Showing posts with label my birthday 2011. Show all posts
Showing posts with label my birthday 2011. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

(Birthday Boy) Captain America: The First Avenger by shahroll

Tuesday, August 23, 2011


As salam and hello readers!


Semalam hari 'TUA" aku. Dan aku kongsi ke-best-an aku bersama rakan kelas lah. Menonton wayang di TGV Cinema Bukit Raja. Aku, Farid dengan Bobby Shah. Patut ada lagi sorang, Arm Kopel tapi dia hal lain, tak dapat nak join kitorang.
kitorang tengok cerita ni..

Kelas malam tadi (OB) ada quiz. Aku blah awal. Then aku terus jejak Bukit Raja buat tempahan untuk slot tengah malam (mid-night). So, dapat yang best punya timing, 10.45 malam. Habis dalam jam 1 pagi. Seat pulak memang best! sebab tak ramai yang tengok cerita ni, siap kitorang selunjur kaki ke depan! HAHA, santai macam dok kat umah, kata Bobby.

Kepada Arm Kopel, sila baca sampai habis ok?! wakaka...

Cerita yang aku tengok ni slow lah. Banyak drama. Askar yang kelakar, sebab badan kecik jadi askar. Then, di jadikan bahan ujikaji oleh Dr. Abraham Erskine yang memasukkan cecair (serum) dalam badan Steve (Captain America).

Masa badan Steve kecik dan tak tinggi, selalu kena buli dengan orang yang lebih besar dari dia. Oh! lupa nak bagitahu yang filem ni berlatar belakang kan tahun 1941, masa dunia sedang menentang Adolf Hitler.

Chris Evans (Captain America/ Steve Rogers)

Setelah badan CA ni dah besar,tegap dan metabolisme 4 kali ganda dari orang biasa, membolehkan dia menjadi seorang askar yang gila-kentang-power-la. Semua misi dia berjaya laksanakan dengan bekas tawanan yang telah berjaya CA selamatkan dan kebanyakkan peperangan yang dilakukan bersama dengan team yang sama.

Hayley Atwell (Peggy Carter)

Awek dalam filem CA adalah seperti diatas. Steve (CA) jumpa awek ni masa menjalani latihan ketenteraan yang telah di sokong oleh Dr. Abraham setelah beberapa kali cubaan untuk menyertai askar Amerika gagal. Sejak dari pandangan pertama minah di dah cair ngan si Steve. #SoAmerica

Mantap siout! badan cam neh le aku nak buat! kah3..

Perisai yang mula-mula CA pakai, lepas tu diganti 
dengan yang lebih power

Ni penjahat (Red Skull) yang menyokong gerakan Hydra

VIVA HYDRA!!! VIVA HYDRA!! KEH3....
Kata semangat dia best dowh! 
(Seorang kena pancung, ada 2 orang lagi yang membantu)

Steve masa badan kecik. memey terbaik dol!

Ending dia macam mana eh? Ok, itu biar jadi rahsia lah, kang tak laku pulak filem ni kat pawagam kalau aku cerita habis dalam blog! Kalau nak tahu ending dia camna, sila ke pawagam yang berdekatan dengan anda, huhu~

Dari 5, aku bagi 4 star untuk filem Captain America ni. God joob Joe Johnston!!


Enjoy!

Monday, August 22, 2011

Thank you for those wish my birthday today! (22/08) 24th lah! by shahroll

Monday, August 22, 2011


As salam and hello readers!


12.41 pagi waktu Malaysia. Hari ini Isnin bersamaan dengan 22/08/2011, genap lah aku dalam usia 24. Apa? 24 tahun? Dah tua la shahroll. OHMAI! 24 dah tua ke? Aku rasa macam 18 tahun ada lah (common words) nak sedapkan hati eh? HAHA!


Di kesempatan ini, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada anda semua. Tak kiralah aku kenal korang ke tidak, korang kenal aku ke tidak (eh? boleh pulak..) yang wish my birthday hari ini. Sejak jam 12 malam tadi, aku dihujani oleh SMS, dan yang lebih best, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan) pun wish my birthday! Goshhh... Thanks Dato'!


Aku tak buka my date dalam FB. Hanya orang yang kenal dan ingat je yang wish. It ok lah dari yang wish but aku sendiri tak kenal, kan?


Actually aku berkongsi tarikh yang sama dengan kawan aku di Kuala Langat, blogger Jajol (ref:HERE) cuma masa dia keluar dari perut awal sikit dari aku. Happy Birthday bro!


And, BIG THANKS pada Nuffnang, selaku company ads yang prihatin terhadap bloggers, ada memberikan hadiah berupa tiket wayang sebanyak 4 tiket. Banyak kan? Aku ingat nak enjoy bersama rakan kelas (bachelor semuanya! ada 1 dah kahwin =P) patutnya minggu lepas, sekali aku ada hal lain, terpaksa tunda.


Thanks ya Nuffnang! =) LOVE U.. muahhxx!!

Tak lupa juga kepada readers,silent readers,follower,twitters,
Facebookers,Subscribers dan Haters yang sudi menatap blog aku yang tak seberapa ni. Sokongan kalian amatlah dihargai. Kalau tak, blog ni tak sampai 112K pageviews kalau bukan sokongan dari korang jugak kan? =)

Ok lah, apa harapan aku untuk besday aku kali ni ya? Tak banyak aku mintak, cuma semoga DIA memberikan aku kesihatan yang bagus untuk aku lebih kuat bekerja dan juga berkarya untuk aku muatkan di dalam blog-blog yang aku dah bina. Seterusnya, mungkin DIA akan menghantar aku untuk seseorang. Kiranya, aku dah lama juga tak berpasangan, ecceh! *joke*

Insyaallah, ketemu lagi di lain waktu k?

Enjoy!