Masa aku nak attend event ni, ada 2-3 perkara yang melewatkan aku datang ke GSC Mid Valley sampai tak sempat nak tukau baju! Habis "bau" badan aku. Nak jumpa dengan artis taraf kelas A, kena la gitu, kan? =D
Terima kasih pada SKOP Production yang sudi menjemput Media Social (aku tak prefer guna term "bloggers" huhu) untuk tayangan perdanaAKU BUKAN TOMBOY.
AKAN DATANG!!..
Sebelum aku pergi jauh, suka aku gambarkan keadaan semasa aku berada di Mid Valley. Aku masuk ikut gate A, lega sebab parking tak penuh. Tapi jammed ikut Federal Highway memang ke-shila-ke aku cakap. 1 jam aku terperangkap!
Alhamdulillah! rejeki rejeki.. ehhe~
Sesampai je, dapat pulak makanan! perghh.. kalauSKOP Productionpunya makan-makan, aku salute bhaiii! SUPERB! haha, aku je segan-segan makan sikit. Minum air lebih sebab berlari-lari aku dalam Mid tu kau tahu? ingat aku paling lewat! huhu..
Aku carik-carik bebudak lain, seb bek nampak Firdaus (anak Kak Ina) senang nampak dia ni sebab badan dia sama cam aku. Hehe, comel! then, baru nampak pasangan hotzz Bean ngan Aien Sepet, Cil Helena & tunang, Jai Ramli bersama isteri, Hazman Fadzil, Maya (kawan Sweet Darl) and Sweet Darl.
Cik Hel, Maya and Sweet Darl
Maya, Sweet Darl and Jai Ramli
Bean & Aien Sepet
Lepas makan, terus masuk ke dalam panggung wayang. Actually, tayangan bermula pada jam 9.30 malam. Sebelum itu ada bacaan doa dan sidang ucaptama oleh Dato' Yusoff Haslam dan pengarah filem ini, iaitu Syamsol Yusoff.
Apa yang best masa ni, emcee dia iaitu Encik Zulkifli Ismail ada menyebut "para bloggers" ketika pengucapan alu-aluan. Terasa sangat dihargai oleh warga kerja Skop Production walaupun kami hanya lah bloggers! huhu...
shahroll & Encik Zul
Tayangan bermula! Untuk second post aku fokus pada filem AKU BUKAN TOMBOY! Nantikan kritikan Pedas aku untuk SKOP Production! Jyeahhh!!
Awal pagi 9 Jun. Bermulanya tayangan filem aksi oleh pengarah muda iaitu anak kepada Dato' Yusof Haslam, Syamsul Yusof. Tayangan premier 8 Jun (semalam) dan aku mencari-cari review yang telah menonton dan rata-rata menggunakan bahasa yang indah. Best la tu.
Buah tangan terbaru Skop Production
Terus-terang aku cakap, pada mulanya aku tak amik "port" pasal filem ni. Al-maklum lah, Syamsul punya "trick" dalam filem aku dah dapat agak. Typical minded aite? Aku mengaku jangkaan aku meleset sama sekali bila para bloggers memberikan review/komen yang cool. Para pengkritik filem cam na? setuju tak?
Menggunakan formula dimana hanya "jantan" menjadi Hero, tanpa menggunakan elemen biasa dalam cerita yang sure ada Heroin, kan? Nice try, to break the rule. Ada juga yang buat formula cam nie, tapi "hado". Tak laku kot filem tu.
Jantan-jantan gagah menjadi taruhan. Badan sasa, muka hensem dan pandai bergusti,berlawan sesama jantan lain. Aku yang peminat tumbuk-menumbuk punya scene, memang tak sabar lah nak tengok cerita ni esok! Awalnya aku nak book online, tapi haram jadah sebab SOLD OUT bettey!!
from my twitter
: Song Globus (Preliator)
Lagu fav aku kalau aku tengah update blog. Rancak lagu nie membolehkan jari-jemari runcing aku menaip seberapa pantas. Nama pon budak OM kan, sure taip laju. Haha, melencong aku ni. Kita teruskan.
Dengan bukti tweet kat atas tu, sedarlah aku bahawa filem nie memang "something". Tak cukup tu, promotion by bloggers juga membantu peningkatan kadar jualan tiket sekarang ni. Tak dinafikan media arus perdana banyak membantu juga. Entah lah, ramai sekarang prefer new media like blog, Facebook, Twitter for seek the information.
Penat pulak tulis, layan gambar jantan-jantan macho neh, jom!
Pengarah dan Pelakon: Syamsul Yusoff
Hot stuff bettey!! Aaron Aziz
OMG! look Ady body shape! kinda cool.. tapi
tak nampak 6 pax! huhuh~
Dialog fav aku dalam filem ni, datang dari SY "Abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampos!" itu je la pon dalam Tv aku ingat =P
Official Trailer
Proses adunan musik dan menggred warna dilakukan di Siam Film Development Co (SFD). Kat Bangkok owh! Dalam cerita aksi sebegini, memerlukan penelitian dari segi kualiti bunyi yang dihasilkan, dan dengan itu sistem Dolby Digital digunapakai untuk tujuan memberi kepuasan maksima kepada penonton [cited:HERE]
Tajuk tu memang aku copy paste bulat-bulat dari website HeraldSun. Aku dapat link nie pon sebab ada budak lam twitter Re-tweet link dia. Walaupun aku tak berkesempatan nak tengok "cerita" yang dilaporkan, tapi sedikit sebanyak aku percaya, rata-rata berpendapat cerita "itu" membuka dimensi lain dalam perfileman Melayu kita. Oh ye ke? jom baca sat!
The Malay-language movie, called Dalam Botol, or In a Bottle, grossed slightly more than 1 million ringgit ($330,000) in its first five days, recouping its production and marketing costs of 970,000 ringgit ($320,000), said Raja Azmi Raja Sulaiman, who wrote and produced the film.
The movie depicts a Muslim man who has a sex change operation because he believes it will please his male lover, but his effort ends in heartbreak for both of them. Some gay rights advocates have called it an unfairly negative portrayal of gay and transgender people.
Part of the movie's financial success is likely due to intense advance publicity, including earlier speculation that the government-run film censorship board might ban it.
Boleh tak aku nak cakap, perghhhh gempaq siot!! Filem Melayu kita di review oleh omputeh! Dasyat2, kepada produser ngan pengarah cerita nie, aku nak ucapkan tahniah la ye! Rasanya RM 1 juta yang dikutip boleh naik lagi kot..
Dah serapan? pepagi kena lah serapan, tak pasal2 perot masuk angin pulak! huhu.. Aku agak lewat dah nie. Lewat apa? Lewat tulis pasal filem Ngangkung. Cerita yang belom aku sempat nak pergi tengok kat pawagam. Apa pun, aku tetap follow perkembangan industri filem lelebih lagi dari produksi Metrowealth (Mr. David, i mao belakon sama Lisa Surihani buleh aa?) =D
**Promotion Ngangkung**
Banyak yang aku dah baca dari blog orang ramai, dimana rata-rata mereka berpuas hati dengan filem nie. Ada part lawak, seram, serius semua lengkap. Sesedap kau makan tempe sama air milo la (umpama lah.. korang leh letak makanan kesukaan korang!) huhu~
**Part muka hantu nie tak cool**
Sam Shaheizy yang membawakan watak utama, tidak mengecewakan dalam filem Ngangkung nie. Syabas dude! kau memang pelakon serba boleh. Aku tunggu2 je file kau yang lagi satu tu ngan Farid Kamil! huhu~
Filem nie dah cecah 4 juta katanya. Pungggahhh! terbaek kot? Hari2 aku selak paper, tak de pun pung-pang lebih kat tengah2 selakkan newspaper tu. Huhu, semoga kutipan akan melebihi paras Adnan Sempit! Insyaallah..
Dalam kesejukan aku bekerja malam hari nie, dah tak der student masuk, so aku bertemankan PC je lah.. belek2 laman web yang boleh membuatkan aku tak tido untuk sampai jam 11!! owhh mann.. lama lagi nie.. skang baru jam 9.50 minit.. hahaha...
Aku bukak laman web para artis2.. best tuh! heheh.. laman web tu adalah Sinema Malaysia dan banyak info2 tentang filem Melayu yang akan keluar dan sudah ditayangkan di pawagam2. Dan jika korang rajin korang leh daftarkan diri korang kat laman web nie..
Then semasa aku tegok2 filem terbaru, ada plak poster nie...
** Lagenda Budak Setan??
Aku dah lame baca novel nie dulu karya Ahadiat Akashah!.. masa aku darjah 6 lagi aku dah start bace novel dan novel2 karya Ahadiat lah yang selalu menjadi bahan pembacaan aku dulu...tak sangka pulak menjadi sebuah filem.. korang leh baca kat SINI untuk detail nyer... dan semestinya pelakon wanita yang aku minat, Lisa Surihani ada dalam cerita nie.. but, asal hero nyer Farid Kamil jerk?? hero lain xde ke.. :P
“You have brains in your head. You have feet in your shoes. You can steer yourself, any direction you choose.” — Dr. Seuss
ToyyibPay
Cara mudah untuk dapatkan bayaran dari pelanggan anda. Daftar sekarang!
Luno Investment
Sign up using the above invite code and you’ll both receive MYR 25.00 worth of Bitcoin when you deposit money into your Luno wallet and buy or sell Bitcoin to the value of MYR 250 (Luno exchange not included)