Showing posts with label tips blogging. Show all posts
Showing posts with label tips blogging. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Apakah beza blog dengan website? by shahroll

Friday, March 23, 2012

As salam, hello readers...

Entry pencerahan pasal beza antara website dengan blog. Aku tahu ramai yang dah tahu pasal ni, tetapi dalam banyak yang tahu bukan semua tahu pun. Makanya, lanjutkan pembacaan anda hingga habis untuk entry ni k?


1) Blog tempat korang curah idea/pendapat- Dalam website, korang tak dapat nak bercerita pasal idea korang sebab kurang sesuai di situ. Perasan tak bila tengok dalam satu satu website tu, pasti ada menu untuk blog. kan?

2) Blog boleh dilakukan post entry secara kerap- Dalam sehari, 10 kali update entry pun tak kisah, janji apa yang diposting itu relevan dengan niche blog tersebut.

3) Blog ditulis berdasarkan pendapat peribadi- Hah! ni part yang best. Setiap post yang dibuat adalah berdasarkan dengan pendapat peribadi si penulis (admin). Lebih kurang macam bercerita dengan kawan di kedai kopi. Secara berdepan. Kita menyampaikan apa yang kita rasa, dengar dan tahu kepada orang lain.

4) Blog membolehkan komunikasi 2 hala- Pembaca blog anda boleh mengutarakan pendapat dia juga jika pembaca itu respon dengan posting yang dibuat. Terjadilah komentar. Kalau di website, komunikasi itu tidak wujud. Maka di blog lah tempatnya.

5) Blog memberikan SEO yang terbaik untuk anda- Dengan kerapnya anda membuat posting, enjin pencarian lebih kerap mengunjungi blog anda yang kerap di update itu kerana, kandungan blog anda mungkin ada sangkut-paut dengan pencarian orang ramai di Internet.

Bagaimana? dah dapat bezakan tak? Secara "fizkal", memang nampak sama je blog dengan website. Malah, portal pun lebih kurang juga tetapi ada beberapa aspek yang kalau dilihat dengan teliti, ada perbezaan dia.

The best is, blog boleh melegakan tekanan/saikologi seseorang dengan post yang dilahirkan "tulus" dari dalam diri seorang blogger tu =)

Blogs became big business. Writers wrote, advertisers paid and readers lapped it all up. In the early days of blogging, many bloggers could actually get their posts to appear in search engine results. Not any more, unless it’s on a topic so arcane it’s close enough to the end of the long tail to risk being wagged off.- MI

enjoy!

Friday, December 31, 2010

Cukup ke cuma 5 minit? by shahroll

Friday, December 31, 2010
As salam to all,


Berjumpa kawan lama satu aktiviti yang seronok. Lebih-lebih lagi kalau berkenaan dengan business. Tadi, dekat Mekdi Shah Alam jadi port melepak diri dengan kawan lama masa di kem dulu, Aqbar. Ada serba sedikit perbincangan agak serius dalam keadaan santai. Yeahh! aku suka cam tu.


Itu bukan point aku untuk entry kali nie. Berkenaan dengan tajuk, apa 1st impression korang? Apa yang 5 minit nyer tu? Lama ke 5 minit?
picture credit: Google

Tadi bukak Google Analytic, dan selalunya aku fokus pada purata masa di blog atau bahasa english nya Average time on site. Selain aku pandang gak Unique Visitor (penting owh!) Masa yang diambil untuk para pembaca, aku pandang jugak.


Kenapa?


Sebab, beberapa teori boleh aku andaikan jika masa yang diambil tu, "sekejap" sangat. Hisap rokok pon lagi lama kot? HAHA! Jangan terasa perokok semua, contoh je ek!?


Andaian 1:
Content aku biasa2 je. Yup, tak de special melainkan cuma seorang blogger picisan dan photographer Chap Ayam. Tutorial pon cam hado tak hado. Then, blogging pon "ke laut". So, senang cerita, boring!


Andaian 2:
Bahasa sukar difahami. Ok, mostly pembaca aku terdiri dari umo 18 sampai 35 tahun. Yup! Jangan terkejut eh, data yang kasi taw cam tu. So, aku harap golongan 30 tahun ke atas, boleh baca bahasa Melayu aku yang pasar nie tanpa sebarang masalah. Kalau ada, meh gtaw. Aku cuba betolkan.


Andaian 3:
Bukan blog ilmiah. haah betul! Aku tak buat blog skema-mati-susah-nak-paham nyer bahasa. Aku suka bagi "ilmu" dalam keadaan santai. Kalau perasan, perasanlah (ada kat side bar menu tu) Dah jadi trend kot, transfer knowledge lam keadaan non-formal.


data from GA

Dah, tu je yang aku leh andaikan. Sepatutnya aku kena wat survey, aku tak berapa kenan ngan andaian or assumptions cam nie. Kalau korang bace nie, leh shout lam ruangan komen, terima kasih.


see next! As salam.

Monday, December 06, 2010

Game berfalsafah: Setakat mana korang faham maksudnya by shahroll

Monday, December 06, 2010
As salam to all,


Game atau permainan bagaimana aku klasifikasikan sebagai "berfalsafah" nie? Untuk kaki gamers, jangan nak emo dulu sebab mende nie tak de kena mengena dengan dunia gamers korang. HAHA!


Ok, ceritanya cam nie. Korang pernah pergi mana2 kursus? Kem Bina Insan ke, Kem Remaja ke, Kem Akhlak Mulia ke atau apa2 je lah. Pernah? Kalau ada, korang ada tak dalam LDK (Latihan Dalam Kumpulan) yang main game "whisper the information"?


Game dia cam nie. Dalam 1 kumpulan, ada 10 orang. Then, fasilitator akan ambil sorang jadi ketua. Pastu, fasi akan memberikan 1 maklumat yang "MAHA RAHSIA" untuk korang bagitahu pada kawan-kawan yang lain dalam kumpulan korang je. Sebab, group lain, sama sekali tak boleh dengar maklumat tu. (dah namanyer pon rahsia..)


Mungkin maklumat tu berbunyi "...Pergi ke bendang membawa barang dengan Ali bersama Kamal dan mak memberitahu jangan membeli santan yang basi sebab nanti sakit perut sebab kalau sakit perut kena masuk hospital dan bil hospital melampau-lampau naik, mak tak mampu nak bayar.." contohnya lah yer bukan ada kaitan dengan sesapa pon.. LOL~. Then, dalam 5 minit, si ketua tadi pon "TRANSFER" kan maklumat tersebut dari sorang kawan. Then kawan tadi pass to another members. Sampailah yang terakhir.


Orang yang terakhir bertanggungjawab ULANG balik maklumat yang diberitahu kepada si ketua tadi. Sepanjang aku pergi kursus, takde pon 1 group yang boleh bagi maklumat dengan TEPAT. sama sekali menyimpang dari yang asal.
**picture credit: Google**

Maka, objektif "game" tadi dah tercapai. Sebab memang modul tu dibuat begitu supaya dapat mendidik ORANG-ORANG yang ada maklumat tetapi biasanya maklumat itu kurang tepat dan biasanya, ditokok tambah oleh "si nasi tambah"!


Begitu juga dengan dunia internet, hati2 lah! =)


As salam...

Tuesday, November 16, 2010

Did you think this blog benefit for readers poll | Thank you for all bloggers!! by shahroll

Tuesday, November 16, 2010
Salam semua =)

Beberapa hari yang lalu, aku ada buat poll untuk blog aku nie. Aku buat sebab utama adalah untuk aku tahu blog nie berguna atau tidak untuk para pembaca aku ataupun tulisan aku hanya sekadar "havoc" , "syok sendiri" , "poyo" atau sewaktu dengannya. Keputusan tu berakhir pada petang tadi dan resultnya seperti kat bawah nie:-

**The result from poll**


Alhamdulillah, terima kasih pada korang, korang dan korang (bloggers la tu..) yang tolong voted dengan sejujurnya. Walaupun angka yang kecil (6 majority) tetapi dapatlah aku anggap yang blog aku nie berinformasi dan berguna lah kan? Namun, ada beberapa angka yang minor dalam poll nie, masing-masing (2) untuk 50/50 dan Need improvement the blog content.

Aku akan ambil perhatian kepada yang voted untuk yang minor nie. Sebabnya, kalau ada yang voted, mungkin aku ada salah dan silap. Aku nak korang bantu aku (yang voted) untuk komen, kritik (membina) mana-mana part dalam blog nie yang tak best, cool dan mengganggu korang untuk berada di zon "selesa" semasa berada di dalam blog aku.

Aku ucapkan terima kasih sekali lagi pada yang sudi voted. Penambah-baikan dari masa ke semasa, aku try buat the best. Owh! lupa nak bagitau, even aku switch blog nie ke personal blog, post aku akan berselang seli dengan tutorial photog, macam biasa aku buat juga sebenarnya, cuma "header" tu aku buat nama penuh, nama aku sendiri =) 

See ya guys! Happy Raya Qurban for all muslim.. salam!

Wednesday, July 14, 2010

Pendekatan untuk menjadi PRO Blogger by shahroll

Wednesday, July 14, 2010
Salam all! =D


Pada zaman yang serba moden sekarang nie, berblogging pada aku telah menjadi satu business yang "selamat" bagi aku. Apa yang selamat?? Anda tidak perlu modal ( ada la sikit2 kan..) untuk menjadi peniaga online. Tanpa modal sekiranya all sources adalah free.


Contohnya, email yang korang guna menggunakan Google dan Yahoo. Sah2 dah free. Then buat blog plak pkai medium free. Hosting+Domain free mendorong pertambahan blogger yang memberangsangkan kebelakangan nie. Tak de modal kan? =D



Aku adalah salah seorang dari "newcomer" dalam arena blogging nie. Syukur, sepanjang aku berblogging tak de lak orang yang busuk hati dengan aku nie. mintak jauh, kalau ada yang tak puas hati email aku k! =)


Ok, bagaimana pendekatan untuk korang menjadi PRO? aku nak tanya korang dulu apa bendenya maksud menjadi PRO? dibawah adalah istilah / makna yang diberikan:-


The word professional traditionally means a person who has obtained a degree in a professional field. The term professional is used more generally to denote a white collar working person, or a person who performs commercially in a field typically reserved for hobbyists or amateurs.
source: Wiki 
 
PRO= Ada degree, PRO Blogger? atau seseorang pekerja yang memakai "kolar putih"? and, samada secara hobi ataupun amatur. So, dimanakah anda? =D

Habis pasal term, now tiba pasal point2 penting pulak. Sila baca dengan teliti kenyataan yang ada dibawah ini. =)


1) Seorang blogger mesti pandai menulis. Jika ya, anda sudah bersedia menjadi blogger.Anda boleh menulis tentang kehidupan ataupun tentang yang anda suka. Lebih bagus jika anda adalah pakar dalam sesuatu bidang dan diterjemahkan di dalam blog anda.


2) Jika anda tiada bakat dalam penulisan, cuba berlatih dengan menulis kejadian seharian anda di dalam blog. Mudah tetapi mempunyai disiplin yang tinggi untuk membuat draf dan post.


3) Pandai mencari topik. Bukan buat-buat topik! ini penting sebab akan mempengaruhi visitor yang berkunjung ke dalam blog anda. Jika topik yang diusulkan sekadar "indah khabar dari rupa", kredibiliti anda akan terjejas.


4) Mengemaskini kan blog anda. SANGAT PENTING! luangkan masa untuk membuat posting terbaru/ cerita terbaru supaya blog anda akan menerima kunjungan dari visitor


5) Jangan mudah putus asa. Berblogging seperti juga macam bisnes lain. Kadang-kadang bagus kadang-kadang kurang menjadi. Jangan hari ini anda bersemangt berkobar-kobar post sehingga 40 posting selepas itu anda terus "down" kerana tiada seorang pon yang komen di blog anda membuatkan anda tidak mahu menulis lagi.


selamat maju jaya! salam.. =D


Anda juga boleh membaca isi kandungan blog ini di: FeedBurner