga, sampai lah kami ke atas tu. Seronok+dingin+gayat semua ada. Pemandangan paling best bila tengok kat bawah;

Arghhhh.. NICE!

Sebelum makan-makan, P1 members ada buat pencarian barang. Kena cari 3 barang yang diminta iaitu Sudu, Batu (marble) dan Lanyard. Aku ikut serta, tapi tak dapat lanyard sebab ada staff P1 yang tak pakai, so aku tak dapat le pinjam =p

Makanan yang diberikan kepada kami memang sedap, cuma air cepat habis. Haus kot duduk atas ni, HAHA!

Then, lucky draw pula menyusul. Aku memegang no.11 dapat X-mini Sound yang comel-comel merah tu. Tapi paling best bila no.10 dapat iPad mini! arghhh.. miss 1 number leyyy... =(

Alhamdulillah, ada gak gambar aku.
Thanks bro Sop Nama Saya yang ambil gambar ni =)

Thanks P1 for the great event for us!

enjoy!

No comments: