Showing posts with label Yok Rewang. Show all posts
Showing posts with label Yok Rewang. Show all posts

Saturday, October 18, 2014

Program Cuti-Cuti 1Malaysia Road Tour "Yok Rewang" Homestay Negeri Johor 2014! part #3 by shahroll

Saturday, October 18, 2014



As salam, hello readers...

Kembali kita ke entry post tentang percutian homestay aku di negeri Johor Darul Takzim (untuk baca part yang lepas, sila klik di SINI). Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku pergi melawat ladang nenas yang terbesar di dunia (ranking ke-7!) kepunyaan Lee Plantation


melawat ladang nenas...

Jarak antara ladang nenas ni dari homestay tak berapa jauh sangat. Dalam 15 minit dah sampai. Kami menaiki lori yang telah disediakan oleh pihak penyelaras program. Setelah sampai di tengah-tengah ladang, pekerja ladang kat sini memberikan sedikit penerangan tentang jenis-jenis nenas yang ditanam di ladang ni. Sesi bergambar dan makan-makan nenas sangat best!!


naik lori?? BESTTTT!!!

Kebanyakkan buah nenas yang ditanam disini adalah jenis nenas madu. Yang korang beli nenas dalam tin tu, nenas ni lah! Kami berpeluang memakan "nenas fresh" yang dipotong oleh pekerja kat sini. Thank u!!!

Sunday, September 14, 2014

Program Cuti-Cuti 1Malaysia Road Tour "Yok Rewang" Homestay Negeri Johor 2014! part #2 by shahroll

Sunday, September 14, 2014



As salam, hello readers...

Kita sambung balik cerita aku di negeri Johor, sambungan dari part #1. Lepas je kitorang bermain parit dan tangguk udang kara dihujung kampung, kami balik ke rumah ibubapa angkat untuk mandi dan bersiap-sedia untuk acara Wayang Kulit style Parit Tengah pula. Apa style dorang neh? tengok gambar kat bawah ni..

 Wayang Kulit Kampung Parit Tengah, Batu Pahat

Suara abang DJ ni superb sedap! Lemak berkrim disukai ramai... hehe

Inilah keunikkan yang aku cakap tu. Selalunya wayang kulit mengadap hadapan layar putih tu, dan Tok Dalang dengan anak buahnya disebalik layar putih. Tapi ni terbalik pulak. Mungkin disebabkan nak memperkenalkan gamelan, gong dan lain-lain peralatan kepada media rasanya, tapi itulah yang mereka nak tonjolkan dengan penceritaan wayang kulit yang mengambil masa selama 2 jam!

 para peserta Yok Rewang 2014

penulis bersama Abang Shamrin Tan & Syazwan

Masing-masing sibuk dengan gadget mengambil gambar masa acara berlangsung. Reporter dengan tablet+buku nota dan aku pulak, dengan handphone yang dah tak berapa nak smart sebab "hang" je manjang! grrrr... naseb Samsung baru dah nak keluar kan! huhuh...

Lebih kurang pukul 11.45 malam, pulang lah kami ke rumah mak angkat masing-masing. Keesokkan harinya aktiviti lebih meriah dah syok!!

Kita bersambung ke part #3...

enjoy!


Sunday, September 07, 2014

Program Cuti-Cuti 1Malaysia Road Tour "Yok Rewang" Homestay Negeri Johor 2014! part #1 by shahroll

Sunday, September 07, 2014



As salam, hello readers...

Alhamdulillah, sempat juga akhirnya aku update pasal percutian aku di Negeri Johor pada 19 hingga 21 Ogos 2014. Kenapa aku ke Johor ni? Aku mengikuti program yang diatur oleh Tourism Malaysia Johor untuk pergi sekitar Batu Pahat dan Muar untuk merasai suasana kampung dan yang lebih penting, merasai suasana "homestay" yang sebenarnya!


email jemputan yang aku dapat...

Aku menaiki bas yang telah disediakan di Kementerian Pelancongan, Putrajaya. Aku park kereta disana dan bersama aku didalam bas tersebut adalah Puan Nik Ariza. Tapi dalam bas tu aku masih "malu-malu" lagi dengan peserta lain sebab aku peserta paling lewat sampai! waduhh, bikin malu deh...

Peserta terdiri daripada Kuala Lumpur, Johor dan Singapura. Yes!! Ada kumpulan dari Singapura yang join kitorang dalam Yok Rewang 2014.

setibanya di Homestay Parit Tengah, Batu Pahat

Kami tiba di destinasi pertama di Homestay Parit Tengah, Batu Pahat, Johor. Dalam jam 1.30 petang macam tu kami sampai. Diiringi oleh paluan kompang dan bunga mawar, dah macam feling-feling kawin kau! *berangan sekejap* dan terus dibawa ke Dewan Utama untuk acara yang seterusnya.

Penulis blog pakai baju kotak hitam... *wink*

Di sambut dengan Silat... terbaek!!

Di dalam dewan, kami akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Aku bersama-sama dengan Abang Shamrin Tan, Abang Rashid dan juga Syazwan. 

tshirt+lanyard untuk 
Yok Rewang Homestay 2014

Selepas pergi ke rumah ibubapa angkat disini, kami kembali ke Dewan Utama untuk acara seterusnya. Apa eh? Lama aku tak buat aktiviti ni wehh. Mana taknya, lari dalam guni zaman sekolah je aku buat, dah tua bangka ni mana pernah buat *still baby face hokeh!* dengan permainan tradisional, "Tarik Upeh", Sepak Yem @ Chapteh dan last sekali Menanguk Udang Kara. 

Memang seronok tentatif untuk hari pertama walaupun masing-masing tak berapa kenal sangat kan.. HAHA!!

 Tarik Upeh