Jarang-jarang aku hapdet pasal makanan, lagi2 nak ajar korang memasak kan? Today, aku nak berkongsi ilmu memasak ngan korang semua. Korang nak belajar masak ngan aku tak? Jangan pandang lelaki mahhcam aku nie sebelah mata k! haha~ bukan takat masak meggi je pandai, masak lain2 pon power jugak.
Ok, resipi nie aku ambil dari email yahoo aku. thanks pada pengirim iaitu Faiza 318. Dia nie rajin gile bagi info. Macam2 info plak tu. Ok let's go!
Kerutup udang
BAHAN-BAHANNYA:
1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa
(A)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar
(B)
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
(C)
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar
CARA MEMBUATNYA:
1. Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
2. Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
3. Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.
4. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka.
Amacam? Dapat bayangkan kenikmatan berganda bila dihidang di depan mata? HAHA! sumpah mak mertua lalu pun tak toleh owh! kah kah~ Selamat mencuba! =D

4 comments:
wei nampak cam sedap je ek.. boleh aku cuba nie kan
Sejak bila ko jadi ala-ala Mat Gebu ni? Boleh la tukar nama blog ke Dapur Bersempadan ye Sharoll Gebu. Hahaha
Terbaru > Klon Jejai Kelirukan Fasha Sandha > The Maxis Om Nom Nom Race > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id
CikLilyPutih:
Wehehehe~ cuba dulu k! =D
phreak-id:
Mat Gebu? wehhh.. itu blogger peymes tu!.. aku bukan dia.. dia bukan aku.. kah kah~
Post a Comment