Monday, December 21, 2015

Malaysian Social Media Manager? by shahroll




As salam, hello readers...

Trend sekarang bila nak start berniaga, tersedia ada channel pemasaran (marketing) yang percuma diperoleh. Alhamdulillah, semakin senang rasanya nak berniaga, lelebih lagi berkaitan dengan jualan online. Tapi, hakikatnya ramai yang "kecewa" dengan hasil yang dicapai dalam jualan online ni, kenapa eh?

my profile for proposal to client

Antara punca kegagalan dan kaedah yang korang perlukan adalah seperti berikut;

1) Tidak menetapkan target audience. Mana mungkin produk kita sesuai untuk semua, kan? Jika produk untuk kesihatan atau kecantikan, pasti yang disasarkan adalah wanita dari lingkungan umur 18 hingga 25 tahun, atau mungkin produk tu untuk umur 65 tahun keatas? tetapkan!

2) Design yang tak menarik. Aku tak nafikan, peniaga online kecil-kecilan ini kurang mampu nak hire designer untuk buatkan graphic design yang menarik. Ini penting untuk survival business korang, sebab aku dah mengalaminya semasa handle Facebook page Laila Crispy.

3) Kurang update cerita "back end". Ini aku belajar dari pengalaman aku sendiri. Aku beri contoh, korang berniaga air kopi hipster. Korang boleh share macam mana korang bancuh air, berapa sukatan dia dan so on. Tapi bergantung jugak, kalau korang rasa itu merugikan korang, update gambo korang bancuh kopi tu pun dah ok. Janji ada "penceritaan belakang tabir" tu, ok dah.

4) Facebook Ads. Ini selalu ditanya kat aku. Perl ke buat FBAds? Aku memang syorkan buat! sebab apa? Itu salah satu channel yang perlu dan boleh dijadikan sumber utama marketing korang. Kalau malas nak manage Insta, Twitter memang facebook lah tempat korang update business korang.

5) Blogging. Kalau malas nak menaip panjang-panjang macam aku ni, korang boleh hire bloggers Malaysia. Ramai dah sekarang bloggers Malaysia yang bagus-bagus. Buat review dengan mereka, dan mereka juga ada beberapa rate dorang sendiri.

Aku sendiri menawarkan perkhidmatan Social Media Manager. Sekarang, dalam proses rundingan untuk handle business orang lain yang memerlukan "marketing man" bagi menjalankan promosi-promosi yang dijalankan kelak. Alhamdulillah, permintaan memang ada untuk ini.

Kalau korang juga nak, boleh email aku: shahrollphoto@gmail.com atau WA: 0123437359


enjoy!







2 comments:

Jueliza Jamani said...

blogger pames ni.. heheh boleh belajar dr shahrol ni..

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Kak Jue:

Insyaallah kak jue, mana saya tahu saya kongsi kan =)