Sunday, August 11, 2013

Malay Eid @ Malaysia by shahroll




As salam, hello readers...

Bila dah lama tak ber-update blog, nak start balik tu agak payah. Dah malas! bila dah malas, macam-macam alasan. Kan? Raya punya pasal, semua aktiviti blogging terhenti seketika. Facebook, Twitter dan Instagram menjadi suapan harian tatkala di kampung line Internet menjadi slow macam siput.

Kadang-kadang signal "G" kadang-kadang "E" dan kadang-kadang "F" (no signal lah tu!)

So, how raya?

As usual, pagi raya pergi masjid di kampung. Masjid At-Taqwa, Sungai Yu. Kali ni khutbah agak panjang dan meleret. Point yang sama tapi di huraikan dalam bahasa yang berbunga. No direct point actually. Off kan henset bagi laluan kepada khatib untuk berbicara. Hormat dalam rumah Allah juga.

Di rumah, surirumah sibuk memasak menghidangkan pelbagai juadah. Ya, juadah yang lazimnya manusia Melayu memakan Ketupat, Rendang, Masak Lodeh, Kuah Kacang dan Lemang. Tapi, apa yang kami hidangkan adalah Nasi Lemak, Sambal Sotong, Ayam Masak Merah dan Ikan Keli Masak Cili Api. Sedap kan?

Bersiap memakai baju baru yang dibeli semasa jualan di bulan Ramadhan. Digayakan sebentar saja pada 1 Syawal. Panas. Ye, baju Melayu memang panas dan tak kena gaya untuk iklim di Malaysia. Nak buat macam mana, dah adat. Turutkan saja.

Bermaafan sesama sendiri. Kisah lama terungkai kembali *flashback mode*

Maaf, tiada gambar untuk post kali ni. Mungkin "malas" lagi nak berblogging. Cukup sekadar penulisan untuk tatapan kalian. Bak kata khatib solat jumaat lepas,
"Hari Raya yang disyariatkan di dalam Islam adalah 1 Syawal sahaja. Manakala baki yang ada di dalam bulan Syawal itu, adalah hari-hari yang biasa. Tidak perlu merayakan selama sebulan"

enjoy!

No comments: