Showing posts with label atlet malaysia. Show all posts
Showing posts with label atlet malaysia. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Penangan Khairul Fahmi Che Mat! siapa yang popular? by shahroll

Thursday, December 30, 2010
As salam to all,


SYUKUR ALHAMDULILLAH!! Malaysia menang agregat dengan Indonesia malam nie. Aku yang melepak dengan rakan office aku di Subang, sambil menikmati shisha watermelon buatan Bob (kawan aku) sangat nikmat! HAHA! layan pulak air bergelas-gelas, bertambah2 la nikmat nyer!


Malam nie, pasti rakyat Malaysia meraikan kemenangan ini. Dan esok, pada jam 2 petang, pasukan Malaysia akan pulang ke tanahair di KLIA. Sesapa nak g sana? hehehe, dan yang lebih masyukkk PM kita, Datok Sri Najib mengistiharkan CUTI UMUM pada hari Jumaat ini sebagai tanda meraikan kemenangan besarrrrr ini.


Seronok aku tengok gelagat penonton kat kedai mamak tadi. Aku pon tak leh tahan, bersorak penuh semangat even gol tu REPLAY balik. Laungan GOLLLLLLL tu memang gegar baekkk punya. Aku rasa satu Subang leh dengar!! haha, over tak? =P


Dan, di FB sudah tentu Goal Keeper menjadi perhatian! Siapa lagi si muka Jepun, Khairul fahmi atau Apex! Ada yang gelarkan beliau sebagai "tangan magnet"! Memang terbaek dari padang!


Support? Sila ke link SINI


Dan yang lebih menguntungkan adalah, kekasih hati Apex iaitu Elia, tak sangka lak awek dia blogger! haha.. now, sesapa yang tangkap cintan sama Apex, boleh simpan hasrat anda itu okeh! hehe..


Belog Elia malan nie memang mencanak naek! Terbaek dowh! Aku masuk2 ade la lam 800 lebih follower and now dah 1647 (pada jam 1.33 pagi) follower!! how can lah wehhh!! hahaha cool kan? To Elia yang baca my belog, CONGRATULATION!!! =D



Kat atas nie lah belog si Elia. Thanks to my friend yang share mende nie. Dan untuk ayat terakhir, majulah bolasepak Malaysia!! Hoooyeahhh!! As salam...

Picture credit: Khai Ghaz's Facebook

Wednesday, December 29, 2010

Keyakinan yang tinggi buat Skuad Harimau!! by shahroll

Wednesday, December 29, 2010
As salam to all,


Baru balik dari UiTM jalan othman. Taklimat untuk pelajar Master yang akan melanjutkan pelajaran tak lama lagi. Blog untuk jabatan aku boleh lihat di SINI. Nasib baik aku dah hafal jalan ke PJ tu, so tak la susah sangat ke sana.


Petang nie aku akan melepakkan diri di Restoren Mamak seksyen 7. Korang tawlah kan mana yang best kat Shah Alam nie untuk melepak ngan layan bola, dimana malam nie perlawanan final untuk Malaysia menentang Indonesia.


Aku suka tahap keyakinan kapten Malaysia, Safiq Rahim yang menegaskan,
“Indonesia tak sehebat Vietnam. Bagi saya Vietnam lagi mantap berbanding Indonesia, cuma Indonesia ada kelebihan beraksi di tempat sendiri... sayur kot!” (quote: Kosmo!)


Wahhhh!! satu bentuk "serangan saikologi" untuk skuad Garuda aku rasa. HAHA! Aku suka semangat nie. Lain-lain laporan korang leh baca kat Kosmo.
Semangat dan keyakinan yang tinggi dan sokongan padu rakyat Malaysia samada di sana, mahupun di alam maya (macam aku nie ha..) dapat menyemarakkan gelombang semangat kesukanan! 


Hoooyeahhhh!!! come on MALAYSIA!!


Tunggu je kontroversi yang akan "dicetus" kan di sana.. tunggu.. dan lihat! as salam...

Tuesday, December 28, 2010

Drama demi drama yang dilakonkan: HAMPAS! by shahroll

Tuesday, December 28, 2010
As salam to all,


Ambil masa sedikit yang berbaki untuk membaca rencana yang ada dalam berita sukan tanahair. Kosmo harini melaporkan tentang "sinetron" yang dilakonkan oleh skuad Garuda dimana masa ini hangat diperkatakan di twitter pasal ketidakpuashatian 'mereka" dengan kemenangan Malaysia.


Sedikit ulasan wartawan Kosmo!



ENTAH apa agaknya yang akan diulas oleh Indonesia andainya mereka menang pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menentang Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Adakah mereka akan menyalahkan sinaran laser atau sebaliknya?
Mungkin pemain, pegawai serta pemimpin tertinggi skuad Indonesia lupa dengan reputasi skuad Malaysia.
Mereka lupa bahawa skuad bola sepak negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara ketika ini.
Sukan SEA 2009 di Laos sudah cukup untuk membuktikan tentang kehebatan skuad bimbingan K. Rajagobal itu.
Pada temasya di Laos itu, Malaysia menang pingat emas meskipun 1,001 macam dugaan serta tipu muslihat yang mereka hadapi daripada pasukan lawan.
[read more: Kosmo]
*****************
Come on Indonesia, aku tahu bukan semua rakyat Indonesia terlibat dalam hal nie, but tunjukkan semangat kejiranan dengan kesukanan yang tinggi. Boleh berkata-kata, tapi biarlah yang berasas dan fakta. Bukan main 'tabor" jer.
Yang puak Malaysia nie pulak, siapa yang main laser nie ha? Memang "bingai" sape yang main tu. Puak korang nie lah yang 'drop" kan nilai kesukanan. Baik Indonesia atau Malaysia, lebih kurang. Tolak tambah lebih kurang.
*Gambar Hiasan?**

Apa pun, aku mengharapkan skuad Malaysia keep on track untuk malam perlawanan esok. Tunjukkan Malaysia boleh! YES!! u can, dah final, habiskan sampai ketitisan peluh jantan terakhir hokkeh!?
Skuad Malaysia 23 tahun memang mantap! cool seh..dan TIADA pemain import!! 

Wednesday, May 12, 2010

Semalam yang HANGAT! by shahroll

Wednesday, May 12, 2010
Salam all!


Semalam lepas aku balik kerja, aku terbuka tv saluran 1... hahah tak pernah2 aku bukak tv 1 actually.. sebab mak aku ade tgk cerita melayu kat situ aku pon tertengok sekali.. Pastu, ada perlawanan untuk Piala Thomas antara Datuk Lee Chong Wei dengan pemain Jepun, Kenichi Tago.




** Datuk Lee Chong Wei in action...

Semalam set game berpihak kepada Malaysia dengan set pertama 21-12 dan set ke-2 pulak 21-19.. yang bestnya pasal game nie sebab pemberita tu bagitahu yang pemain Jepun tu baru berusia 20 tahun dan dalam ranking dunia yang ke-14!


** Kenichi Tago in action ( muka macam Kennysia je.. =P)

Kenapa aku agak terkejut? Ok lets think eh, nie pandangan aku je lah.. kalau Malaysia menurunkan pemain no.1 Dunia ( LCW) dengan usia 27 tahun dan budak Jepun tu pulak baru 20 tahun dan rank ke 14, Malaysia patut bagi perhatian yang serius untuk mencari PELAPIS atlet badminton!



Aku tengok Malaysia KEKURANGAN pemain pelapis maksud aku pemain MUDA lah kan.. mengapa mengharapkan pemain SENIOR saja? Bagi aku lah kan, kalau pemain senior macam Datuk Lee Chong Wei digunakan untuk menentang budak "hingusan", bagi aku tak berapa best lah.

Apa kata survey? =)