Showing posts with label how to become PRO blogger. Show all posts
Showing posts with label how to become PRO blogger. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Hear advice from Sultan Muzaffar! by shahroll

Friday, August 27, 2010



Salam all! =D


Dah lihat video kat atas? Jika anda menghayati apa yang disampaikan oleh Sultan Muzaffar, tentu korang dah boleh build-up semangat korang untuk terus menulis di blog korang.


Siapa yang tak kenal Sultan Muzaffar (SM)? Tipuuuu la, kalau dalam arena blogger nie ada yang cakap tak kenal. Kalau tak, korang bukan blogger lah. =D. Aku pun budak baru dalam arena nie, so baru kenal jugak. Dan yang bestnya pasal SM nie, blog beliau pakai medium blogspot.com saja. Tak caya? nie LINK beliau.


Beliau bermula dengan dunia blogger (industri hiburan) sejak tahun 2002 sehingga sekarang. Katanya lagi:- 


" ...Sebelum blog, saya kurang berbicara dengan orang lain, cuma dengan teman-teman rapat, namun setelah adanya blog, saya mempunyai keyakinan dan banyak berbicara dengan orang lain..."  (video duration: 0.53)


Dari sini korang nampak eh, macam mane SM start dulu. Dalam andaian aku, sebelum nie SM kurang berkeyakinan terhadap blog untuk berbicara di dalamnya. Tapi, setelah mempunyai blog sendiri, keyakinan tu ada dan boleh berikteraksi dengan orang ramai khasnya peminat beliau di blog tersebut. SM, if i'm wrong please correct me! =D




Bagaimana SM menjadi seorang PRO-blogger?


"... Dalam tahun 2005, saya ditawarkan bekerja di Astro sebagai pengendali laman web Akademik Fantasia, secara rasmi. Dan daripada situ, saya mengorak langkah ke Astro Awani sebagai wartawan hiburan ..." 
(video duration: 1.23)


Tu dia. Bekerja beb. Bukan part timer berblog mahhcam aku nie. Haha~ aku berblog tuk suka-suki, but for PRO blogger, its job ok. Kalau korang tengok blog SM nie pun, memang "niche" untuk hiburan/artis semata-mata. Ada SM sebut or posting yang bukan related dari hiburan? korang carik lah sendiri dalam blog SM. Kalau blog aku, mahhhcamm2 adaa.. hahahtagline Astro aku pinjam! =P


Apa lagi SM kata?


"... Update blog boleh dimana-mana saja, asalkan dapat men-update blog dengan seberapa pantas yang boleh..."


Aku leh huraikan yang nie memang dah tahap PRO. Seberapa yang pantas tu. So, hard-core blogger muuustii kena ada broadband (4G Wiggy i suggest.. from P1) dan juga Laptop! So, aku kena beli 1 broadband and laptop lah jugak nie.. sebab pe?? kena PANTAS!! 


Dan, part nie lebih penting. Bagaimana nak "stand-out" untuk menjadi seorang blogger yang bagus. Ini jawapan SM:-


".... Untuk menjadi seorang yang bagus, sebenarnya TIDAK SUSAH. Kita hanya perlu tahu apa yang ingin kita tuliskan. Kita perlukan niche topik, iaitu seperti saya yang master dalam dunia hiburan, maka itu niche yang saya pilih..."


Lagi. ".. untuk menjadi blogger juga, kita kena mempunyai etika-etika untuk jadi seorang blogger yang ada KREDIBILITI. Dan, menjadi blogger yang ada kredibiliti ini LEBIH PENTING dari seorang blogger yang popular... "


Terima kasih pada SM yang berkongsi pendapat dan idea beliau untuk blogger2 baru macam aku nie. So, aku kena pastikan niche aku pada yang mana samada photographer,student life, personal blog or online business blog... huhuh~ kalau rangkum jadi 1 blog ok kot? =D SM, comment please! =D


Ok, selamat berblogging bloggers.. salam!

Tuesday, August 24, 2010

Mari ber-twitter dengan TweetDeck! by shahroll

Tuesday, August 24, 2010
Salam all! =)


Kelas BEL 311 berjalan macam biasa. Mulanya Prof. macam tak de mood je aku tengok, but lepas berbuka puasa muka sudah ceria! =D budak-budak kelas aku pun sama. So, kelas pada belah malam lebih interaktif dan positif lah. Ramai gak yang "ponteng" hari nie, but PLK student memang biasa, urgent thing yang tak terduga sure jadi.Tak macam fulltime students.


Habis pasal kelas aku, then aku balik aku bergegas ke bilik sebab nak check my Gmail and Yahoo dah boleh bukak or not sebab pagi tadi technician P1 Wimax datang untuk check my modem and PC. Tup tup, my mom said tak sampai 10 minit dah balik. Perghh.. memang terrrbaekk! =D


So, dengan itu, aku dah boleh berblogging cam biasa lah skang kat umah. Tak yah nak do it write up kat MSword lagi **Wink**. Bila dah setel semua, aku teringat pasal twitter.


Cakap pasal twitter, yang default nyer web dia aku agak "messy" lah sebab terlalu ramai yang add ( bukan dorang, tapi aku yang add =P) menyebabkan aku beralih arah ke TweetDeck! haaa.. aku baru pakai hari nie dan ternyata BEST! =D


Kalau korang kata aku terlewt, memang sangat2 lah, nie just share my feeling rite now. And sesapa yang belum tahu lah. Ok, kalau korang nak pakai TweetDeck nie korang leh download kat SINI.


Dan ape yang aku suka application nie, dia boleh divide kan korang nyer list member korang, macam aku aku siap2 bahagikan tweetdeck tu ngan list Pelakon Malaysia ( LisaSurihani) sahaja dalam tu, lain pelakon tak de ( column khas lah..) then, column untuk Penyanyi Top Malaysia ( Mizz Nina) dan column untuk Malaysia Top Bloggers juga tidak ketinggalan.


sikit screenshot! =D


**Click for enlarge! =D

Cool kan? mane2 bloggers yang lom add aku kat twitter boleh add lah di www.twitter.com/shahroll boleh berinteraksi bersama2 dengan bloggers yang ramah tamah nie.. hahaha~ Ok ya! see next post.. salam! =D

Monday, August 09, 2010

510 Posts last published on 09-Aug-2010 by shahroll

Monday, August 09, 2010
** You see what i see NOW? heheh~

Salam all! =D kembali lagi dengan bebelan aku nie ye! =P. Secara tidak sedar, sudah hampir 510 posting telah aku post lam blog aku nie. Hermm~ banyak jugak aku dah post, tapi boleh dibilang lah post yang memberikan manfaat dan kepuasan pada korang.

Ada kalanya posting aku agak "sampah" ( bak kate orang dunia blogger nie lah kan..) but, itulah manusia, kekadang sampah kekadang sesumpah! ahahah.. orang jenis "sesumpah" nie bahaya ooo!~ Oppz! siapa yang "terpedas" sorry k! =P

Sejak bile aku berblog ye? banyak betollll aku dah post nie.. adal laa dalam 3 tahun ( since 2008)..Sorry! blog aku bukan cam belog "sesetengah" yang dok tampal email lam belog peh tu claim korang nyer.. eaaauww~ aku pon ade gak amek dari email aku, but yang betol2 best and berguna jerk aku dok tampal lam belog nie. Nanti "ke-ekslusifan" belog aku akan "tercemar"... perghhhh!~

Aku start April 2008. Memula berblog tak best sebab tak kenal bro Jejai lagi, pastu Kak Ina KL, pastu Aus, pastu Intan, pastu RedMummy, pastu Eryqazz, pastu SumiJelly pastu Daydeck86 .. aaarghh berapa banyakkk daa PASTU kau Roll!!.. hahaha (hanya memetik beberapa nama bloggers yang FAMOUS AMOS!!... Nie geng tali barut baekkkk punyooo! =D

Semasa jalan2 lam belogwoking, aku jumpa PAGE nie. Selamat membaca! =D
Salam!

Wednesday, July 14, 2010

Pendekatan untuk menjadi PRO Blogger by shahroll

Wednesday, July 14, 2010
Salam all! =D


Pada zaman yang serba moden sekarang nie, berblogging pada aku telah menjadi satu business yang "selamat" bagi aku. Apa yang selamat?? Anda tidak perlu modal ( ada la sikit2 kan..) untuk menjadi peniaga online. Tanpa modal sekiranya all sources adalah free.


Contohnya, email yang korang guna menggunakan Google dan Yahoo. Sah2 dah free. Then buat blog plak pkai medium free. Hosting+Domain free mendorong pertambahan blogger yang memberangsangkan kebelakangan nie. Tak de modal kan? =D



Aku adalah salah seorang dari "newcomer" dalam arena blogging nie. Syukur, sepanjang aku berblogging tak de lak orang yang busuk hati dengan aku nie. mintak jauh, kalau ada yang tak puas hati email aku k! =)


Ok, bagaimana pendekatan untuk korang menjadi PRO? aku nak tanya korang dulu apa bendenya maksud menjadi PRO? dibawah adalah istilah / makna yang diberikan:-


The word professional traditionally means a person who has obtained a degree in a professional field. The term professional is used more generally to denote a white collar working person, or a person who performs commercially in a field typically reserved for hobbyists or amateurs.
source: Wiki 
 
PRO= Ada degree, PRO Blogger? atau seseorang pekerja yang memakai "kolar putih"? and, samada secara hobi ataupun amatur. So, dimanakah anda? =D

Habis pasal term, now tiba pasal point2 penting pulak. Sila baca dengan teliti kenyataan yang ada dibawah ini. =)


1) Seorang blogger mesti pandai menulis. Jika ya, anda sudah bersedia menjadi blogger.Anda boleh menulis tentang kehidupan ataupun tentang yang anda suka. Lebih bagus jika anda adalah pakar dalam sesuatu bidang dan diterjemahkan di dalam blog anda.


2) Jika anda tiada bakat dalam penulisan, cuba berlatih dengan menulis kejadian seharian anda di dalam blog. Mudah tetapi mempunyai disiplin yang tinggi untuk membuat draf dan post.


3) Pandai mencari topik. Bukan buat-buat topik! ini penting sebab akan mempengaruhi visitor yang berkunjung ke dalam blog anda. Jika topik yang diusulkan sekadar "indah khabar dari rupa", kredibiliti anda akan terjejas.


4) Mengemaskini kan blog anda. SANGAT PENTING! luangkan masa untuk membuat posting terbaru/ cerita terbaru supaya blog anda akan menerima kunjungan dari visitor


5) Jangan mudah putus asa. Berblogging seperti juga macam bisnes lain. Kadang-kadang bagus kadang-kadang kurang menjadi. Jangan hari ini anda bersemangt berkobar-kobar post sehingga 40 posting selepas itu anda terus "down" kerana tiada seorang pon yang komen di blog anda membuatkan anda tidak mahu menulis lagi.


selamat maju jaya! salam.. =D


Anda juga boleh membaca isi kandungan blog ini di: FeedBurner