Wednesday, December 29, 2010

Keyakinan yang tinggi buat Skuad Harimau!! by shahroll

As salam to all,


Baru balik dari UiTM jalan othman. Taklimat untuk pelajar Master yang akan melanjutkan pelajaran tak lama lagi. Blog untuk jabatan aku boleh lihat di SININasib baik aku dah hafal jalan ke PJ tu, so tak la susah sangat ke sana.


Petang nie aku akan melepakkan diri di Restoren Mamak seksyen 7. Korang tawlah kan mana yang best kat Shah Alam nie untuk melepak ngan layan bola, dimana malam nie perlawanan final untuk Malaysia menentang Indonesia.


Aku suka tahap keyakinan kapten Malaysia, Safiq Rahim yang menegaskan,
Indonesia tak sehebat Vietnam. Bagi saya Vietnam lagi mantap berbanding Indonesia, cuma Indonesia ada kelebihan beraksi di tempat sendiri... sayur kot!” (quote: Kosmo!)


Wahhhh!! satu bentuk "serangan saikologi" untuk skuad Garuda aku rasa. HAHA! Aku suka semangat nie. Lain-lain laporan korang leh baca kat Kosmo.
Semangat dan keyakinan yang tinggi dan sokongan padu rakyat Malaysia samada di sana, mahupun di alam maya (macam aku nie ha..) dapat menyemarakkan gelombang semangat kesukanan! 


Hoooyeahhhh!!! come on MALAYSIA!!


Tunggu je kontroversi yang akan "dicetus" kan di sana.. tunggu.. dan lihat! as salam...

No comments: