Monday, July 23, 2012

Bazaar Ramadhan: Tanjong Karang lokasi pertama! by shahroll



As salam, hello readers...


Sabtu dan Ahad lepas aku balik ke kampung halaman di Kuala Selangor. Sudah menjadi tradisi tahunan, bila tetiap awal puasa (pertama dan kedua) pasti disambut di rumah nenek (sebelah mak). Bazaar Ramadhan yang popular disini berada di tengah-tengah pekan Tanjong Karang.


permulaan bazaar.. panjang ok?

ni nak snap kereta old school ni je.. hehe!

Oleh kerana peniaga-peniaga disini berketurunan Jawa (most of them) maka banyak juga lah juadah-juadah berunsurkan etnik Jawa di niagakan. Kalau korang kenal apa itu Pecal & Nasi Ambeng, itulah dia juadah special dari kaum Jawa ni.

Pecal Jawa...

Nasi Ambeng Jawa...

Pecal dan Nasi Ambeng mengalami revolusi perniagaan dimana, Pecal dari dulu kapasiti yang kecil telah dijual di pasar-pasar malam tetapi untuk Nasi Ambeng Jawa, kapasiti yang kecil telah pun ramai menjualnya di pasar. Kalau tak, hanya di kenduri keramaian saja dapat makan juadah ni.

Nasi Ambeng dijual pada harga RM5.50 mengalami kenaikan sebanyak RM0.50 untuk setiap bungkusan yang dijual. Walaupun harganya agak mahal, tapi korang puas makan sebab nasi dan lauk-pauk yang ada cukup banyak!




lain-lain panorama sekitar Bazaar Ramadhan di Tanjong Karang

Walaupun baru 1 hari berpuasa, ada juga yang sudah menjual lemang (makanan pada hari raya) dijual di bazaar. Memang menyelerakan bila terlihat rendang kerang dan rendang daging cicah bersama lemang. Tetapi melihat pada bajet pergi ke bazaar hanya RM20.00, pending dulu lah beli lemang!

Bazaar Ramadhan anda bagaimana? jom share! =D

3 comments:

hazman aka species1980 said...

presentation nasi ambeng tu memang menarik laaa.....

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Bro Hazman:

Di Tanjong Karang ada kedia KHAS jual Nasi Ambeng & Lauk pauk Jawa yang lain. Mau cuba? =)

phreak-id said...

Alamak der, masukkan dalam segment nanti-nanti bleh??


Terbaru >Ronda-Ronda Bazar Ramadhan TTDI >[Video] Majlis Perkahwinan Syafiq 16 tahun dan Yana 14 tahun >[Projek Blogger ] 29 Hari Jelajah Bazar Ramadhan Seluruh Malaysia