Showing posts with label new community blog. Show all posts
Showing posts with label new community blog. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Shahrul said: Aku nak pindah!!!!

Tuesday, November 16, 2010
Salam semua =D

Hikz! something "weird" happen today in my blog?? haha~ no lah, just header tu dah tak de logo SHAHROLL PHOTOGRAPHY kan? yup, blog nie aku akan switch secara total untuk menjadi blog personal. And for my business part, akan berpindah ke "rumah" baru.. yeah!
Sedang dalam proses coding-coding semua, dah siap baru aku letak link kat sini. Bahan-bahan (gambar) aku drag dari Fotopages masuk ke dalam Blogspot. Aku sayang nak leave Fotopages sebenarnya, sebab, ramai viewer kat sana (dalam 250 viewer every day) sayangkan? But, tak pe, aku slow2 link kan blog personal aku ke photoblog aku nanti. Fotopages? aku close lah.. LOL~


Antara sebab lain, aku dah tak mahu menggunakan nama "akudankamu.fotopages" tu lagi. Unik? tak la sangat, sebenarnya dulu pun aku main letak je nama tu. Sebab, masa tu tengah tak de idea kan. Then, when i became seriously in photography, aku still guna nama tu dalam my business card and aku dapat feedback yang nama URL untuk portfolio aku tu, macam tak sesuai. Kalau sorang dua tu mungkin aku cakap, pendapat diorang tapi kalau dah ramai yang berkata? haha.. something wrong lah disitu....


Dengan nama baru, (re-brand) dan URL baru, aku yakin selepas nie tak de kekeliruan lagi. Yelah, dulu orang konfius, akudankamu.fotopages nie sape punya?shahroll photography nie siapa pulak? shahrul hairy shaharuddin tu lagiii lah siapa hah? huhuhu~ kejam siout!.. =P


Ok lah, tu je nak cakap. hope blog baru nanti dapat sokongan daripada rakyat Malaysia khususnya dan seluruh jiran Asia Tenggara amnya. For my oversea readers, thanks support my blog even my blog post in Malay language. and the new blog coming soon ok? I want your support! =) thank you


See next post! salam...


photo credit: Jetatl.com

Friday, September 03, 2010

[Group FB] Selangor Bloggers di Facebook! by shahroll

Friday, September 03, 2010
Salam all! =)


Selamat pagi. Baru lepas sahur dengan maggi yang lazat oleh mak aku. Bukan sebarang maggi kalau mak aku yang masak, memang cukup rempah dan segala  bahan dimasukkan (sosej+sayur). Tu yang menambah sampai 2 mangkuk! =D


Ok, entry nie pendek je sebab aku nak perkenalkan Group baru yang berada di laman Facebook diberi nama Selangor Bloggers. Group yang bertujuan untuk mengumpulkan seberapa banyak bloggers dari negeri Selangor secara amnya dan Malaysia amnya (nie kalau bloggers dari negeri lain pon, leh join gak) =D


Logo Selangor Bloggers (SB) anda boleh tengok kat side-bar belah kanan saya tu ya. Dan, jika anda bermurah hati dan boleh membuat posting pendek untuk Selangor Bloggers nie, amatlah dialu-alukan. Jika tidak, cukuplah sekadar mengambil logo tersebut dimasukkan ke dalam blog anda (letak di side-bar kanan).
**Anda boleh "save as" logo dan link kan dengan link dibawah ini:-

Jika kesemua rakyat Selangor yang mempunyai blog masing-masing menyertai group ini, tidak mustahil ahlinya boleh mencapai seramai kepadatan penduduk Selangor yang real (click for THIS info). Hebat?

Maka dengan ini, saya menyeru semua bloggers sekalian berganding bahu dalam menjayakan kempen 1 Negeri 1 Blog untuk negeri Selangor ini dengan jayanya. Jika ini menjadi satu realiti (kalau ramai ahlinyer lah..) banyak aktiviti2 yang berkaitan dengan negeri kita yang tercinta ini, mampu dilakukan. Ayoh! =D

Bertindak sekarang, jika tidak mahu ketinggalan! Salam...

Wednesday, July 14, 2010

Berita baik untuk Bloggers! by shahroll

Wednesday, July 14, 2010
Salam all! =)


Fast Update actually. Berita baik dan best untuk bloggers! Kalau korang nak menambah traffic jemmed untuk belog korang, ada satu laman web yang akan memberikan hit pada belog korang. Menarik kan? kebelakangan nie memang banyak web2 yang memberikan perkhidmatan "ping" untuk belog2 baru cam belog aku nie.. So, bermakna dunia blogging Malaysia semakin meriah la kan?? =D


vveads.com

Korang click je icon tu aite. nanti korang leh submit belog korang kat sana. Web nie masih baru so, boleh jadi orang terawal untuk join! Selepas korang submit, dorang akan review belog korang selepas korang letak icon kat atas tu lam belog korang. Macam aku, aku letak dalam Shahroll Komuniti

Ok guys! see later.. salam! =D