Tuesday, August 13, 2013

Raya seorang blogger by shahroll




As salam, hello readers...

Masih belum letih nak menulis. Sepatutnya aku dah tidur sekarang ni, tapi disebabkan "kejadian" dalam toilet menyebabkan, mata terbuntang segar. Apa lah, nak tidur pun tak senang. Sistem penghadaman agak aktif setelah rehat sebulan. HAHA.

Buka blog, tulis.

Malam ni rakan Facebook sibuk dengan "Meteor Shower" yang dikatakan jatuh pada malam ni (semalam). Aku tengok tak de yang berjaya shoot. Ada la seorang dua. Entah, tak berminat sangat dengan meteor apa semua. Seronok juga lah newsfeed aku dipenuhi pasal tu. HEHE.


Pasal raya, boleh la sambung sikit dari post lepas. Raya kedua boleh dikatakan full schedule lah. Dari Sungai Yu lepas tu ke Sawah Sempadan. Round round rumah saudara-mara yang setahun sekali singgah. Penat weh! total dalam 11 rumah bila keluar. Best? tak juga. lunyai rasa.

Rumah ke 5 rasanya ni, happy lagi lah.. HAHA!

Disebabkan raya kedua jatuh pada hari Jumaat, so stop dulu beraya dan sambung selepas solat jumaat. Best macam mana pun beraya, ingatlah solat jumaat tu WAJIB bagi lelaki untuk pergi. Lagi pun, dah raya ke-2 tak de dah rayanya sebab yang disyariatkan raya dalam islam adalam pada 1 Syawal sahaja (ruj: Khutbah khatib)

sawah pagi Tanjung Karang

Sekarang musim penanaman kedua di sawah. Padi kecik kecik lagi, baru nak naik. Bulan September atau Oktober dah cun kalau nak shoot outdoor kat sawah ni. Aku tak pernah buat shoot modelling kat sawah. Tak de model yang berminat nak shoot ala kampung dengan pakai baju kebaya bertemakan "gadis kampung" kot? Kalau ada, boleh bagitahu aku.

contoh gambar

Habis beraya dalam lebih kurang 6.00petang dan pulang ke rumah nenek di Sungai Yu. Esoknya pack barang dan balik ke rumah di Klang. That's my raya style. Every year. Seem legit right? HAHA!

enjoy!

1 comment:

Cikgu Aini said...
This comment has been removed by the author.