Monday, January 17, 2011

La Ikro Ha Fiddin: Telemovie karya MARIANA HASHIM yang mantap! by shahroll

As salam to all,


Aku baru habis tengok satu telemovie di Astro Prima. Sebelum aku ulas cerita nie, suka aku nak ingatkan, aku bukan seorang blogger yang sesenang nak bagi review "percuma" kalau cerita tu tak menepati ataupun tak sampai pada penonton. Disebabkan cerita tadi best plus ramai yang respon, so aku pun suka jugak lah nak kasik review. Dulu aku pernah review cerita Maisarah di channel yang sama.


Ok, cerita LIHF berkisarkan cerita pertembungan 2 bangsa dan agama. Aku quote sinopsisnya dari http://stories.rohaizamahmod.com yang berbunyi,


Cerita ini mengisahkan tentang  Nurlia, lakonan Sharifah Amani yang sentiasa mengalami masalah dalam hidup dia tapi tetap berpegang teguh dengan ajaran Islam. Zach X Factor pula membawa watak Dr Edward yang kematian bakal isteri di hari perkahwinan. Susan Lankaster pula sebagai biarawati manakala Fauzi Nawawi pula membawa watak seorang yang menggunakan nama agama untuk kepentingan peribadi.


Kemudian, Dr Edward dan Nurlia ni ditakdirkan berjumpa, berkawan, dan mempunyai perasaan antara satu sama lain. Disebabkan berpegang teguh pada agama, Nurlia tidak menerima cinta Edward sehinggalah Edward memutuskan untuk membunuh diri.


Susan with Amani

Zack with Amani
**picture take from Rohaiza Mahmod blog**

Apa makna La Ikro Ha Fiddin nie eh? Ok, tajuk cerita nie diambil dari Kitab Suci  Al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat 256 iaitu,

 “La ikro ha fiddin…” “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)”; dan sambungan ayat tersebut “sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barang siapa yang ingkar kepada Thaghut (perkara yang melampaui batas) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(quote from RohaizaMahmod blog)


Diharap,kat Malaysia nie, banyakkan cerita yang bercorakkan unsur keagamaan, perpaduan,hormat-menghormati sesama insan dan juga percintaan. Aku boleh kasi 4 star untuk cerita LIHF nie. Feel dia sampai kat aku, dan aku pasti sampai jugak dalam hati korang kan? kalau tak sampai tu, mungkin hati dah keras kot? opzz! sorry, melawak je k! Ok lah, see next! As salam.. =)

4 comments:

sherah said...

cerita ni best!

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

sherah:

Salam.. yup! sangat nice storyline dia kan? =)

zetty said...

cite y mnarik..plak tue...sharifah amani pkai tudung nmpk cute jerrr...hehehe

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

zetty:

Plot cerita mmg best.. tak dinafikan.. =) Amani sweet gile pakai cam nie kot.. =D