Friday, March 28, 2014

Ada apa dengan Alam Impian @ Shah Alam seksyen 35? by shahroll




As salam, hello readers...

Alhamdulillah, masih berpeluang aku update blog ni. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, junjungan besar bagi umat Islam. Syukur, aku boleh katakan dalam usia bawah 30 tahun aku sudah miliki aset terpenting sekali iaitu rumah.

Rumah yang berada dipinggir bandar Shah Alam dan terletak di Alam Impian, tidak sesekali aku termimpi untuk mendapatkan rumah disini. Tetapi Allah sudah merencanakan rezeki aku untuk tinggal disini sesudah aku persiapkan beberapa perkara sebelum mendapat kunci rumah

Harga Rumah Kos Rendah rakyat ini adalah MYR42,000

flat Alam Impian seksyen 35, Shah Alam

Aku dah tinjau kawasan rumah ni. Not bad lah, walaupun dia terletak jauh sikit dari rumah-rumah teres yang cantik di Alam Impian tu, tapi dia dah dekat dengan Kampung Jawa. Yes! Rumah ni bersempadan dengan Shah Alam dan Klang. Bila naik ke atas, menghala ke LKSA punya highway dan bila turun ke bawah, boleh menghala ke Klang. Cool place right?

kawasan sekitar...

Kawasan sekitar masih lagi "dara" dengan depannya masih ada pokok-pokok yang belum ditebas, dekat dengan kilang pemprosesan kayu (i think so!) belum ada pagar, tiada pak guard (ada ke eh?) dan yang best, masjid Alam Impian terletak dekat je disini. Dekat tu bukan area flat, tapi di bahagian depan, dekat dengan pintu gerbang tertulis "Alam Impian"

Ecosave juga ada, boleh la nak membeli belah sementara bujang ni. Kalau dah kahwin, pasaraya Giant dan NSK la jawapannya. Overall, aku puas hati dengan tempat ni. Mudah-mudahan tiada apa yang tidak diingini berlaku lah, InsyaAllah, amin!

enjoy!


25 comments:

Unknown said...

Nak tanya betul ke kawasan rumah nie bedekatan dgn kuil dan kawasan penempatan india..sumber dr kwn yg-duk area situ..

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Yup betul. Depan flat tu ada kuil India, seberang jalan..

Unknown said...

Awak rasa perumahan tu majoriti melayu ke india atau cina..Nak serve jgk takut dh beli x sesuai nak duduk..Klu kita tanya pemaju tu agak'2 diaorg bg tau x..

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Edy:

Dari pengamatan saya tempoh hari, semasa checking loan dengan bank bertempat di galeri I&P ni, banyak pembeli Melayu majoriti... cina dan India nampak macam minoriti..

Apa pun, boleh je tanya kat pemaju status pembeli kat sini..

Tak pun u beli, then sewa kan saja =)

nieyyana said...

nk tanya sharul ckit,permohonan rumah ni terbuka ke melalui lphs ek ?prnh sblm ni lalu sni mmg bru2 siap lgi..tgok gmbr yg sharul post fasility mmg bagus,oh mmg under i&p..puas mncri dlm website diorg x jumpe,,,google2 dpt dkt blog ni.tq

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Nieyyana;

hai! thx sudi komen kat sini...

Yup! permohonan boleh rujuk kepada Lembaga Perumahan Selangor di SUK, Shah Alam..

Not sure now ada lagi ke tidak untuk di Alam Impian ni..

Dalam website I&P memang tak ada rumah kos rendah ni sebab mereka focus on rumah skala mewah..

Rumah kos rendah ni antara keperluan syarikat perumahan menyediakan 1 rumah kos rendah dalam polisi perumahan di Selangor...

tq!

adik beradik ahnaf homestay murah shah alam said...

alhamdullilah.. masih ada perumahan kos rendah di seksyen 35 shah alam.. Kalau ingin mencari homestay berdekatan seksyen 35 Shah Alam? Bolehlah tempah homestay kami dengan kadar yang rendah. Layari blog kami untuk keterangan lebih lanjut di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

tq tuan tanah

AzRin Kamaludin said...

Assalam jiran,

kita pn salah seorang pembeli rumah ni...semua proses dh selesai tinggal tunggu dpt kunci rumah...lambatnya lahai...

Fazrina A-5-X

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Azrin:

Hello Jiran! ooo bangunan A ke? hehehe.. berehh, surat untuk amek kunci dah dapat belum? saya dah dapat cuma tunggu loan gomen masuk je ni..

huhuh~

AzRin Kamaludin said...

Surat amk kunci dah dapat. dah bayar habis dkt I&P pun... call en.zulkifli tu kata tunggu lg 2minggu cmtu dia nak daftarkan TNB.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Azrin:

Oh 2 minggu baru masuk letrik? lama gak tu.. hahaha... see u there jiran! =)

Anonymous said...

proses berapa lama?start berurusan dgn pemaju...

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Faizul:

Salam bro! urusan dengan pemaju bila bro dah terima surat tawaran dari SUK Selangor. then baru berurusan dengan pemaju untuk tindakan selanjutnya..

naza ayob said...

Salam bro.,apa syarat2 dia ye.?bawah flat tu rumah kedai ke?tq.

Soraya said...

Habis la Alam Impian, akan jadi macam kawasan rumah PPRT. Penuh dengan rempit. Parking kereta bersepah sampai keluar, sehingga kena double parking, belum siap blocking lagi. Dengan masalah lifnya, tangga kotor, buat sesak pemandangan je. Patutnye rumah murah macam ni di buat jauh daripada kawasan bandar sebab diorang ni tak pandai nak jaga kebersihan.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Naza Ayob:

Syarat2 dia kurang pasti. Boleh pergi ke SUK Selangor untuk dapatkan butiran =)

Unknown said...

Salam Shahrul,

Kakak saya pun beli rumah kat sini,
suka area dia yg luas berhadapan ngan lif, nak tumpang izin Shahrul untuk pinjam gambar2 rumah boleh x? Kakak plan untuk sewakan rumah tu.

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

Kak Faz:

Waalaikumsalam wbt,

Ok je kak.. pakai je ek.. saya tak kisah pun =)

tq sudi guna gambo kita =)

miss sharifah said...

Assalam en shahrul..en tahu tak kalau2 ad rumah impinging disewakan d sna..saya sedang mencari rumah..semalam pun sya ad pergi sana..kalau ad en boleh call sya 0145339336

Unknown said...

Saya tengah mencari rumah kawasan pangsapuri tun teja alm impian..kalau ada boleh tolong cal saya ,0123497709 -fezal

Unknown said...

assalamualaikum, bagaimana keluasan dalam rumah ni ya? ada berapa bilik? terima kasih :)

SHAHRUL HAIRY DOT COM said...

@shamsul Iskandar

Waalaikumsalam wbt,
keluasan rumah 680sqft dan ada 3 bilik tidur dengan 1 stor

terima kasih

Anonymous said...

Berapa sewa. Blh bg no.call

Unknown said...

0139655694.. sapa nak jual rumah nie. sy brminat nak beli

Anonymous said...

salam ...

sape2 yang ingin jual umh alam impian sila call sayaa 017-9804446

saya tengok rumah flat alam impian masih banyk kosong.
rumah adakah sudah habis dijual or orang beli tapi tidak tinggal disitu?