As salam, hello readers...
Pasal malam tadi. Drama Melayu di saluran TV9. Dulu tv9 stand alone, but now dah dimiliki oleh Media Prima Berhad (MPB). Bila Joyah Masuk TV berpaksikan cerita mengenai orang biasa yang menjadi artis dan sepanjang kariernya di paparkan di dalam drama ni.
Kisahnya, Joyah adalah orang kampung biasa yang menjalani kehidupan yang biasa. Tiada apa-apa yang istimewa sehingga pada suatu hari, pihak produksi yang membuat penggambaran di sekitar kampung tidak cukup pelakon untuk babak seterusnya. Dari situlah Joyah menawarkan diri untuk mencuba nasib menjadi seorang pelakon.
Jasmin hamid= Joyah
Apa yang aku dapat lihat adalah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis skrip mengenai "dunia sebenar" artis-artis punya perangai semasa di set lokasi penggambaran. Pelbagai ragam dan "skrip pedas" yang aku andaikan, segelintir artis tempatan yang sangat "mendiva" eh?
Banyak babak-babak dalam drama ni diadaptasi dari keadaan yang sebenar. Sebagai contoh yang paling hampir, masa babak Norman Hakim menyerang Jasmin Hamid. Bukan babak ni daripada Abby Abadi menyerang Norman Hakim di lokasi penggambaran tidak lama dulu mengenai kes mereka?
Lain-lain babak melucukan. Aku sendiri tak boleh menahan gelak lakonan Bell Ngasri yang begitu santai. Berlakon yang seperti tidak berlakon. Gitu lah.. =D
Good joob!
2 comments:
aku pun tgk noks.. kelakar tak henggat. sangat DIVA si joyah tu lah
CLP:
hahaha.. pedaskan skrip2 yg depa buat? Nasik lemak pon kecoh jadi isu.. LOL..
Tang payment pon same gak.. ahhahadoii~
Post a Comment