Saturday, June 29, 2013

Pengalaman pertama: Konsert KPOP di Malaysia!! G.Na, 4minute & Beast by shahroll




As salam, hello readers...

Percaya? tak? HAHA!! pengalaman semalam cukup membuatkan aku berbangga dengan peminat-peminat Kpop di Malaysia sebab aku merasai tenaga dan aura yang luar biasa apabila bersama mereka kira-kira dalam 3 jam macam tu. Baru montaj yang ditayangkan, dia punya jerit? MANTAP!

3 artis Kpop yang didatangkan khas dari Korea iaitu G.Na, 4Minute dan Beast. Hanya G.Na yang fasih berbahasa English untuk berinteraksi dengan peminatnya di sini. 2 band lain menggunakan khidmat translator.

Beast

G.Na

4Minute

Persembahan dimulakan dengan G.Na membawakan beberapa lagu dan 1 lagu English dari Rihanna. Not bad lah. Selepas tu, 4Minute pula muncul dan membawakan lagu-lagu mereka. Ada 1 lagu tu "Hot Issue" lagu tu je lah yang aku pernah dengar. Masa tu gegar stadium tu weh!

Last sekali, Beast. Time ni yang sangat terkejut peminat Kpop ni. HAVOC habes! baru je bukak music dorang sikit, dah menjerit bagai nak gila. Belum lagi penyanyi tu keluar. Dah keluar, lagi gila dibuatnya. FUUUUHH!!

Antara gambar yang sempat aku snap...

Kitorang dapat seat upper U19. Memang tak ah nak berjoget kalau dah duduk. Tapi kawan aku yang lain, siap berdiri tu! *salute* huhu. Gambar atas ni, dorang beli tiket VIP. So, pepaham la bape harga tiket dorang tu kan? =)

lepas habis konsert...

Bagi mereka yang ada Instagram, boleh cari gambar2 semalam dengan menggunakan hastag #AIAKpopinMY #BukitJalil ok? banyak gambar dari zone VIP di upload. terbaek!

enjoy!

No comments: