Showing posts with label tv9 station. Show all posts
Showing posts with label tv9 station. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

Pandangan dan komen tentang rancangan VERSUS MY by shahroll

Wednesday, May 30, 2012


As salam, hello readers...


Sedar tak sedar minggu ini merupakan minggu terakhir untuk kelima-lima band di dalam rancangan #versusMY (hashtag dalam twitter) beraksi. Cabaran demi cabaran untuk setiap band di uji hingga ke tahap maksimum, sampaikan di luar jangkaan gubahan musik yang dipersembahkan.


Objektif rancangan ini mencapai sasaran.


Aku sendiri mengikuti program ini sejak minggu pertama hingga ke minggu terakhir. Berapa kali aku ke Space U8 bersama teman untuk menyokong rancangan ini dan ternyata, kombinasi padu terbitan TV9 Malaysia & Hot FM (Media Prima) mencetuskan "fenomena" baru dalam industri musik!



Aku akui setiap minggu aku pasti menunggu-nunggu hari Jumaat untuk pergi ke Space U8 yang pada awalnya aku langsung tidak menyedari adanya eco-mall dalam Bandaraya Shah Alam. Good promotion!




Sunday, April 22, 2012

(video) Minggu pertama VERSUS! Hujan JUARA! by shahroll

Sunday, April 22, 2012


As salam, hello readers...


Sepanjang minggu lepas, aku melihat stat dalam blog ni menunjukkan hits keywords paling banyak adalah "Versus tv9". Memang ramai peminat rancangan realiti yang mana unik sedikit kerana tiada penyingkiran. Terbaek lah idea ni.


Untuk Juara mingguan, HUJAN BAND telah mendapat kemenangan yang pertama. Masa aku tengok di Space U8 di Shah Alam, Hujan VS Sixth Sense masing-masing tunjuk power sehh...

Battle minggu pertama: Hujan VS Sixth Sense
VS

itu aku cerita kemudian lah. Now layan video-video minggu lepas! Check out yow!


HUJAN BAND:http://www.youtube.com/watch?v=lZkn3iOyT7o&feature=related
BLACK & PARALLAX:http://www.youtube.com/watch?v=0-Y-AtvHvsw&feature=related
GO GERILLA:http://www.youtube.com/watch?v=Yg117VvRtSg&feature=relmfu
SIXTH SENSE:http://www.youtube.com/watch?v=YTLWGgnIEIw&feature=relmfu
SOFARZ:http://www.youtube.com/watch?v=uK6uLj74Ujw&feature=related

Mana yang aku merahkan tu, fav band aku ye! HEHE. Lain band aku kurang sket. pape pon, enjoy!


*untuk mengundi band #versusMY lihat sini: Versus Minggu Pertama*

Sunday, April 15, 2012

(minggu pertama) Senarai peserta VERSUS @ TV9 by shahroll

Sunday, April 15, 2012

As salam, hello readers...

Program "Versus" telah pun bersiaran. Untuk minggu pertama, peserta (artis) aku tengok memang struggle gila-gila dalam mengubah lagu dari zaman rock kapak kepada musik yang lebih segar dan ada beberapa element musik yang baru yang baru aku dengar seperti HUJAN menggunakan "dubstep"





Aku tak ambil pusing pasal vokal mereka best ke tak best ke, janji aku dapat "layan" musik yang FRESH dan BARU dari pemusik-pemusik Malaysia. Pada hemat aku, mereka yang masuk ini terpilh dan semestinya bab vokal tak de masalah. WE WANT NEW MUSIC!!

Ok, pada peminat yang nak mengundi mereka, boleh melakukannya dengan cara di bawah;

Band: Sixth Sense

Band: Black & Parallax

Band: Go Gerilla!

Band: Hujan

Band: Sofazr

Thursday, April 12, 2012

(drama) Bila Joyah masuk TV by shahroll

Thursday, April 12, 2012


As salam, hello readers...


Pasal malam tadi. Drama Melayu di saluran TV9. Dulu tv9 stand alone, but now dah dimiliki oleh Media Prima Berhad (MPB). Bila Joyah Masuk TV berpaksikan cerita mengenai orang biasa yang menjadi artis dan sepanjang kariernya di paparkan di dalam drama ni.


Kisahnya, Joyah adalah orang kampung biasa yang menjalani kehidupan yang biasa. Tiada apa-apa yang istimewa sehingga pada suatu hari, pihak produksi yang membuat penggambaran di sekitar kampung tidak cukup pelakon untuk babak seterusnya. Dari situlah Joyah menawarkan diri untuk mencuba nasib menjadi seorang pelakon.


Jasmin hamid= Joyah


Apa yang aku dapat lihat adalah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis skrip mengenai "dunia sebenar" artis-artis punya perangai semasa di set lokasi penggambaran. Pelbagai ragam dan "skrip pedas" yang aku andaikan, segelintir artis tempatan yang sangat "mendiva" eh?


Banyak babak-babak dalam drama ni diadaptasi dari keadaan yang sebenar. Sebagai contoh yang paling hampir, masa babak Norman Hakim menyerang Jasmin Hamid. Bukan babak ni daripada Abby Abadi menyerang Norman Hakim di lokasi penggambaran tidak lama dulu mengenai kes mereka?


Lain-lain babak melucukan. Aku sendiri tak boleh menahan gelak lakonan Bell Ngasri yang begitu santai. Berlakon yang seperti tidak berlakon. Gitu lah.. =D


Good joob!