As salam, hello readers...
2 hari lepas, aku ada menerima 1 email dari luar negara (USA) yang datang dari sebuah syarikat penjualan scrap-book dan lain-lain services (program Affiliate). Aku baca terma dan syaratnya. Agak menarik. Lebih menarik, bayaran untuk "Post Review" dibayar sekitar $20. Bagus tak?
Pembayaran selalunya menggunakan 1 medium online bank yang dipanggil "Paypal". Memang dah lama aku tahu akan hal ini, tapi buat tak endah je. Now, senang sebab dah ada akaun paypal sendiri.
Kalau korang nak tahu, company luar negara memang suka bayar pakai paypal. Tak susah mana nak register akaun nya, tak sampai 5 minit siap.
Apa yang boleh dibuat dengan akaun paypal ni? Baca SINI.
paparan akaun Paypal aku...
Untuk tutorial buka akaun Paypal, korang boleh baca posting dari rakan blogger Zie Fauzi : Cara Buka Akaun Paypal. Agak panjang postnya, tapi kalau korang nak belajar, tak de hal punya. Setelah akaun korang berjaya dibuka, terpulang pada korang nak "verified" akaun tu atau tidak.
Aku memilih untuk "Verified" akaun aku dengan Debit Card Maybank. Dan proses ini melibatkan RM10 akan ditolak dalam akaun Maybank. Tapi lepas paypal bagi 4 digit no untuk pengesahan akaun korang, paypal pulang balik RM10 ringgit tu.
like this...
Sekarang dengan adanya akaun paypal ni, aku boleh membeli belah dari mana-mana shopping online. Tapi aku nak buat "stok" je. Maksud aku, duit atas talian. Simpan duit dari hasil blogging di sini. Best kot?
enjoy!
No comments:
Post a Comment