Sunday, September 14, 2014

Program Cuti-Cuti 1Malaysia Road Tour "Yok Rewang" Homestay Negeri Johor 2014! part #2 by shahroll




As salam, hello readers...

Kita sambung balik cerita aku di negeri Johor, sambungan dari part #1. Lepas je kitorang bermain parit dan tangguk udang kara dihujung kampung, kami balik ke rumah ibubapa angkat untuk mandi dan bersiap-sedia untuk acara Wayang Kulit style Parit Tengah pula. Apa style dorang neh? tengok gambar kat bawah ni..

 Wayang Kulit Kampung Parit Tengah, Batu Pahat

Suara abang DJ ni superb sedap! Lemak berkrim disukai ramai... hehe

Inilah keunikkan yang aku cakap tu. Selalunya wayang kulit mengadap hadapan layar putih tu, dan Tok Dalang dengan anak buahnya disebalik layar putih. Tapi ni terbalik pulak. Mungkin disebabkan nak memperkenalkan gamelan, gong dan lain-lain peralatan kepada media rasanya, tapi itulah yang mereka nak tonjolkan dengan penceritaan wayang kulit yang mengambil masa selama 2 jam!

 para peserta Yok Rewang 2014

penulis bersama Abang Shamrin Tan & Syazwan

Masing-masing sibuk dengan gadget mengambil gambar masa acara berlangsung. Reporter dengan tablet+buku nota dan aku pulak, dengan handphone yang dah tak berapa nak smart sebab "hang" je manjang! grrrr... naseb Samsung baru dah nak keluar kan! huhuh...

Lebih kurang pukul 11.45 malam, pulang lah kami ke rumah mak angkat masing-masing. Keesokkan harinya aktiviti lebih meriah dah syok!!

Kita bersambung ke part #3...

enjoy!


No comments: