Saturday, August 03, 2013

Asian Food Blogger: Inovasi bakso dari Malaysia! by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah terlaksana hajat aku nak belanja family makan bakso special hasil dari air tangan aku sendiri. Semalam, lepas pulang kerja terus pergi ke Giant untuk mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Aku tak bawak list barang masa pergi, semua dah melekat dalam kepala.

jumlah kos: RM44.46 sahaja untuk hidangan 8 orang

Bakso yang asal (dari Indonesia) menggunakan Suhun dalam penyediaan bakso mereka. Aku pulak menggunakan pelbagai mee seperti Mee Udon, Mee Kuning dan Maggi kering. Sebenarnya pasal mee ni korang boleh tukar-tukar ikut selera korang jugak. Part paling penting adalah menyediakan sup dia yang kaw kaw lazat yang memikat tu susah sikit.

Tak pe, aku share kat sini.

Sup Tulang Belakang Lembu


Bahan Sup:
2 ketul tulang belakang lembu
2 ulas halia*
1 biji bawang merah besar*
5 biji bawang putih*
1 peket sup bunjut tulang
2 Kiub Knoor Beef
3 batang daun saderi
1 peket Bebola Daging Ramly
Secukup rasa garam
Secukup rasa gula
Secukup rasa ajinamoto

Cara masak:
1) Letakkan ketulan tulang lembu ke dalam periuk dengan 2 liter air. Kalau tak cukup banyak boleh tambah. Biarkan ia merebus lebih kurang 45 minit. Bahan-bahan yang bertanda (*) ditumbuk bersama sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk. Letakkan juga 1 peket sup bunjut.

2) Setelah itu, masukkan garam, gula dan ajinamoto bagi menambahkan rasa. Potongkan 3 batang saderi kecil-kecil dan masukkan. Biarkan sup mereneh lagi dalam 30 minit.

3) Masukkan 2 kiub daging Knorr bagi melemakkan kuah dan akhir sekali masukkan bebola daging. Bebola daging yang timbul menandakan sudah masak.

Paham kan? Senang aje ni. Dah setel pasal sup, korang boleh siapkan bahan-bahan mee dan potong sayur-sayur. Antara bahan-bahan yang diperlukan;

Bahan Bakso:
Mee Kuning (cadangan)
Mee Udon (Best! cuba lah)
Mee Maggi (cadangan)
Limau nipis 
Cili Bangladesh
Bawang Goreng
Kobis Beijing (putih)
Taugeh
Daun Sup
Daun Bawang

Aku baru tahu yang Cili Bangladesh ni superb pedas! weee. menjejeh airmata korang tahu. Nasib sambal kicap ambik sikit je. HUHU! Part potong-potong sayur ni kena kemas dan cantik supaya dalam mangkuk nampak cun dan dalam Instagram menyelerakan! 

Macam kobis tu, aku tak potong kasar. Buat halus-halus pakai sagat. Bila nak makan, sikit saja dah cukup. Lain-lain potong macam biasa.

Dan bila dihidangkan....

Bakso Udon

Bakso Maggi

Dalam memasak, kita kena kreatif jugak. Nampak tak sayur dalam mangkuk Bakso Maggi atas ni? Tu aku tambah sikit menu iaitu Arabic Salad. Kiranya gabungan Arab+Indonesia+Malaysia punya dish la ni. HAHA! 

Bahan untuk membuat Arab Salad adalah Tomato, Cili Merah Besar, Timun, Bawang Merah Besar, Bawang Putih dan Daun Sup. Semuanya 1 biji sahaja kecuali Cili Merah guna 2 biji. Potong secara dadu dan lepas tu masukkan sedikit cuka (aku tukar dari Olive oil, aku takde olive) dan sedikit ajinamoto dan garam. Siap!


enjoy!

No comments: