As salam and hello readers!
Semalam hari 'TUA" aku. Dan aku kongsi ke-best-an aku bersama rakan kelas lah. Menonton wayang di TGV Cinema Bukit Raja. Aku, Farid dengan Bobby Shah. Patut ada lagi sorang, Arm Kopel tapi dia hal lain, tak dapat nak join kitorang.
kitorang tengok cerita ni..
Kelas malam tadi (OB) ada quiz. Aku blah awal. Then aku terus jejak Bukit Raja buat tempahan untuk slot tengah malam (mid-night). So, dapat yang best punya timing, 10.45 malam. Habis dalam jam 1 pagi. Seat pulak memang best! sebab tak ramai yang tengok cerita ni, siap kitorang selunjur kaki ke depan! HAHA, santai macam dok kat umah, kata Bobby.
Kepada Arm Kopel, sila baca sampai habis ok?! wakaka...
Cerita yang aku tengok ni slow lah. Banyak drama. Askar yang kelakar, sebab badan kecik jadi askar. Then, di jadikan bahan ujikaji oleh Dr. Abraham Erskine yang memasukkan cecair (serum) dalam badan Steve (Captain America).
Masa badan Steve kecik dan tak tinggi, selalu kena buli dengan orang yang lebih besar dari dia. Oh! lupa nak bagitahu yang filem ni berlatar belakang kan tahun 1941, masa dunia sedang menentang Adolf Hitler.
Chris Evans (Captain America/ Steve Rogers)
Setelah badan CA ni dah besar,tegap dan metabolisme 4 kali ganda dari orang biasa, membolehkan dia menjadi seorang askar yang gila-kentang-power-la. Semua misi dia berjaya laksanakan dengan bekas tawanan yang telah berjaya CA selamatkan dan kebanyakkan peperangan yang dilakukan bersama dengan team yang sama.
Hayley Atwell (Peggy Carter)
Awek dalam filem CA adalah seperti diatas. Steve (CA) jumpa awek ni masa menjalani latihan ketenteraan yang telah di sokong oleh Dr. Abraham setelah beberapa kali cubaan untuk menyertai askar Amerika gagal. Sejak dari pandangan pertama minah di dah cair ngan si Steve. #SoAmerica
Mantap siout! badan cam neh le aku nak buat! kah3..
Perisai yang mula-mula CA pakai, lepas tu diganti
dengan yang lebih power
Ni penjahat (Red Skull) yang menyokong gerakan Hydra
VIVA HYDRA!!! VIVA HYDRA!! KEH3....
Kata semangat dia best dowh!
(Seorang kena pancung, ada 2 orang lagi yang membantu)
Steve masa badan kecik. memey terbaik dol!
Ending dia macam mana eh? Ok, itu biar jadi rahsia lah, kang tak laku pulak filem ni kat pawagam kalau aku cerita habis dalam blog! Kalau nak tahu ending dia camna, sila ke pawagam yang berdekatan dengan anda, huhu~
Dari 5, aku bagi 4 star untuk filem Captain America ni. God joob Joe Johnston!!
Enjoy!

2 comments:
apa gambar tu, dia menahan kencing ke? hehe...
Happy being a year older!
Merryn:
Haha, ye kot? i ambil gambar behind the scene kat Google.
thanks for your wish.. =D
Post a Comment