Showing posts with label Media Prima. Show all posts
Showing posts with label Media Prima. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

Anugerah Juara Lagu: Kenapa lagu Mewangi tak layak? by shahroll

Sunday, December 14, 2014



As salam, hello readers...

Dah lama aku draft entry ni dalam otak sejurus sahaja lagu ni TAK LAYAK untuk ke peringkat seterusnya (final). Dari pandangan aku yang bukan "orang dari industri" muzik terpaksa akur dengan para juri yang sememangnya LAYAK untuk mengadili lagu yang masuk bertanding.

Itu mereka...

Bagi kami pendengar biasa/pendengar setia radio dan fans club, merasakan lagu ini TERSANGAT LAYAK untuk menjadi lagu finalis dan seterusnya MENANG untuk AJL 2014. Kenapa?

1) Lagu yang sangat matang dari Akim Ahmad. Lagu Akim yang dibawa solo bukan tak bagus, cuma gandingannya bersama The Majistreet membawa peningkatan yang ketara dari segi popularity dan prestige. Diakui lagu ini juga membawa "aura" yang berlainan dari lagu-lagu Akim yang lain

2) Emosi. emosi yang sangat kuat dari dalam lagu ini samada untuk TuhanNya mahupun hambaNya. Ada 2 maksud disini. Kalau korang mensabitkan lagu ini untuk manusia, maka kecintaan pada manusia itu terserlah. Begitu juga dengan dengan Tuhan, menunjukkan kesetiaan dan ketaatan hamba kepada TuhanNya. Dengar betul-betul lirik dalam lagu tersebut

3) Originality. Yup! Original kat sini, tak 100% musiknya dicedok dari lagu orang lain walaupun ada kedengaran sikit-sikit macam musik Muse (unintended) tu kan? Whatever is, Akim bijak mencampurkan elemen itu dengan selera pendengar di Malaysia. Konsep macam ni tak biasa lagi dalam industri tahu?


Official MV "Mewangi"

enjoy!


Sunday, June 02, 2013

Review: Bagus sangat ke Nasi Lemak Kopi O tu?? by shahroll

Sunday, June 02, 2013



As salam, hello readers...

Dalam banyak-banyak talk show yang dikelolakan oleh media prima, aku cukup tertarik dengan talk show Nasi Lemak Kopi O (NLKO) yang mana di host kan oleh penyampai radio popular iaitu A.G, Luq dan Fizo Omar. Gabungan synergy tiga jejaka tampan ini membolehkan perjalanan talk show tersebut menjadikan rancangan ini santai dan ringan

logo NLKO

Beberapa segmen dalam NLKO menarik penonton untuk menonton dan mendapatkan info-info menarik setiap minggu. Contoh, segmen tetap macam Si Manja Comel (kucing) dapat menarik pencinta kucing untuk melihat baka-baka kucing yang terbaru dan aksesori terhadap kucing kesayangan mereka.

Segmen tajaan yang ada dalam NLKO, lebih kepada penjanaan wang dalam talk show but still best, dapat info pasal produk terbaru.

Setiap pagi juga, samada Luq, FO atau AG akan membacakan sedikit keratan akhbar dari Berita Harian dan juga Mingguan Metro (Media Prima) untuk disampaikan kepada penonton yang belum keluar rumah untuk membeli newspaper! 



gambar: Google Image

enjoy!

Wednesday, May 30, 2012

Pandangan dan komen tentang rancangan VERSUS MY by shahroll

Wednesday, May 30, 2012


As salam, hello readers...


Sedar tak sedar minggu ini merupakan minggu terakhir untuk kelima-lima band di dalam rancangan #versusMY (hashtag dalam twitter) beraksi. Cabaran demi cabaran untuk setiap band di uji hingga ke tahap maksimum, sampaikan di luar jangkaan gubahan musik yang dipersembahkan.


Objektif rancangan ini mencapai sasaran.


Aku sendiri mengikuti program ini sejak minggu pertama hingga ke minggu terakhir. Berapa kali aku ke Space U8 bersama teman untuk menyokong rancangan ini dan ternyata, kombinasi padu terbitan TV9 Malaysia & Hot FM (Media Prima) mencetuskan "fenomena" baru dalam industri musik!



Aku akui setiap minggu aku pasti menunggu-nunggu hari Jumaat untuk pergi ke Space U8 yang pada awalnya aku langsung tidak menyedari adanya eco-mall dalam Bandaraya Shah Alam. Good promotion!