Saturday, August 20, 2011

Apa perbezaan menulis di dalam blog dan forum? by shahroll



As salam and morning readers!


Baru mandi. Segar ya amat! Mahu buat kerja lain sebenarnya, tapi otak dok ligat bagi idea tajuk untuk di update. Semua aku simpan dalam draft dulu. Cuma yang ini yang "nak sangat" aku post kan. Kenapa eh?


Sebab aku ada menjelajah sekejap blog-blog orang lain. Tak banyak, 2-3 blog je.


Kebanyakkan isu berputar pada masalah yang sama. Tak bagi kredit (blog), copy paste punya blog sehari update 117 entry (perggh!!) dan isu blogger baru. Eh, blogger baru pun jadi isu gak ke Malaysian Blog sphere?


Nak di kupas satu by satu isu, memang aku tak dan lah. Pasal isu copy paste lagi aku dah muak. Itu atas kesedaran sivik masing-masing lah. Nak copy ke nak paste ke, janji lepas ko buat "shit" cam tu, make sure bagi kredit pada blog asal. Itu je sebenarnya. Why lah jadi big issue? Haiih~


Walaupun tiada akta yang tertentu untuk membolehkan pesalah kopipes ini didakwa di dalam mahkamah, cuma ada AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998, mungkin boleh di dakwa bawah akta lain? Bloggers Law mungkin boleh tolong aku selesaikan persoalan ni boleh?



Stop untuk mukadimah. Itu mukadimah je bang. Belum masuk isi yang sebenar yang aku nak tulis lagi, hehe. Pernah tak kamu kamu dan kamu melayan Forum sebelum menjadi penulis tegar dalam blog? Apa itu forum? baca SINI


Dulu, aku selalu layan forum. Tak kisah waktu. Time lunch pun dok hadap PC melayan forum. Menjadi satu ketagihan yang dasyat bila berdiskusi di dalam forum yang hebat. Hebat dari segi kandungan dan juga online users yang ada. Tak pun, seronok menjadi "moderator" forum yang mana nama korang akan terpapar berwarna merah di bahagaian bawah forum (kes riak nak mampps!)


Bagi aku, forum tempat meluahkan pendapat tentang sesuatu perkara yang spesifik yang mana kalau korang suka pada modified kereta, maka join forum kereta. Dalam tu semua kaki kereta. Segala permasalahan yang korang hadapi selalunya dibantu oleh ahli forum (jika ramai users online).


Ramai juga yang jadikan forum sebagai tempat chatting and dating. Tu hak masing-masing lah, janji tak melanggar undang-undang berforum. Ya, setiap forum yang korang nak join ada undang-undang tersendiri samada yang betul mahupun yang "merepek-repek" punya laws. (ikut kepada founder dia lah)


Apa yang tak best pasal forum?
TAK BOLEH JANA WANG! haa, toi dak? Aku dok perati la ni, orang makin susut berforum (ada yang masih tegar) kerana faktor utama ni lah. Posting dalam forum tak dak bayaran boleh terima. Sekadar post saja. Lebih sikit pun cuma ada "point reward" yang depa dok reka-reka dalam forum tu.


Dengan zaman la ni ada Facebook, dok discuss lam discussion board FB ja. Sekejap dapat respond kan?


Bagaimana hal nya dengan blog?
Ada manusia di dunia reality tak ambil pusing pasal blog. Bagi mereka blog itu cuma penulisan jalanan, tah hape-hape, mengarut mengencing banyak. Oh! persepsi apakah? Mungkin dulu Che Det tak menulis blog, tu yang "mereka" cakap cam tu kot? sekarang ni siap ada Unit untuk bloggers lagi. Haaaaa...


Apa pun alasan yang diberikan, just back to basic, semua orang ada RIGHT untuk buat the RIGHT thing. Mana yang "tak tahan" nak baca blog yang suka mengutuk, just pangkah keluar dari blog tu. Mengapa sakit hati? Mengapa nak kutuk dalam blog sendiri? Jangan salahguna saluran yang ada.


Menegakkan kebenaran senang diucap dan susah untuk dilaksanakan. Bersepah blog yang menyajikan kepalsuan dan pembohongan terhadap sesuatu isu, mengapa so bodoh untuk percaya apa bloggers lain tulis? Takda inisiatif lain untuk baca blog yang lain untuk seimbangkan pemikiran korang ke?


Theory of blog: Create>Develop>Marketing>"shit contents">PROFIT!


Enjoy!



2 comments:

kak ina kl said...

berblog jika betul caranya memang best kan, jika gunakan blog untuk menghentam orang pun tak guna gak.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

kak ina:

Orang lain berblog untuk cari kawan, cari kenalan, tapi ada yang gunakan untuk perkara yg salah, so pity..