Showing posts with label Hollywood. Show all posts
Showing posts with label Hollywood. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

[Review] HAPPY FEET TWO (2D version)by shahroll

Sunday, November 27, 2011


As salam, hello readers...


SERONOK! BEST! GREAT!... antara kata-kata aku sebagai penonton dewasa yang menonton cerita kanak-kanak iaitu Happy Feet Two (HFT) ini. Tempat tontonan macam biasa di Bukit Raja (GSC). Tiket pada jam 11.20malam aku beli. Seat cantik, tepat-tepat screen pada kami (center lah kiranya) syok la melayan movie dapat seat bagus.


tak rugi tengok  HFT ni...

Kenapa aku kata tak rugi? Filem animasi ini sarat dengan mesej-mesej penting yang ingin mereka sampaikan dengan cara santai dan menghiburkan. Memang kepakaran Hollywood la kalau bikin cerita macam ni. SALUTE!

Pada awal cerita, korang akan dihidangkan lagu-lagu dari penguin comel ni. Bahu ngan kaki korang sure rasa mau goyang punya. Lagu dia main best woo! Pastu, dia main lagu lagi, lagu lagi dan seterusnya dalam babak berlainan, lagu yang best musti keluar.

Dah macam tengok filem musikal pulak!

serius voice penguin ni best!

Walaupun "dikhayal" kan dengan alunan-alunan musikal yang menyeronokkan, faktor kekuatan filem ini berpaksikan dengan tema "perpaduan". Peribahasa Melayu ada menyebut, kerana budi aku jatuh hati. Eh! bukan, silap tu! yang betulnya, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing! ha, gitu!

Kalau korang tengok filem ni nanti, korang akan tahu lebih lanjut la ye. Aku tak leh nak review keseluruhan, spoil mood korang nanti nak tengok. Tapi, aku bagi sikit je la eh, boleh?

Perpaduan yang dipupuk oleh penguin-penguin yang disemai oleh ketua-ketua mereka mampu menyemarakkan semangat kekitaan ataupun "esprit de corps" 
dalam pasukan masing-masing. Jika satu puak ada masalah, puak penguin yang lain datang membantu puak yang mengalami masalah tersebut.

Jika dalam komuniti penguin tidak mampu untuk menolong puak penguin yang lain, maka masa inilah term "mengenang budi" digunakan. Dengan meminta pertolongan Anjing Laut yang ada di benua ais itu, masalah yang dialami oleh penguin tersebut selesai.

Antara "pelawak" dalam HFT, walaupun mereka dari golongan komuniti yang kecil, 
semangat mereka kuat!

Udang merupakan elemen penting dalam filem ni. Ia menunjukkan, walaupun sekecil mana pun komuniti itu, ia tetap penting dalam peranannya.

Itulah kekuatan Perpaduan. Unite. =)

Saksikan filem ini di pawagam berhampiran dengan korang k! Layan trailer official dari HFT...


enjoy!

Wednesday, May 11, 2011

[picture+video] Rod Steward @ Sunway Pyramid by shahroll

Wednesday, May 11, 2011


Korang tak percaya?


Oh tidak! Aku ada bukti yang kukuh dengan adanya gambar yang aku sendiri tangkap di Sunway Pyramid tempoh hari. Ceritanya begini. 


Aku ke Sunway Pyramid ada hal yang aku nak buat. Then, masa aku nak pergi makan di Burger King, terdengar kecoh2 di lapangan (lobby). Aku pun tengok2 apa yang dorang jeritkan tu, dan inilah yang aku dapat:-



My God!!

Rod Steward yowww!! Gempak tak buat kat lobby je kan? Kalau retis Malaysia, mau demand macam2! Nie penyanyi luar negara beb! Sempoi dak? hehe~ Rod bawak lagu "Sailing".

credit: Youtube


I am sailing, I am sailing, 
home again 'cross the sea. 
I am sailing, stormy waters, 
to be near you, to be free. 

I am flying, I am flying, 
like a bird 'cross the sky. 
I am flying, passing high clouds, 
to be with you, to be free. 

Can you hear me, can you hear me 
thro' the dark night, far away, 
I am dying, forever trying, 
to be with you, who can say. 

Can you hear me, can you hear me, 
thro' the dark night far away. 
I am dying, forever trying, 
to be with you, who can say. 

We are sailing, we are sailing, 
home again 'cross the sea. 
We are sailing stormy waters, 
to be near you, to be free. 

Oh Lord, to be near you, to be free. 
Oh Lord, to be near you, to be free, 
Oh Lord. 

lyric credit: Lyric007



Guna Nokia C3

eh, betol ke ni roll Rod? Cam laen je? Nampak bebeno nipunye.. Ke impersonator je kot? Star Hollywood tak kan saja2 datang Malaysia pastu nyanyi lam Sunway cam tu je kot? HAHA! Relex la der, Memang mamat nie BUKAN Rod Steward pon!!

Tapi serius, mamat neh nyanyi lebey kurang then karakter pon dia tiru macam Rod. Salute kat mamat neh. Even dia impersonator, masa dia nak balik dari perform, ramai gak nak bergambar dengan dia. Cool kan?

Sunday, March 06, 2011

About script-writer .. by shahroll

Sunday, March 06, 2011
As salam to all,


Selamat hari ahad. Hari nie aku cuma nak siapkan assignment2 yang belum aku sentuh. My God! Aku cuma fikirkan pasal Ahad minggu depan je nie. Kenapa? Nantikan update seterusnya jika korang sanggup nak tunggu lah. Sekarang aku update sikit2 je, nak kejar masa. Betul lah masa itu emas. haha~


picture credit: HERE

Awal pagi tadi, around 3am (GMT+8) aku layan movie dekat channel DIVA (Astro 702). Cerita tu mengisahkan seorang penulis skrip yang agak berumur dan pihak studio menganggap, skrip nya tidak bermutu lagi disebabkan faktor umur. Maka, dengan itu beliau membuat strategi untuk menjual skrip nya itu pada pihak studio tadi.

Anak buahnya seorang penjual kereta berkomplot dengan makciknya tadi, untuk jual skrip itu. Ada masalah dipertengahan cerita ni. Skrip itu sebenarnya tidak bermutu untuk beberapa halaman disebabkan idea asal "dicedok" dari sebuah filem yang lain. Timbul konflik disitu.

Disebabkan syarat di Hollywood begitu ketat pasal skrip, makciknya bertindak mengubah beberapa halaman tadi kepada ideanya sendiri. Aku tengok kehidupan seorang penulis skrip memang "teruk".

picture credit: HERE

Teruk bukan pasal apa, nak buat 1 halaman pon aku tengok seksa nak keluarkan IDEA. Aku tengok movie tu, barulah aku paham situasi penulis skrip nie. Idea datang bukan kira masa dan laptop sentiasa di sisi. Huhu~ cool lah.

Sesiapa yang baca blog aku nie yang bergelar penulis skrip, boleh la kongsikan pengalaman korang jugak ya? Boleh orang biasa-biasa macam saya, menyelami kehidupan seorang penulis skrip, khasnya di Malaysia. 

Thanks for read! Happy sunday all.. As salam..

Monday, November 15, 2010

Dunia dah tak aman! by shahroll

Monday, November 15, 2010
Salam semua,


Bangun pagi ingat macam pagi seperti selalu, tapi bayangkan kalau korang bangun pagi, dikejutkan dengan entah hape pulak silauan biru, then tetiba dunia dah macam tak aman! Lebih kurang nak dekat2 kiamat la (aku pon tak dapat nak bayangkan!).


Semua jadi celaru. Haru-biru. Entah apa yang berlaku diluar sana. Korang masih "blur". Tak tau nak cakap apa. Bertekak sesama sendiri dengan rakan serumah korang, dengan hal yang entah hape yang kawan korang pon tak dapat nak explain. Ngeri?


Tempat tinggal dah hancur. Orang banyak takde. Bandar jadi kosong. Yang tinggal korang dengan kawan-kawan korang je dalam apartment. Sebab malam tadi berpesta sambil2 santai bersama minuman keras. Syurga dunia! Alih-alih, esoknya korang diambang maut! takut?


Ketakutan korang dah tak de makna, sebab masa tu dunia dah sikit lagi nak hancur. Tak pasti apa yang korang akan fikirkan masa tu kan? Yang mana ada agama, ingat tuhan masing-masing la kan. Masih ingat harta benda tak? mungkin tak da kot, sebab masa tu manusia dah huru-hara. Tak sempat nak selamatkan apa dah.


Korang nak lari kat mana ek masa tu? Seluruh angkasa raya dah ada "penjaga" yang akan carik manusia-manusia tidak tinggal berbaki pun kat mukabumi nie. Korang akan jadi "makanan" pada "mereka". Dan, OTAK korang yang menjadi sumber tenaga "mereka"


Muahahahaha!!! dapat tangkap tak apa yang aku melalut nie? uhuhu~ Tak? aisehh.. potong stim! Aku tengah ceritakan pengalaman yang korang akan rasa jika berlakon dalam cerita "SKYLINE"


Mana yang tak gi tengok tu, aku cuma nak cakap, jangan makan banyak2 sangat! Nanti muntah dalam panggung. Serius! hahahah~.. review aku:-


- CGI terbaik!
- Pelakon mantap!
- Nilai2 murni : Persahabatan | Percintaan
- Cerita permulaan agak kurang sikit
- More drama


Sekian... salam!