Showing posts with label smartphones. Show all posts
Showing posts with label smartphones. Show all posts

Saturday, July 11, 2015

Redmi Note Mi: Apa yang best pasal smartphone China? by shahroll

Saturday, July 11, 2015



As salam, hello readers...

Aku dah mula menggunakan smartphone Redmi Note yang aku beli secara tunai dengan seorang Facebooker merangkap kawan aku secara realiti. Dia menjual smartphone ni dengan harga RM300 sahaja tanpa Micro SD. Apa yang aku boleh katakan pasal telefon ni?

1) Saiz paparan
Melihat ukuran paparannya saja, membuatkan aku tertarik nak beli. Belum lagi tengok spesifikasi dalaman tu. Setelah comfirm aku nak beli, baru tengok spec dia. Overall is not bad!

2) Warna
Aku suka warna dan pencahayaan dari telefon ni. Brightness telefon ni aku setting paling lower tapi still sedap dipandang.

3) Bateri
Aku seorang yang hardcore dengan social media, sebab banyak manage akaun company orang lain. So, aku memerlukan bateri yanng power untuk support aku sekurang-kurangnya untuk 1 hari penuh. Walaupun aku beli secondhand telefon ni, prestasi dia tak mengecewakan

4) Mi Cloud
Kalau korang perasan, smartphone sekarang dilengkapi dengan sistem pengstoran awanan (cloud storage) yang membolehkan korang membuat back-up untuk foto, number telefon. Biarpun korang beli telefon baru, (mungkin untuk Mi je lah kan) dapat balik back-up number yang penting

Korang boileh baca kat website dorang gak: Mi website

happy Saturday!



Thursday, April 04, 2013

Apa itu KEEK? by shahroll

Thursday, April 04, 2013



As salam, hello readers...

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah sebenarnya KEEk itu eh? Aku tak tahu apa makna KEEK sebenarnya, cuma apa yang aku dapat simpulkan, KEEK merupakan satu applikasi dalam sistem Android yang dimuat turun secara percuma, untuk membuat video clip yang kurang daripada 1 minit.


Aku pun tak nak ketinggalan untuk membuat 1 akaun KEEK. Walaupun aku bukan seorang kaki video, cukuplah jadi followers orang-orang yang famous dalam dunia penghasilan video mini. Now suka tengok Emma Maembong punya akaun KEEK dengan beberapa artis Malaysia. 

Belum nampak lagi ahli-ahli politik pakai KEEK ni?

This MINE!!

enjoy!

Keperluan smartphone masakini oleh bloggers by shahroll

Thursday, April 04, 2013



As salam, hello readers...

Bila kita sebut pasal smartphones, apa yang telah terbayang dalam kotak pemikiran kita? Tentunya brand-brand terkenal seperti Samsung, Blackberry, Sony menjadi tarikan utama dalam memori otak kita. Betul tak? itu disebabkan, pemprosesan maklumat yang diterima daripada pengiklanan dan promosi yang berterusan oleh syarikat-syarikat yang disebut tadi.

Smartphone pertama aku adalah Nokia C3 sebelum aku beralih ke Sistem Operasi Android. Banyak faktor yang mendorong untuk beralih atau bertukar phones, disebabkan beberapa perkara. Salah satunya adalah pengaruh media sosial yang bersifat pantas. Pantas dalam menyalurkan maklumat dan mendapatkan maklumat.

gambar hiasan: Centrepoint Klang

Bagi golongan bloggers, macam aku lah kan, memerlukan device yang semua ada dalam 1 phones. Aku boleh ambil gambar beresolusi tinggi (8 Megapixel dah cun dah!) kelajuan capaian Internet, mudah upload gambar ke dalam jaringan sosial dan pelbagai applikasi sokongan yang memudahkan kerja-kerja bloggers untuk mengemaskini blog serta lain-lain kemaskini seperti Twitter, Instagram.

My phone: Samsung Note

Alhamdulillah, tahun 2013 menjadi langkah pertama terjebak dalam smartphone Samsung. Semakin senang kerja aku dengan phone ni. Ada manusia berkata, kenapa tak pakai tablet saja? Bagi aku, itu bergantung kepada tahap keselesaan dan juga pelaburan kewangan semasa. Ada wang lebih, tablet pon aku angkut, tapi itu lah, lebih selesa hanya menggunakan 1 device dan semua kerja boleh setel (certain task)

Ada cerita untuk smartphones korang?

Monday, October 18, 2010

Nice ke C3 Nokia nie? by shahroll

Monday, October 18, 2010
Salam all! =D

Kalau dulu kalau aku nak beli henpon baru, suka selak2 majalah or baca review on official website. But, semua tu macam tak "praktikal" sebab aku dah mula praktik kan membaca daripada blog! Why la aku choose blog? sebab review on blog more believable, not bias dan tak berat sebelah! hehehe..

Now, aku nak telefon yang leh connect dengan Facebook and Twitter lah. 2 bende ni harus ada dalam setiap henfon skang, kalau tak telefon tu tak akan laku punya! uhu~ kejam tak statement aku nieh? =P. Dengan itu, aku ada ternampak 1 iklan pasal tepon nie, keluaran Nokia model C3
** Ala2 Blackberry jek.. heheh~ cool gak nie..

Aku dah review mende nie kat several bloggers yang aku kire "otai" la pasal review2 barang gadget mahal2 nie.. (Nokia nie tak mahal pon, around RM550 je..) but, aku ada nampak pro and cont yang BERBEZA dari segi penyampaian review. Haihh~ takkan BLOGGER pon nak jadi Media arus perdana pulak kan? jadi transparent please! Bukan pe, kalau tak, orang dah tak mau baca blog sebab pe? sebab dah sama baca dekat online newspaper! hermmm..

But aku dalam pertimbangan dalam membeli henpon nie... korang de idea lain? =D

Tuesday, May 11, 2010

Why Smartphones can be Dumbphones

Tuesday, May 11, 2010
Salam All!


Pagi yang terang.Alhamdulillah syukur! =) Ok aku cuma nak tanya kat korang la eh, mengapa selalu talipon yang pintar ( smartphones)  tidak menjadi begitu pintar ( Dumbphones) ya? Mungkin kerana tidak begitu mengetahui fungsi-fungsi nya ataupun hanya mengikut trend semasa saja? haaa... pagi-pagi dah panasss nyer posting.. haha..


Yang aku tahu, jika anda memiliki smartphones nie, korang kne tahu semua functions yang ada tu barulah anda hanya melakukan calling or SMS dan MMS saja.. rugii beb! =)




** Nie hadiah2 yang bakal aku MENANG!.. miakakak ( perasan!)

Korang nak pakai sangat BlackBerry kan... Ha meh aku nak citer sket, sekarang Digi ada buat pertandingan pasal  ""Break Free with DiGi" dan hadiahnyer gambar kat atas tu lah... menarik kan? of course le.. tu yang beriye nak masuk nieh.. hahah..




Berbalik pada tadi, talipon yang pintar tidak akan jadi pintar sekiranya talipon itu:-

- Korang memang just ikut orang nak beli tanpa usul periksa.
- Mengikut "trend" saja.. tanpa memikirkan fungsi yang korang nak pakai
- Mahu bergaya!.. yaa ini selalu terjadi kat budak2 remaja skang nie...
- Ikut kawan.. sama macam ikut trend tu la... =P
- Show-Off!.. 




Dengan Digi Smart Plan dorang nie, korang leh menikmati faedah2 yang ditawarkan... Huuu~ ngah berkira2 gak nak bertukar ke Digi nie.. hahahah~  Dan sekarang nie juga Digi ada buat party yang dibertemakan "Prisoners and Villains" ( macam gambar kat atas tu). So, party tu akan berlangsung pada:

Date: 29 May 2010 (Saturday)
Time: 6pm – 10pm
Venue: Ecoba, Lot No. B-G-02, Level 1 Menara Bata (Tower B), PJ Trade Centre, No. 8 Jalan PJU 8/8a Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya (please click 
here for a location map)



Best2... aku nak PERgiiiIiii~.. hahah macam gambor kat atas nie gak, aku nak pakai lah.. seronok kot? =P 

** korang click pada gambar nie kalaw nak BESAR punyaaa.. =)