Showing posts with label America. Show all posts
Showing posts with label America. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

(Birthday Boy) Captain America: The First Avenger by shahroll

Tuesday, August 23, 2011


As salam and hello readers!


Semalam hari 'TUA" aku. Dan aku kongsi ke-best-an aku bersama rakan kelas lah. Menonton wayang di TGV Cinema Bukit Raja. Aku, Farid dengan Bobby Shah. Patut ada lagi sorang, Arm Kopel tapi dia hal lain, tak dapat nak join kitorang.
kitorang tengok cerita ni..

Kelas malam tadi (OB) ada quiz. Aku blah awal. Then aku terus jejak Bukit Raja buat tempahan untuk slot tengah malam (mid-night). So, dapat yang best punya timing, 10.45 malam. Habis dalam jam 1 pagi. Seat pulak memang best! sebab tak ramai yang tengok cerita ni, siap kitorang selunjur kaki ke depan! HAHA, santai macam dok kat umah, kata Bobby.

Kepada Arm Kopel, sila baca sampai habis ok?! wakaka...

Cerita yang aku tengok ni slow lah. Banyak drama. Askar yang kelakar, sebab badan kecik jadi askar. Then, di jadikan bahan ujikaji oleh Dr. Abraham Erskine yang memasukkan cecair (serum) dalam badan Steve (Captain America).

Masa badan Steve kecik dan tak tinggi, selalu kena buli dengan orang yang lebih besar dari dia. Oh! lupa nak bagitahu yang filem ni berlatar belakang kan tahun 1941, masa dunia sedang menentang Adolf Hitler.

Chris Evans (Captain America/ Steve Rogers)

Setelah badan CA ni dah besar,tegap dan metabolisme 4 kali ganda dari orang biasa, membolehkan dia menjadi seorang askar yang gila-kentang-power-la. Semua misi dia berjaya laksanakan dengan bekas tawanan yang telah berjaya CA selamatkan dan kebanyakkan peperangan yang dilakukan bersama dengan team yang sama.

Hayley Atwell (Peggy Carter)

Awek dalam filem CA adalah seperti diatas. Steve (CA) jumpa awek ni masa menjalani latihan ketenteraan yang telah di sokong oleh Dr. Abraham setelah beberapa kali cubaan untuk menyertai askar Amerika gagal. Sejak dari pandangan pertama minah di dah cair ngan si Steve. #SoAmerica

Mantap siout! badan cam neh le aku nak buat! kah3..

Perisai yang mula-mula CA pakai, lepas tu diganti 
dengan yang lebih power

Ni penjahat (Red Skull) yang menyokong gerakan Hydra

VIVA HYDRA!!! VIVA HYDRA!! KEH3....
Kata semangat dia best dowh! 
(Seorang kena pancung, ada 2 orang lagi yang membantu)

Steve masa badan kecik. memey terbaik dol!

Ending dia macam mana eh? Ok, itu biar jadi rahsia lah, kang tak laku pulak filem ni kat pawagam kalau aku cerita habis dalam blog! Kalau nak tahu ending dia camna, sila ke pawagam yang berdekatan dengan anda, huhu~

Dari 5, aku bagi 4 star untuk filem Captain America ni. God joob Joe Johnston!!


Enjoy!

Wednesday, November 24, 2010

Korea Selatan Vs Korea Utara? by shahroll

Wednesday, November 24, 2010
SEOUL (AFP) - Amerika Syarikat dan Korea Selatan telah bersetuju untuk "menyelaraskan" tanggapan ke Korea Utara selepas serangan Pyongyang di sebuah pulau Korea Selatan memprovokasi kecaman global. Serangan pada hari Selasa yang menewaskan dua marin Korea Selatan adalah salah satu insiden sempadan paling serius sejak perang 1950-1953.
original source: News Yahoo (AFP)

Berita pasal Korea nie aku dengar masa aku tengah "beradu" kesakitan dalam diri. Dengan diarrhea nyer lah, dizzy lagi, mau aku nak tengok berita sangat. Tapi, bila masuk berita luar negara, aku agak terkejut jugak bila dengar Korea "bergaduh".

Aku tak mo lah ulas lebih2, yang aku harapkan, moga kedua-dua negara boleh berbaik2 la eh! Aku baru nak follow K-Pop nie. Kang korang "bergaduh" lumpuh lak industry music sana. Peace! No war! =)

Salam...