Showing posts with label KL Gangster. Show all posts
Showing posts with label KL Gangster. Show all posts

Monday, June 13, 2011

[Gambar] Berjumpa bersama pelakon-pelakon KL Gangster di IKANO, Damansara by shahroll

Monday, June 13, 2011

Happy Monday!

13 Jun. Mau dekat tengah bulan, tapi alhamdulillah, rezki masih ada untuk bertahan sampai hujung bulan. Jimat cermat pada masa sekarang memang perlu, lagi-lagi orang bujang macam aku ni. Banyak nak pakai duit!

Cerita sabtu lepas. Aku berada di IKANO Damansara untuk menghadirkan diri ke program beramah mesrah bersama pelakon-pelakon KL Gangster. Tak banyak pelakon yang turun, masa tu cuma ada Adam Corie (Taiko Dragon) Aaron Aziz (Malek) ngan Ady Putra (Jai).

Walaupun 3 orang je yang turun, sambutan agak panas. Panas bro wa cakap lu. Aku datang bersama kawan aku yang dok kat area Damansara tu, tapi dia bukan blogger lah. (kes bakar line ni Eppes!!) wakaka...

Layan gambar yok!

sebelah bangunan baru IKANO....


see? huuuuuu~




Ady Putra layan auntie nie sopan gila... sweettt!!


Malek bersama peminat (time nie Eppes dah melting.. goshhhh!!!)

Tu dia... kena kerumunnnnnn!! hehe.. Taiko Malek..


Baju no. 3 tu aku ingat si Syamsol Yusof, sekali bukan daaa.. cesss...


Booth dimana pelakon2 berehat jap.. then sambung amek gambo!


Malek kena interview jap ngan wartawan mana tah...

Aku datang agak lewat, tapi syukurlah tak ketinggalan ke event ni. Aku park pon kat parking yang dia letak sign tak boleh park tepi jalan tu. Aku fikir sekejap je nak masuk kan, pe de hal, tak kena claim tayar punya lah. Padahal dalam hati, takut jugak kena paw RM100. banyak tu seratus!!

Sorry for quality gambar, aku pakai Nokia C3 je, aku bawak DSLR pon tak guna sebab CF kad tertinggal kat PC masa transfer gambar wedding! deyyemm!!

Aku puas hati dapat jumpa Malek ngan Jai!! ahahah....



[ads: for booking wedding/portraiture/convocation: HERE]

Friday, June 10, 2011

GEMPAR!! KL GANGSTAR mencipta fenomena baru untuk tayangan hari pertama!! by shahroll

Friday, June 10, 2011

GEMPAQ wehhh!!


KUTIPAN KL GANGSTER MENAKJUBKAN!

Filem arahan Syamsul Yusuf, KL GANGSTER, telah mencipta satu sejarah baru
dalam industri perfileman negara apabila berjaya mendapat kutipan luarbiasa
sebanyak RM 1.5 juta pada hari pertama tayangan. Kutipan ini tidak termasuk
tayangan di Singapura,Brunei serta pawagam bebas yang lain.

KL GANGSTER telah ditayangkan di 91 pawagam seluruh negara termasuk
Singapura dan Brunei pada Khamis, 9 Jun 2011.

KL Gangster filem ke 27 terbitan Skop Productions, merupakan sebuah kisah
penuh aksi realistik lakonan hebat dari Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan,Sheera
Iskandar dan ramai lagi. Syamsul Yusuf bertindak selaku pengarah,penulis skrip dan pelakon dalam filem ini.

Filem ini juga mencipta rekod tersendiri apabila ia mengatasi tayangan
Hollywood seperti Fast n Furious, Pirate of Carribbean dan juga Super 8 dari
segi kutipan hari pertama.

Jika dicampurkan dengan kutipan premier malam Khamis dan pawagam-
pawagam bebas,filem ini telah mencecah kutipan RM 2 juta.

Hebat tak hebat penangan filem ni. Aku sure bakal jadi FENOMENA pada produksi lain untuk menerbitkan genre filem sebegini. Keep it up Syamsul Yusof!!




Thursday, June 09, 2011

Jantan-jantan berentap dalam KL Gangster: Buah tangan terbaru Syamsul Yusof by shahroll

Thursday, June 09, 2011


Hello readers,


Awal pagi 9 Jun. Bermulanya tayangan filem aksi oleh pengarah muda iaitu anak kepada Dato' Yusof Haslam, Syamsul Yusof. Tayangan premier 8 Jun (semalam) dan aku mencari-cari review yang telah menonton dan rata-rata menggunakan bahasa yang indah. Best la tu.


Buah tangan terbaru Skop Production

Terus-terang aku cakap, pada mulanya aku tak amik "port" pasal filem ni. Al-maklum lah, Syamsul punya "trick" dalam filem aku dah dapat agak. Typical minded aite? Aku mengaku jangkaan aku meleset sama sekali bila para bloggers memberikan review/komen yang cool. Para pengkritik filem cam na? setuju tak?

Menggunakan formula dimana hanya "jantan" menjadi Hero, tanpa menggunakan elemen biasa dalam cerita yang sure ada Heroin, kan? Nice try, to break the rule. Ada juga yang buat formula cam nie, tapi "hado". Tak laku kot filem tu.

Jantan-jantan gagah menjadi taruhan. Badan sasa, muka hensem dan pandai bergusti,berlawan sesama jantan lain. Aku yang peminat tumbuk-menumbuk punya scene, memang tak sabar lah nak tengok cerita ni esok! Awalnya aku nak book online, tapi haram jadah sebab SOLD OUT bettey!!


from my twitter

: Song Globus (Preliator)

Lagu fav aku kalau aku tengah update blog. Rancak lagu nie membolehkan jari-jemari runcing aku menaip seberapa pantas. Nama pon budak OM kan, sure taip laju. Haha, melencong aku ni. Kita teruskan.

Dengan bukti tweet kat atas tu, sedarlah aku bahawa filem nie memang "something". Tak cukup tu, promotion by bloggers juga membantu peningkatan kadar jualan tiket sekarang ni. Tak dinafikan media arus perdana banyak membantu juga. Entah lah, ramai sekarang prefer new media like blog, Facebook, Twitter for seek the information.

Penat pulak tulis, layan gambar jantan-jantan macho neh, jom!

Pengarah dan Pelakon: Syamsul Yusoff

Hot stuff bettey!! Aaron Aziz

OMG! look Ady body shape! kinda cool.. tapi
tak nampak 6 pax! huhuh~

Dialog fav aku dalam filem ni, datang dari SY "Abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampos!" itu je la pon dalam Tv aku ingat =P

Official Trailer

Proses adunan musik dan menggred warna dilakukan di Siam Film Development Co (SFD). Kat Bangkok owh! Dalam cerita aksi sebegini, memerlukan penelitian dari segi kualiti bunyi yang dihasilkan, dan dengan itu sistem Dolby Digital digunapakai untuk tujuan memberi kepuasan maksima kepada penonton [cited:HERE]

See ya @ panggung! Enjoice..