Showing posts with label apartment. Show all posts
Showing posts with label apartment. Show all posts

Friday, March 28, 2014

Ada apa dengan Alam Impian @ Shah Alam seksyen 35? by shahroll

Friday, March 28, 2014



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, masih berpeluang aku update blog ni. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, junjungan besar bagi umat Islam. Syukur, aku boleh katakan dalam usia bawah 30 tahun aku sudah miliki aset terpenting sekali iaitu rumah.

Rumah yang berada dipinggir bandar Shah Alam dan terletak di Alam Impian, tidak sesekali aku termimpi untuk mendapatkan rumah disini. Tetapi Allah sudah merencanakan rezeki aku untuk tinggal disini sesudah aku persiapkan beberapa perkara sebelum mendapat kunci rumah

Harga Rumah Kos Rendah rakyat ini adalah MYR42,000

flat Alam Impian seksyen 35, Shah Alam

Aku dah tinjau kawasan rumah ni. Not bad lah, walaupun dia terletak jauh sikit dari rumah-rumah teres yang cantik di Alam Impian tu, tapi dia dah dekat dengan Kampung Jawa. Yes! Rumah ni bersempadan dengan Shah Alam dan Klang. Bila naik ke atas, menghala ke LKSA punya highway dan bila turun ke bawah, boleh menghala ke Klang. Cool place right?

kawasan sekitar...

Kawasan sekitar masih lagi "dara" dengan depannya masih ada pokok-pokok yang belum ditebas, dekat dengan kilang pemprosesan kayu (i think so!) belum ada pagar, tiada pak guard (ada ke eh?) dan yang best, masjid Alam Impian terletak dekat je disini. Dekat tu bukan area flat, tapi di bahagian depan, dekat dengan pintu gerbang tertulis "Alam Impian"

Ecosave juga ada, boleh la nak membeli belah sementara bujang ni. Kalau dah kahwin, pasaraya Giant dan NSK la jawapannya. Overall, aku puas hati dengan tempat ni. Mudah-mudahan tiada apa yang tidak diingini berlaku lah, InsyaAllah, amin!

enjoy!