Showing posts with label versus. Show all posts
Showing posts with label versus. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

2nd last: #VersusMY bertemakan zaman Rock Kapak! by shahroll

Saturday, May 26, 2012


As salam, hello readers...


Kehanggatan minggu ini diteruskan lagi dengan tema Rock Kapak. Zaman aku kecik dulu nama-nama band otai macam May, Lefthanded, Wings, Search dan lain-lain memang "makanan" untuk halwa telinga aku ni. Boleh dikatakan aku membesar dengan lagu-lagu Rock Kapak (RK).


Kesemua kumpulan membuat persembahan yang baik dan mendapat komen-komen yang "biasa" juri katakan pada minggu-minggu yang sudah sampai aku naik "hafal" apa yang juri ni nak cakap. Serius. Dari segi komen, pihak juri perlu lebih agresif dan tak perlu nak main "playsafe" sangat.


1 band yang berjaya mencuri perhatian aku secara peribadi iaitu:


Band ni keji sial. Sangat keji susunan musik dorang. HA! korang ingat keji pasal apa? =p. Bukan nak menyanjung, band My Parallax sepatutnya boleh battle TIAP-TIAP minggu, tapi sistem pengundian VOTE dari korang tak cukup untuk melayakkan mereka nak battle setiap minggu. Ini diakui oleh Jenifer Thomson selaku juri professional Versus.

Nak tengok musik "keji" dorang? klik SINI. Nak undi dorang? taipkan VS / VS5 / VS10 jarak BPX & hantarkan ke 33399

Minggu depan minggu last Versus!! Jom ramai-ramai turun ke Space U8, Shah Alam!

enjoy!

Sunday, April 22, 2012

(video) Minggu pertama VERSUS! Hujan JUARA! by shahroll

Sunday, April 22, 2012


As salam, hello readers...


Sepanjang minggu lepas, aku melihat stat dalam blog ni menunjukkan hits keywords paling banyak adalah "Versus tv9". Memang ramai peminat rancangan realiti yang mana unik sedikit kerana tiada penyingkiran. Terbaek lah idea ni.


Untuk Juara mingguan, HUJAN BAND telah mendapat kemenangan yang pertama. Masa aku tengok di Space U8 di Shah Alam, Hujan VS Sixth Sense masing-masing tunjuk power sehh...

Battle minggu pertama: Hujan VS Sixth Sense
VS

itu aku cerita kemudian lah. Now layan video-video minggu lepas! Check out yow!


HUJAN BAND:http://www.youtube.com/watch?v=lZkn3iOyT7o&feature=related
BLACK & PARALLAX:http://www.youtube.com/watch?v=0-Y-AtvHvsw&feature=related
GO GERILLA:http://www.youtube.com/watch?v=Yg117VvRtSg&feature=relmfu
SIXTH SENSE:http://www.youtube.com/watch?v=YTLWGgnIEIw&feature=relmfu
SOFARZ:http://www.youtube.com/watch?v=uK6uLj74Ujw&feature=related

Mana yang aku merahkan tu, fav band aku ye! HEHE. Lain band aku kurang sket. pape pon, enjoy!


*untuk mengundi band #versusMY lihat sini: Versus Minggu Pertama*

Sunday, April 15, 2012

(minggu pertama) Senarai peserta VERSUS @ TV9 by shahroll

Sunday, April 15, 2012

As salam, hello readers...

Program "Versus" telah pun bersiaran. Untuk minggu pertama, peserta (artis) aku tengok memang struggle gila-gila dalam mengubah lagu dari zaman rock kapak kepada musik yang lebih segar dan ada beberapa element musik yang baru yang baru aku dengar seperti HUJAN menggunakan "dubstep"





Aku tak ambil pusing pasal vokal mereka best ke tak best ke, janji aku dapat "layan" musik yang FRESH dan BARU dari pemusik-pemusik Malaysia. Pada hemat aku, mereka yang masuk ini terpilh dan semestinya bab vokal tak de masalah. WE WANT NEW MUSIC!!

Ok, pada peminat yang nak mengundi mereka, boleh melakukannya dengan cara di bawah;

Band: Sixth Sense

Band: Black & Parallax

Band: Go Gerilla!

Band: Hujan

Band: Sofazr