Showing posts with label skop. Show all posts
Showing posts with label skop. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

Sofi Jikan semakin liar dalam BOHSIA 2 by shahroll

Sunday, May 20, 2012


As salam, hello readers...


Lepas solat Asar, aku on PC tuk edit gambar. Setelah siap, melayan Youtube Amuk untuk kembalikan "semangat blogging" dalam diri. HAHA! Kadang-kadang semangat itu boleh hilang dan susah nak di kembalikan =p


Then aku mencari Official trailer untuk filem BOHSIA 2 yang diterbitkan oleh Skop Production. Apa yang aku tahu, filem ini adalah filem sambungan dari filem Bohsia 1.


Dari apa yang aku lihat selama 1.24 saat di Youtube, filem-filem sebegini memang "makanan" oleh pengarahnya, Syamsul Yusof (SY)



Sofi Jikan paling menyerlah dalam trailer ini. Mungkin kah dia watak utama? Boleh jadi jugak, sebab kalau aku yang jadi pengarahnya "aura" Sofi Jikan masih melekat pada jiwa peminat-peminat filem Melayu melalui filem KL Gangster. Bijak strategi SY!

Official trailer Bohsia 2

Pelakon-pelakon lain seperti Salina Saibi, Nabila Suhaimi & Zizan Razak menambahkan lagi "Kebohsiaan" dalam filem ni. Aku sendiri tak sabar menantikan filem ke-2 sekual Bohsia dimana Bohsia 1 aku tak tengok pon! Trailer tak menarik kot SY?


"Apesal?? Lu nak henjut gua skarang!!!?? Henjut gua skarang gua nak tengok...!!!" - BOHSIA 2

enjoy!

Thursday, November 17, 2011

{video) Behind The Scene: Aku Bukan Tomboy by shahroll

Thursday, November 17, 2011

Wednesday, November 02, 2011

Sekitar Majlis Pra-tonton filem "Aku Bukan Tomboy" by shahroll

Wednesday, November 02, 2011


As salam, hello readers...


Masa aku nak attend event ni, ada 2-3 perkara yang melewatkan aku datang ke GSC Mid Valley sampai tak sempat nak tukau baju! Habis "bau" badan aku. Nak jumpa dengan artis taraf kelas A, kena la gitu, kan? =D


Terima kasih pada SKOP Production yang sudi menjemput Media Social (aku tak prefer guna term "bloggers" huhu) untuk tayangan perdana AKU BUKAN TOMBOY.


AKAN DATANG!!..

Sebelum aku pergi jauh, suka aku gambarkan keadaan semasa aku berada di Mid Valley. Aku masuk ikut gate A, lega sebab parking tak penuh. Tapi jammed ikut Federal Highway memang ke-shila-ke aku cakap. 1 jam aku terperangkap!


Alhamdulillah! rejeki rejeki.. ehhe~

Sesampai je, dapat pulak makanan! perghh.. kalau SKOP Production punya makan-makan, aku salute bhaiii! SUPERB! haha, aku je segan-segan makan sikit. Minum air lebih sebab berlari-lari aku dalam Mid tu kau tahu? ingat aku paling lewat! huhu..

Aku carik-carik bebudak lain, seb bek nampak Firdaus (anak Kak Ina) senang nampak dia ni sebab badan dia sama cam aku. Hehe, comel! then, baru nampak pasangan hotzz Bean ngan Aien Sepet, Cil Helena & tunang, Jai Ramli bersama isteri, Hazman Fadzil, Maya (kawan Sweet Darl) and Sweet Darl.

Cik Hel, Maya and Sweet Darl

Maya, Sweet Darl and Jai Ramli

Bean & Aien Sepet

Lepas makan, terus masuk ke dalam panggung wayang. Actually, tayangan bermula pada jam 9.30 malam. Sebelum itu ada bacaan doa dan sidang ucaptama oleh Dato' Yusoff Haslam dan pengarah filem ini, iaitu Syamsol Yusoff. 

Apa yang best masa ni, emcee dia iaitu Encik Zulkifli Ismail ada menyebut "para bloggers" ketika pengucapan alu-aluan. Terasa sangat dihargai oleh warga kerja Skop Production walaupun kami hanya lah bloggers! huhu... 

shahroll & Encik Zul

Tayangan bermula! Untuk second post aku fokus pada filem AKU BUKAN TOMBOY! Nantikan kritikan Pedas aku untuk SKOP Production! Jyeahhh!!

Enjoy!