Tuesday, September 16, 2014

Fitness bersama shahroll!




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat aku update lagi untuk kali ni. Story entry aku nak cerita balik pasal aku pernah buat training selama 3 minggu di gym UiTM sebelum aku disahkan sakit denggi. Agak kecewa, tapi pasti ada hikmah kan? Kita ulang semula main di gym!

Kali ni aku tak keseorangan. Ada officemate yang berminat untuk turut serta ke gym seminggu 3 kali bermula pada hari Isnin, Rabu & Jumaat. Aku cuma nak kembalikan stamina yang dulu. Kenapa? Sebab tak cepat penat, otak rasa fresh dan yang lebih penting, dapat memelihara jantung daripada lemah.

Dan, makanan yang baik dan seimbang juga perlu korang jaga okeh?

 My Officemate: Syazwan!

Try angkat bar besi 5kilo

Antara benda wajib yang kitorang akan buat adalah;

1) Berbasikal sejauh yang mungkin (cecah 200 kalori cukup dah..)
2) Main treadmil sejauh yang mungkin jugak
3) Angkat besi untuk pump tangan
4) Dumbell

Lain-lain peralatan tak sentuh sangat. Bak kata student Sport Rec yag ada kat dalam ni, berlatih biar spesifik. Kalau nak buat kaki, more to mesin yang buat otot kaki kuat. So, tak yah main dumbell. Gitu lah ceritanya...

 Lama tak angkat dumbell, rasa sket 20kg

setting RunKeeper untuk record larian aku sepanjang bulan/tahun/hari

Majulah Sukan Untuk Negara!
#fitmalaysia


enjoy!


1 comment:

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Aviana:

thanks drop comment here =)