Ambil masa sedikit yang berbaki untuk membaca rencana yang ada dalam berita sukan tanahair. Kosmo harini melaporkan tentang "sinetron" yang dilakonkan oleh skuad Garuda dimana masa ini hangat diperkatakan di twitter pasal ketidakpuashatian 'mereka" dengan kemenangan Malaysia.
Sedikit ulasan wartawan Kosmo!
ENTAH apa agaknya yang akan diulas oleh Indonesia andainya mereka menang pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menentang Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Adakah mereka akan menyalahkan sinaran laser atau sebaliknya?
Mungkin pemain, pegawai serta pemimpin tertinggi skuad Indonesia lupa dengan reputasi skuad Malaysia.
Mereka lupa bahawa skuad bola sepak negara adalah yang terbaik di Asia Tenggara ketika ini.
Sukan SEA 2009 di Laos sudah cukup untuk membuktikan tentang kehebatan skuad bimbingan K. Rajagobal itu.
Pada temasya di Laos itu, Malaysia menang pingat emas meskipun 1,001 macam dugaan serta tipu muslihat yang mereka hadapi daripada pasukan lawan.
[read more: Kosmo]
*****************
Come on Indonesia, aku tahu bukan semua rakyat Indonesia terlibat dalam hal nie, but tunjukkan semangat kejiranan dengan kesukanan yang tinggi. Boleh berkata-kata, tapi biarlah yang berasas dan fakta. Bukan main 'tabor" jer.
Yang puak Malaysia nie pulak, siapa yang main laser nie ha? Memang "bingai" sape yang main tu. Puak korang nie lah yang 'drop" kan nilai kesukanan. Baik Indonesia atau Malaysia, lebih kurang. Tolak tambah lebih kurang.
*Gambar Hiasan?**
Apa pun, aku mengharapkan skuad Malaysia keep on track untuk malam perlawanan esok. Tunjukkan Malaysia boleh! YES!! u can, dah final, habiskan sampai ketitisan peluh jantan terakhir hokkeh!?
Skuad Malaysia 23 tahun memang mantap! cool seh..dan TIADA pemain import!!
3 comments:
salam.. lama ta singgah sini :)
mmg hebat sbb xde pemain import.. kalo menang ada pemain import pn x guna gak kn :)
cik fiza;
Salam.. heyy Cik Fiza! thanks singgah sini.. hehe tu la lama kot tak datang minum2 kat belog i.. huhu..
Yup, betol la tu bagai dikata, andai MALAYSIA KALAH sekalipun, sudah cukup berbangga kerana kita main dengan pemain sendiri, no import!
Glory Glory Malaysia!!
yehaaaaa!
Terbaru > Blogger Big Gathering 2010 > Aku Suka Rina Salleh > Piala Suzuki AFF 2010
Post a Comment