Thursday, April 04, 2013

Keperluan smartphone masakini oleh bloggers by shahroll




As salam, hello readers...

Bila kita sebut pasal smartphones, apa yang telah terbayang dalam kotak pemikiran kita? Tentunya brand-brand terkenal seperti Samsung, Blackberry, Sony menjadi tarikan utama dalam memori otak kita. Betul tak? itu disebabkan, pemprosesan maklumat yang diterima daripada pengiklanan dan promosi yang berterusan oleh syarikat-syarikat yang disebut tadi.

Smartphone pertama aku adalah Nokia C3 sebelum aku beralih ke Sistem Operasi Android. Banyak faktor yang mendorong untuk beralih atau bertukar phones, disebabkan beberapa perkara. Salah satunya adalah pengaruh media sosial yang bersifat pantas. Pantas dalam menyalurkan maklumat dan mendapatkan maklumat.

gambar hiasan: Centrepoint Klang

Bagi golongan bloggers, macam aku lah kan, memerlukan device yang semua ada dalam 1 phones. Aku boleh ambil gambar beresolusi tinggi (8 Megapixel dah cun dah!) kelajuan capaian Internet, mudah upload gambar ke dalam jaringan sosial dan pelbagai applikasi sokongan yang memudahkan kerja-kerja bloggers untuk mengemaskini blog serta lain-lain kemaskini seperti Twitter, Instagram.

My phone: Samsung Note

Alhamdulillah, tahun 2013 menjadi langkah pertama terjebak dalam smartphone Samsung. Semakin senang kerja aku dengan phone ni. Ada manusia berkata, kenapa tak pakai tablet saja? Bagi aku, itu bergantung kepada tahap keselesaan dan juga pelaburan kewangan semasa. Ada wang lebih, tablet pon aku angkut, tapi itu lah, lebih selesa hanya menggunakan 1 device dan semua kerja boleh setel (certain task)

Ada cerita untuk smartphones korang?

No comments: