Monday, March 19, 2012

Najib Razak tunai janji. Janji apa pulak? by shahrol



As salam, hello readers...


Allah SWT berfirman: "(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa."- sumber: Adlinordi blog


Berpegang pada janji adalah sangat penting. Kalau diikutkan, orang yang selalu mungkir janji ini mendapat persepsi yang buruk di kalangan manusia yang lain. Berjanji pandai, tetapi tidak menunaikan janji selalu berlaku.


Laporan Kosmo hari ini mengenai PM kita, Najib Razak:-



PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa berniat untuk mengotakan janjinya bahawa di bawah pentadbirannya, rakyat akan mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.


"Apabila saya memegang jawatan (Perdana Menteri) hampir tiga tahun lalu, saya berjanji kepada negara bahawa anda akan dilayan secara adil daripada kerajaan dan saya berniat untuk menunaikan janji itu," katanya.


sumber: Kosmo

Beliau berkata demikian ketika melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan (SMC) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJK (T)) Vivekananda di sini semalam.


Najib menjelaskan bahawa pelan transformasinya dan inisiatif yang lain adalah bagi kesejahteraan hidup rakyat dan bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.


enjoy!

No comments: