Showing posts with label bloggers hebat. Show all posts
Showing posts with label bloggers hebat. Show all posts

Monday, October 04, 2010

[event] Pasific Regency Hotel | Vaselin event part #2 by shahroll

Monday, October 04, 2010
Salam all =D

Masuk pula ke part #2. Entry paling malas nie, sebab banyak gambar je. haha, kira malas juga ke tu? Tak pe lah, aku cerita dengan taip juga, khas untuk pembaca setia blog aku nie. =D. Dari posting yang lepas, aku dah cerita serba sedikit pasal Vaselin event nie kan, so part yang nie pula seakan flash-back what happen actually.. jengg jenggg~ 


Jen Han, comedian yang cool dan best. Even aku sempat dengar sekejap, but i love style comedian beliau. Then, aku pon just snap-snap gambar sekitar Luna Bar nie lah.. dengan hp aku je.. =P
** Jen Han sedang beraksi

** See.. ramai terpegun dan seronok melihat show Jen Han

** Subhanallah, cantik betul pemandangan | KLCC =D
Luna Bar terletak di atas sekali (roof-top) Pacific Regency Hotel

** Malam (lepas maghrib) live show dari Yuna and band.
i was upload the video. check it out this LINK

** Nak je menyanyi atas pentas nie.. haha.. nanti hujan pula! =P

** Di hadapan Hotel.. muka bajet howtz?

** Bersama-sama dengan rakan bloggers yang mengetop di Malaysia?
Photo credits: Kak Ina KL

** See... LEVEL 34! hehe~ naik tangga jom! =P

** Muahahahah!! bersama Yuna ok! Tara sumbong ini Yuna ooo.. best!

Lagi, ada beberapa game yang dibuat oleh pihak organizer untuk memeriahkan majlis. Paling best, bila ada segment short-listed 4 bloggers yang terpilih untuk menyertai game nie. Senang saja game nya, setiap bloggers kena act like model, so kena bergaya dengan gaya apa pun.Pastu, setiap seorang akan memegang warna yang diberikan, so bloggers yang lain kena voted siapa yang paling bagus dalam memperagakan gaya ala model tadi. =D

Dan, yang paling ditunggu-tunggu oleh semua bloggers (termasuk lah aku..) blog post yang palinggggggg best dan syok tebaboww dapat memenangi RM 3 ribu ringgit beserta barangan Vaselin. Memang terbaik sekali hadiahnya. Blogger yang memenangi tempat pertama itu adalah, Jen. Korang boleh lihat gambar beliau di SINI

Oh!oh! siapa emcee untuk majlis nie? huhu~ tak lain lagi, the cool and best emcee is Jojo Struys =D
**photo credits: Talent Factory
See ya next posting! Salam.. =D

Friday, September 03, 2010

[Group FB] Selangor Bloggers di Facebook! by shahroll

Friday, September 03, 2010
Salam all! =)


Selamat pagi. Baru lepas sahur dengan maggi yang lazat oleh mak aku. Bukan sebarang maggi kalau mak aku yang masak, memang cukup rempah dan segala  bahan dimasukkan (sosej+sayur). Tu yang menambah sampai 2 mangkuk! =D


Ok, entry nie pendek je sebab aku nak perkenalkan Group baru yang berada di laman Facebook diberi nama Selangor Bloggers. Group yang bertujuan untuk mengumpulkan seberapa banyak bloggers dari negeri Selangor secara amnya dan Malaysia amnya (nie kalau bloggers dari negeri lain pon, leh join gak) =D


Logo Selangor Bloggers (SB) anda boleh tengok kat side-bar belah kanan saya tu ya. Dan, jika anda bermurah hati dan boleh membuat posting pendek untuk Selangor Bloggers nie, amatlah dialu-alukan. Jika tidak, cukuplah sekadar mengambil logo tersebut dimasukkan ke dalam blog anda (letak di side-bar kanan).
**Anda boleh "save as" logo dan link kan dengan link dibawah ini:-

Jika kesemua rakyat Selangor yang mempunyai blog masing-masing menyertai group ini, tidak mustahil ahlinya boleh mencapai seramai kepadatan penduduk Selangor yang real (click for THIS info). Hebat?

Maka dengan ini, saya menyeru semua bloggers sekalian berganding bahu dalam menjayakan kempen 1 Negeri 1 Blog untuk negeri Selangor ini dengan jayanya. Jika ini menjadi satu realiti (kalau ramai ahlinyer lah..) banyak aktiviti2 yang berkaitan dengan negeri kita yang tercinta ini, mampu dilakukan. Ayoh! =D

Bertindak sekarang, jika tidak mahu ketinggalan! Salam...