Wasap peeps! baru lepas pekena Indocafe untuk mengelakkan mata aku cepat lelap, tapi rasa dah berat gak nie mata. Kena tambah doz lagi kot?. Tapi aku masih boleh lagi la berfikir di radius yang waras. Ok, teruskan...
Ada tak korang terfikir di sebalik keseronokan cerita drama-drama yang korang tonton kat stesen televisyen tu, terdetik bagaimana la penulis skrip nie boleh hasilkan idea cam tu eh? bagus la dia buat cerita tu, cam ne dia menulis? Apa inspirasi dia gunakan masa menulis skrip yang sebagus tu? Banyak lagi lah kan soalan2 yang diajukan sendiri oleh anda yang anda sendiri tak mampu nak menjawabnya melainkan kaum keluarga sendiri yang jawabkan untuk anda.
Maka dengan itu, aku berkenalan dengan seorang otai dalam bidang penulisan skrip ini dan niat aku ingin berkongsikan satu posting dari blog beliau. Siapakah beliau?
Siapa pemberi rezeki di dalam sesebuah produksi drama atau filem? Adakah produser, pengarah, pelakon atau krew? No…no…no…! You’re dead wrong!! Penulis skrip (skrin) lah yang memberi rezeki kepada semua.
Tanpa senaskhah skrip (lakonlayar), maka tidak adalah drama atau filem. Maka semuanya…tidak akan ada kerja (job). Bila dah tak ada job…rezeki pun zero dan soru pun miss…!!!
Tanpa skrip (lakonlayar) juga produser tidak akan bergelar produser. Sebab produser nak produce apa tanpa skrip? Meskipun dapat airtime beratus jam, mereka akan tetap cari skrip. Siapa pula yang tulis skrip, kalau bukan penulis skrip!!!
Tetapi seandainya meletupnya (sengaja tak nak guna kejayaan) sesebuah drama atau filem, sudah tentu pelakon dan pengarah juga yang dijulang dan dinobat bagai nak rak.
Dalam pada itu, produser pula tersenyum riang pergi bank…boleh beli kereta mewah..boleh buat rumah bagaikan istana dan kemewahan terus melimpah ruah.
Tetapi di mana penulis skrip (skrin)? Jawabnya penulis skrip tetap di takuk lama. Usaha, penat jerih penulis skrip memeras otak langsung tidak dihargai. Tak ada siapa ambil peduli.
Di malam hari setiap umat manusia enak beradu dibuai mimpi….tetapi umat yang bergelar penulis skrip masih tersengguk-sengguk depan komputer. Itupun nasib baik depan komputer…boring-boring boleh juga main game atau layari internet…jenguk-jenguk aktiviti kawan-kawan kat facebook.
Tetapi dulu…mesin taip jugalah yang menjadi teman penulis…bagaikan ayam patuk padi. Bila dah berkumandang azan suboh dari surau atau masjid berdekatan, barulah ayam itu berhenti patuk padi. Mata pun dah naik merah hinggakan langsuir pun takut nak dekat…!!
[read more: HERE]
Aku dah lama nak kongsikan dengan korang pasal "kemelut" nak jadi penulis skrip nie. Aku yang baru-baru nak berjinak-jinak nak buat skrip nie, perlu la peka juga keadaan dalam industri kan? Tu yang terjumpa blog Mr. Ruslie nie dan beberapa blog penulis drama yang lain. Yang lain tu, lain post aku share.
March 6, 2011.. agak lama eh? **grin**
Dan, untuk korang yang ada minat/suka menulis/banyak idea untuk buat skrip drama ke whatever, boleh la mintak nasihat pada yang pakar seperti Mr. Ruslie kita. Aku pon, nak menuntut ilmu dari penulis-penulis skrip yang ada kat Malaysia ni. Hopefully dapat le hasilkan 1 naskah skrip atau paling tidak pon, novel, kan? =D stay tune! As salam...
2 comments:
Salam bro,
GBPSM anjurkan sambut ulang tahun pertama pada 9hb April ini di jam 3.00ptg di Istana Budaya. Kalau tidak keberatan jemput hadir. Kita share bayar makan Rm20/- seorang.
Wslm Mr. Ruslie,
Allahuakbar, saya ada di Melaka masa tu, meeting with JLKN (Jab.Latihan Khidmat Negara) di Ayer Keroh.
Hope ada masa, saya akan ikut event GBPSM =)
Post a Comment