Showing posts with label thought. Show all posts
Showing posts with label thought. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

Ingatlah Kematian Dari Nafas Ke Nafas!

Tuesday, September 13, 2011
Gambar hiasan
Photo by: SH iMAGE

Ingatlah kematian berlaku dari nafas ke nafas
Berhenti nafas matilah kita
Apabila tarik nafas, tidak boleh mengeluarkannya kematian tiba
Jika mengeluarkan nafas tidak boleh tarik semula matilah kita
Kita hidup bukan sebab kaya
Tidak juga hidup adanya kereta
Juga hidup bukan kerana ada kuasa
Bukan kerana adanya ilmu yang luarbiasa
Hidup kita hanya ditentukan oleh udara
Udara yang Tuhan cipta, penyebab hidup
Tidak ada udara kematian pun tiba dengan izin-Nya
Takutkanlah Allah dari nafas ke nafas
Biarlah kita mati di waktu nafas tiada kita takut dengan-Nya
by: Ust. Hj. Ashaari Muhammad

source: Dunia Puisi


Saturday, September 10, 2011

(Gambar) yang beri aku ketenangan! by shahroll

Saturday, September 10, 2011


As salam, hello readers...


Lepas balik dari kelas OB, aku bebetul pening. Aku sejak 2 menjak, agak kerap pening. Hormon tak stabil kot? ah, merepek. Lepas minum panadol solubel, baru ok sikit. Sebolehnya, aku nak elak guna panadol, but itu solution terakhir kot?


Sedang menyiapkan assignment untuk OB sekarang ni. Lari jap dari belenggu assignment yang memboringkan. HAHA!


Aku nak share ngan korang gambar yang aku suka shoot dan hari-hari aku tengok (kalau ada masalah) aku simpan dalam cakera keras yang khas untuk gambar best2!


Awan Lubang
Gambar macam ni boleh bagi ketenangan gak eh? Herm, susah aku nak cakap bila orang seni dan bukan orang seni berfikir dan mentafsir. Bagi aku, awan yang membentuk "lubang" tu seperti lubang cahaya yang menyorot kita untuk berfikir untuk masa hadapan. Mungkin. Bagi orang kebanyakkan, itu cuma kumpulan awan yang membentuk lubang, bukan sebaliknya.

Dan aku ambil gambar ni ketika mak aku pergi pasar Sabtu di Taman Perwira, Kuala Langat. (picture taken by Nokia C3)

Awan 4 zone 
Kalau korang leh kira warna yang ada, semua ada 4 zone warna yang berbeza bermula dari atas (biru) hingga yang bawah (jingga). Masa ni, dunia baru "bangun" dari malam untuk ke siang (waktu aku pergi kerja ni). Udara nyaman masih terasa kalau pergi awal kerja (7.30pagi aku dah sampai).

Ada emergency case je aku sampai awal, sebab naik kereta! HAHA. (picture taken by Sony Ericsson W910i)

Super Hole Awan

Masa ni aku pergi outing dengan geng CHAPs (Chap Ayam) ke Pulau Ketam. Dulu aku baru-baru belajar guna DSLR. Aku main hantam je dulu pakai mode Auto. Sikit-sikit aku baca pasal tutorial orang dalam internet, boleh la. Yang penting, kalau dah ada DSLR tu, go shoot and practice. Setakat ada kamera, simpan dalam beg, baik tak yah beli kamera =P

Cantik ciptaan Tuhan. (picture taken by Canon 30D)

Sambung kerja....

enjoy!


Monday, August 22, 2011

Thank you for those wish my birthday today! (22/08) 24th lah! by shahroll

Monday, August 22, 2011


As salam and hello readers!


12.41 pagi waktu Malaysia. Hari ini Isnin bersamaan dengan 22/08/2011, genap lah aku dalam usia 24. Apa? 24 tahun? Dah tua la shahroll. OHMAI! 24 dah tua ke? Aku rasa macam 18 tahun ada lah (common words) nak sedapkan hati eh? HAHA!


Di kesempatan ini, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada anda semua. Tak kiralah aku kenal korang ke tidak, korang kenal aku ke tidak (eh? boleh pulak..) yang wish my birthday hari ini. Sejak jam 12 malam tadi, aku dihujani oleh SMS, dan yang lebih best, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan) pun wish my birthday! Goshhh... Thanks Dato'!


Aku tak buka my date dalam FB. Hanya orang yang kenal dan ingat je yang wish. It ok lah dari yang wish but aku sendiri tak kenal, kan?


Actually aku berkongsi tarikh yang sama dengan kawan aku di Kuala Langat, blogger Jajol (ref:HERE) cuma masa dia keluar dari perut awal sikit dari aku. Happy Birthday bro!


And, BIG THANKS pada Nuffnang, selaku company ads yang prihatin terhadap bloggers, ada memberikan hadiah berupa tiket wayang sebanyak 4 tiket. Banyak kan? Aku ingat nak enjoy bersama rakan kelas (bachelor semuanya! ada 1 dah kahwin =P) patutnya minggu lepas, sekali aku ada hal lain, terpaksa tunda.


Thanks ya Nuffnang! =) LOVE U.. muahhxx!!

Tak lupa juga kepada readers,silent readers,follower,twitters,
Facebookers,Subscribers dan Haters yang sudi menatap blog aku yang tak seberapa ni. Sokongan kalian amatlah dihargai. Kalau tak, blog ni tak sampai 112K pageviews kalau bukan sokongan dari korang jugak kan? =)

Ok lah, apa harapan aku untuk besday aku kali ni ya? Tak banyak aku mintak, cuma semoga DIA memberikan aku kesihatan yang bagus untuk aku lebih kuat bekerja dan juga berkarya untuk aku muatkan di dalam blog-blog yang aku dah bina. Seterusnya, mungkin DIA akan menghantar aku untuk seseorang. Kiranya, aku dah lama juga tak berpasangan, ecceh! *joke*

Insyaallah, ketemu lagi di lain waktu k?

Enjoy!


Saturday, August 20, 2011

Apa perbezaan menulis di dalam blog dan forum? by shahroll

Saturday, August 20, 2011


As salam and morning readers!


Baru mandi. Segar ya amat! Mahu buat kerja lain sebenarnya, tapi otak dok ligat bagi idea tajuk untuk di update. Semua aku simpan dalam draft dulu. Cuma yang ini yang "nak sangat" aku post kan. Kenapa eh?


Sebab aku ada menjelajah sekejap blog-blog orang lain. Tak banyak, 2-3 blog je.


Kebanyakkan isu berputar pada masalah yang sama. Tak bagi kredit (blog), copy paste punya blog sehari update 117 entry (perggh!!) dan isu blogger baru. Eh, blogger baru pun jadi isu gak ke Malaysian Blog sphere?


Nak di kupas satu by satu isu, memang aku tak dan lah. Pasal isu copy paste lagi aku dah muak. Itu atas kesedaran sivik masing-masing lah. Nak copy ke nak paste ke, janji lepas ko buat "shit" cam tu, make sure bagi kredit pada blog asal. Itu je sebenarnya. Why lah jadi big issue? Haiih~


Walaupun tiada akta yang tertentu untuk membolehkan pesalah kopipes ini didakwa di dalam mahkamah, cuma ada AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998, mungkin boleh di dakwa bawah akta lain? Bloggers Law mungkin boleh tolong aku selesaikan persoalan ni boleh?



Stop untuk mukadimah. Itu mukadimah je bang. Belum masuk isi yang sebenar yang aku nak tulis lagi, hehe. Pernah tak kamu kamu dan kamu melayan Forum sebelum menjadi penulis tegar dalam blog? Apa itu forum? baca SINI


Dulu, aku selalu layan forum. Tak kisah waktu. Time lunch pun dok hadap PC melayan forum. Menjadi satu ketagihan yang dasyat bila berdiskusi di dalam forum yang hebat. Hebat dari segi kandungan dan juga online users yang ada. Tak pun, seronok menjadi "moderator" forum yang mana nama korang akan terpapar berwarna merah di bahagaian bawah forum (kes riak nak mampps!)


Bagi aku, forum tempat meluahkan pendapat tentang sesuatu perkara yang spesifik yang mana kalau korang suka pada modified kereta, maka join forum kereta. Dalam tu semua kaki kereta. Segala permasalahan yang korang hadapi selalunya dibantu oleh ahli forum (jika ramai users online).


Ramai juga yang jadikan forum sebagai tempat chatting and dating. Tu hak masing-masing lah, janji tak melanggar undang-undang berforum. Ya, setiap forum yang korang nak join ada undang-undang tersendiri samada yang betul mahupun yang "merepek-repek" punya laws. (ikut kepada founder dia lah)


Apa yang tak best pasal forum?
TAK BOLEH JANA WANG! haa, toi dak? Aku dok perati la ni, orang makin susut berforum (ada yang masih tegar) kerana faktor utama ni lah. Posting dalam forum tak dak bayaran boleh terima. Sekadar post saja. Lebih sikit pun cuma ada "point reward" yang depa dok reka-reka dalam forum tu.


Dengan zaman la ni ada Facebook, dok discuss lam discussion board FB ja. Sekejap dapat respond kan?


Bagaimana hal nya dengan blog?
Ada manusia di dunia reality tak ambil pusing pasal blog. Bagi mereka blog itu cuma penulisan jalanan, tah hape-hape, mengarut mengencing banyak. Oh! persepsi apakah? Mungkin dulu Che Det tak menulis blog, tu yang "mereka" cakap cam tu kot? sekarang ni siap ada Unit untuk bloggers lagi. Haaaaa...


Apa pun alasan yang diberikan, just back to basic, semua orang ada RIGHT untuk buat the RIGHT thing. Mana yang "tak tahan" nak baca blog yang suka mengutuk, just pangkah keluar dari blog tu. Mengapa sakit hati? Mengapa nak kutuk dalam blog sendiri? Jangan salahguna saluran yang ada.


Menegakkan kebenaran senang diucap dan susah untuk dilaksanakan. Bersepah blog yang menyajikan kepalsuan dan pembohongan terhadap sesuatu isu, mengapa so bodoh untuk percaya apa bloggers lain tulis? Takda inisiatif lain untuk baca blog yang lain untuk seimbangkan pemikiran korang ke?


Theory of blog: Create>Develop>Marketing>"shit contents">PROFIT!


Enjoy!



Wednesday, August 17, 2011

Rabu: Nuzul Quran public holiday story by shahroll

Wednesday, August 17, 2011


As salam and hello bloggers,


Hari ni cuti umum bagi Negeri Selangor. Nuzul Quran. Dan, hari ni juga aku ada kelas "ganti" OB. Kelas yang ingin diganti oleh seorang Prof yang sentiasa sabar dengan karenah student PLK, kitorang lah tu. Tapi yang tak best nya, tak sampai 10 orang pun yang datang pagi tadi.


Aku pun agak lewat datang. Dalam jam 9.30 pagi. Perjalanan ke kelas aku ingat mati-mati aku yang paling lewat. Bila masuk ke kelas, hambek kau! 2 orang je yang ada? Sampai jam 10, baru ada 6 orang.


.... Siapa kaki peniru dalam kelas?? BERENTI BELAJA!!...


Prof ada meeting pada jam 11 pagi. Kalau start kelas awal (9 pagi) dapat lah cover 1 kelas yang nak diganti tu. Kesudahannya, kelas ganti terpaksa dibatalkan. Agak kesal disitu. Aku? semangat terus padam!


Lepas berborak-borak dengan rakan kelas, aku terus shoot ke KL naik motor. YE! naik motor. Aku malas nak ambil kereta kat rumah then keluar balik tuk ke KL. aku ke sana untuk ambil 4 tiket free dari Nuffnang dan juga Plushie Blue Bird (Churp Churp) Itu aku post kemudian ok?


Masih dalam keadaan tak stabil now. something losing lah. *padam lampu*


Enjoy!