Showing posts with label Naib Canselor UiTM. Show all posts
Showing posts with label Naib Canselor UiTM. Show all posts

Saturday, June 30, 2012

Kyoto University, Japan by shahroll

Saturday, June 30, 2012


As salam, hello readers...


Kira-kira 2 minggu lalu, delegasi dari Kyoto Universiti telah membuat kunjungan hormat di UiTM Shah Alam menemui Naib Canselor kita iaitu  Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di Canseleri. Dalam pertemuan itu juga, peningkatan kerjasama antara dua buah universiti akan dipertingkatkan dari masa ke semasa (petikan daripada twitter Dato')


gambar sumber: Facebook Dato' Sahol

Aku mula explore apa yang best pasal Kyoto Universiti ini. Sebelum ni memang aku tak pernah dengar pulak. Mungkin dah selalu sangat telinga aku mendengar nama-nama universiti yang gah, hampir terlepas pandang pulak kehebatan Kyoto Universiti.

Apa lagi kata Dato' Sahol?
Dato sendiri syorkan! weeehooo!!



sumber: Google

Aku selongkar laman web Kyoto Uni. Erm, simple sangat interface laman web dia. Mungkin dorang suka benda-benda simple kot? HUHU! dan yang paling best, aku suka tengok bahagian research dorang. MANTAP! klik SINI.

ありがとうございます。幸せな読書

Monday, December 26, 2011

Latest News: Tahniah kepada Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar! by shahroll

Monday, December 26, 2011


As salam, hello readers...


Lebih kurang 30 minit yang lalu, Dato' Sahol ada berkongsi maklumat di wall pages Facebooknya tentang perkhabaran gembira ini. Sila lihat print screen dibawah:-


Sila klik gambar untuk lebih jelas.

Tahniah kepada Dato' kerana menjadi Naib Canselor untuk penggal seterusnya. Bermakna, untuk tempoh 2 tahun lagi pentadbiran di bawah Dato' Sahol. Perkhabaran ini disambut dengan gembira oleh Fans Facebook Dato', rakan Twitter dan rakan media yang lain. (Original link: HERE)

Boleh lihat twitter Dato' di SINI.

Gambar hiasan: Google

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH kepada Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menerima Ijazah Kedoktoran di Jerman! by shahroll

Tuesday, November 22, 2011




TANGGAL 18 November lalu memahat sejarah yang cukup besar bagi Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar menerima anugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Stuggart, Jerman.

Ia merupakan penghormatan kepada Dr. Sahol terhadap pencapaian beliau dalam kajian saintifik dan teknikal menerusi bidang kejuruteraan hidrolik dan teknologi baru dalam pengurusan sumber air. Lebih membanggakan, Dr. Sahol menjadi orang Asia dan rakyat Malaysia pertama yang menerima anugerah yang dianggap cukup berprestij dan membanggakan dalam sistem pengajian tinggi di seluruh dunia.

Meskipun anugerah itu lebih kepada pencapaian peribadi, namun bagi Dr. Sahol, beliau mendedikasikannya kepada UiTM apatah lagi ia diterima ketika beliau berada di kerusi Naib Canselor universiti tersebut. Menjadikan anugerah itu cukup manis kerana beliau sendiri adalah bekas pelajar UiTM.

credit to: Utusan Malaysia

more: HERE

enjoy!

Saturday, October 16, 2010

Retirement ceremony of Chief Librarian PUiTM by shahroll

Saturday, October 16, 2010
Salam all! =D

Semalam dah berlangsungnya majlis yang best untuk KP (Ketua Pustakawan) PUiTM di foyer PTAR1 yang dihadiri oleh Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan beberapa kenalan En. Haroon dan staff2 dari seluruh negara turun bagi memeriahkan majlis nie semalam.

Bermulanya majlis dalam jam 3 petang, dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan dari Naib Canselor. Selepas itu, ucapan En. Haroon pulak dan seperti biasa, ucapan beliau ringkas je, but padat! hehehe tu je kot ayat aku selalu bila jadi emcee.. ahaha~

Then, ada simbolik penyerahan tugas kepada Puan Faridah Talib, TAHNIAH puan! =D Hope pas ni ada something new new and new yang dicapai oleh PTAR khususnya dan PUiTM amnya. Mungkin ada terapan dan nilai yang lain yang akan diusul oleh KP baru kita nie.. tunggu saja.. =)

Semalam aku AJK makanan.. korang yang makan tu, nak tanye, SEDAP TAK?? hehehe~ roti jala and kari hayam dia marbeles sehh.. 2 pinggan kot aku makan.. terbaek! p tu lah, bila ada "sesuatu" terjadi, sedikit kelam kabut ah... but stil under control! =D

Bab persembahan, hermm.. ada Dikir Barat yang diketuai oleh Mark Ju ( oghe Kelatey) dan awak-awak yang pelbagai latar bahasa (loghat) dan bukan nyer pure Kelantan pon! heheh cuma tukang karot je orang Kelantan. Dan, kenapa Dikir Barat? Sebab mantan KP nie orang Kelantan... haaaa gitu lah ceritanya...

Lepas tu, ada persembahan dari Firdaus dari Perpustakaan Puncak Perdana.. dia nie memang marrrbeles suaranya.. boleh jadi penyanyi beb.. serius.. aku jarang nak puji orang nie.. ko bace nie Daus, ko jgn nak dalih2 k! hahahah~..Then, Syikin lak berduet nyanyi lagu ape tah... aku lupe.. huhu







** Selingan Video untuk korang yang tak datang/cuti/MC dan sebagainya...






Enjoy! salam.. =)